8 Guruh Kecil ,1 Halilintar Di Langit


Didalam seni komunikasi ada beberapa faktor yang menyebabkan kita kurang mempengaruhi orang yang berada disekeliling kita .Biarpun kita mungkin menyangka ianya hanya perkara kecil namun biarpun hanya guruh kecil tetapi ianya bisa menjadi 1 halilintar yang berkuasa apabila dienteng-entengkan.Secara tidak langsung ini akan menggugat seni komunikasi kita apatah lagi jika kita seorang pimpinan ataupun seorang yang berjawatan tinggi dalam sesebuah sektor awam.
Terdapat 8 petanda kecil yang menandakan hubungan dan kuasa pengaruh kita semakin berkurangan sekaligus bakal berhadapan dengan masalah.8 petanda ini juga terzahir daripada tingkah laku yang akhirnya membunuh kuasa pengaruh yang ada pada kita .

PERTAMA
- Dari Seronok Kepada Bosan

Interaksi individu yang menyeronokkan menimbulkan kebosanan kepada kedua-dua
pihak .Masing-masing mencari perkara lain yang tidak langsung melibatkan
individu lain,masing-masing lebih suka melakukan kerja bersendirian.

KEDUA
- Makin Berkongsi Makin Sempit Jiwa

Perkongsian masa sebagai satu kumpulan bertukar menjadi kesibukkan secara
individual .Masing-masing lebih tertumpu kepada tuntutan tugas,tidak memberi
masa berkualiti bagi berinteraksi.Masing-masing sudah mula menjarakkan diri.

KETIGA
- Dahulu Semuanya Tentang Kita,Sekarang Semua Tentang Aku

Sikap ambil berat antara satu sama lain telah bertukar sikap
individualistik.Masing-masing melihat keperluan dirinya lebih besar daripada
keperluan orang lain.Fokus mereka pada diri dan kurang mengambil perhatian
pada seorang lagi.

KEEMPAT
- Kerja Sama-Sama,Gaduh Lama-Lama

Kerjasama yang dibina sekian lama bertukar menjadi pertentangan dalam
dilema.Setiap kali membnincangkan sesuatu ,masing-masing tidak mencapai kata
sepakat.Individu cenderung bagi menang dengan keputusan sendiri
Masing-masing mula bersikap tidak puas hati sekiranya keputusannya tidak
dijadikan keputusan yang datang daripada dirinya .Pertentangan selalu berlaku
dan konflik semakin meninggi

KELIMA
- Hilang Percaya Lenyap Rahsia

Perhubungan dalam apa jua konteks samada kekeluargaan,organisasi dan kehidupan
yang melibatkan keterbukaan menjadi kerahsiaan .Masing-masing sudah hilang
percaya antara satu sama lain.Kuasa magnetik pengaruh hilang dengan sendiri
apabila kepercayaan tidak menjadi dasar interkasi.Orang lain lebih dipercayai
bagi berkongsi rahsia berbanding kita .Sikap bersembunyi dari berkongsi bisa
menjarakkan interaksi.

KEENAM
- Diberi Betis Hendak Pula Peha

Perhubungan yang pada mulanya dibina atas dasar saling menghargai bertukar
menjadi suka meminta-minta sehingga permintaan tersebut luar batasan kemampuan
kita.
Kelebihan yang ada pada diri masing mula tenggelam dek kerana permintaan yang
melampau.Sikap saling menghargai telah pupus sekaligus membina sebuah tembok
ego yang tinggi diantara satu sama lain .

KETUJUH
- Makin Berinterksi Makin Tidak Puas Hati


Hubungan yang pada dasarnya mempunyai toleransi berubah menjadi tidak puas hati
Kecenderungan dengan sikap keakuan lebih besar berbanding sikap kekitaan.
Kelemahan kecil orang lain menjadi perkara yang diperbesar-besarkan dan
menjadi bahan menyerang sekiranya timbul rasa tidak senang
terhadapnya.Membanding-bandingkan kekurangan dengan kelebihan orang lain
menjadi faktor bagi melepaskan perasaan.

KELAPAN
- Saya Bangkang,Tentang dan Halang

Sokongan menjadi kritikan,ada sahaja keinginan dan kehendak serta sudut pandang
menjadi sasaran kritikan .Sindiran juga menjadi salah satu elemen dalam
menyampaikan kritikan dengan tujuan memperkecilkan .Tidak ada satu pandangan
positif dalam pandangan .
Individu dijatuhkan dengan perkataan-perkataan negatif yang menggambarkan
natijah buruk keputusan dan tindakkan yang mahu diambilnya.Kritikan yang
disampaikan bukanlah bertujuan mahu memperbaiki tetapi membunuh kehendak.

No comments: