Santai Singgah

Ihfaz Jam'iyyatana

** Kesabaran Manusia Juga Ada Tahapnya



"ihfaz jam'iyyatana" begitulah ungkapan yang terlafaz daripada seorang pimpinan yang memikirkan betapa besarnya amanah untuk dipikul.Namun begitu ,tiada siapa mengerti betapa besarnya pengorbanan setiap pimpinan .Hamba sedikit terkesima ketika mana mendengar bacaan doa solat hajat yang telah diimamkan sendiri oleh Al-Fadhil Ustaz Khairul Ashraf Bin Mohd Khir selaku Yang Dipertua KPIPM pada sesi ini.
Namun begitu berapa ramaikah insan yang menghargai pimpinan rata-rata lebih ramai yang sanggup menghina,mencaci dan paling teruk berusaha mencari salah pimpinan sehingga ada sanggup bersengkang mata berbincang sehingga lewat malam semata-mata mencari keaiban pimpinan.Lebih parah lagi ada pula yang sanggup berani mengugut untuk membuka keaiban pimpinan dikhalayak ramai..Hamba ingin mengajak kalian sejenak untuk kita menghayati sirah perjuangan nabi Muhammad yang sntiasa ditentang oleh ahli keluarga sendiri sanggup menabur fitnah kepada isteri nabi dan ada pula berani bersumpah untuk membunuh nabi semata-mata ingin mendapat kepuasan dalam menunaikan kemahuan hawa nafsu semata.Jika dahulu nabi ditentang oleh Arab Jahiliah yang masih tidak mengerti apa itu Islam dan tidak boleh menerima Islam tetapi hari ini orang yang menentang bukan Jahiliah tetapi muslim sendiri yang faham apa itu Islam dan mendalami lagi ilmu Islam namun masih buta menilai antara kaca dan permata.Apakah sama mereka ini dengan arab Jahiliah zaman nabi satu ketika dahulu.Kalian sendiri fikir dan buatlah kesimpulan yang pasti .
Hati siapa yang tidak tersentuh jika dalam ahli keluarga sendiri bertindak sedemikian.
Inilah pepatah Melayu yang selalu kita dengar " Kacang Lupakan Kulit " siapa yang lupa siapa sama-sama kita koreksi diri.Jangan mudah selesa dengan apa yang kita lakukan ,Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana oleh kerana itu beringatlah selalu jangan bila sudah terhantuk baru nak tergadah .Sakit tu!!Menjadi lumrah sebagai kepimpinan untuk menghadapi pelbagai ujian dan dugaan namun itu bukanlah satu tiket bagi mana-mana individu untuk terus menerus menghujum dengan pelbagai andaian.Fikirkanlah masih tidak terlambat untuk bertaubat.

Bantahan Menghina Nabi


Lukis nabi cetus perang di Facebook

Warga Pakistan bantah idea kempen kartunis Amerika

SEATTLE: Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei (semalam) sebagai ‘Everybody Draw Mohammed Day!’ (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook.

Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang.
Cadangannya bulan lalu kemudian menyebabkan ramai pengguna Facebook mengambil bahagian dengan melukis wajah nabi di laman web itu.
Sehingga kelmarin, lebih 41,000 pengguna Facebook menyokong karikatur nabi di laman mereka, manakala 56,000 lagi membantah.

Sementara itu, Pakistan mengarahkan pembekal perkhidmatan internet menyekat Facebook kerana menggalakkan pengguna menyiarkan imej Nabi Muhammad
Kemarahan disuarakan di Pakistan dan negara lain kerana Islam melarang penyiaran imej Nabi. Kerajaan Pakistan bertindak selepas sekumpulan peguam Muslim memperoleh arahan mahkamah supaya menyekat Facebook sehingga 31 Mei.

Petang kelmarin, akses kepada laman berkenaan tidak menentu kerana pembekal perkhidmatan internet mula melaksanakan arahan itu.
Di Karachi, kira-kira 2,000 pelajar mengadakan perhimpunan dan mendesak Facebook diharamkan kerana membenarkan karikatur nabi disiarkan.

Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di kawasan berhampiran sambil memegang papan tanda menggesa jihad terhadap penghina nabi.

Beberapa negara lain seperti China sudah mengharamkan Facebook buat selama-lamanya. – AP

** Sumber Berita Harian

Tazkirah Mingguan : Ujian Dan Amanah


Alhamdulilah dikesempatan yang masih terluang ,Hamba dapat menghadirkan diri dalam program mingguan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir yang lebih dikenali dengan Ehya' Ul Jumaah..Seperti biasa yang dilakukan di masjid-masjid bacaan Yaasin pada malam jumaat cuma disini ada sedikit pengisian rohani iaitu tazkirah yang akan disampaikan oleh anak-anak Perak sendiri.
Tazkirah yang telah disampaikan oleh Ust Mohd Tajul Urus bagi Hamba cukup membuka minda dan agak ringan pembawakkannya.Diantara yang disampaikan adalah hakikat kita sebagai seorang Hamba Allah tidak lari daripada ujian bukan setakat ujian didunia bahkan diakhrat kelak .Setiap ujian yang diharungi sudah pasti akan ada nilaian disisi Allah SWT cuma apa yang diingati setiap manusia tidak akan sama ujian yang akan ditempuhinya.
Beliau juga mengingatkan semua yang hadir dengan pengumpamaan bahawa orang yang kuat bukanlah orang yang mengikut nafsu amarahnya ketika dia sedang marah tetapi adalah orang yang mampu mengawal kemarahannya ataupun dalam erti kata lain bersabar dalam setiap perkara barulah boleh dianggap orang yang gagah.
Disamping itu juga,kehidupan manusia didunia bukan jaminan untuk kita terus kekal selamanya disini namun sebaliknya dunia hanya tempat persinggahan sementara kita dan selayaknya kita manfaatkan sebaik mungkin peluang ini untuk melakar kehidupan indah di akhirat kelak .
Pada malam itu juga,diadakan majlis khatam Al-Quran dan penyertaan daripada anak-anak Perak amat membanggakan samada daripada kalangan mahasiswa mahupun mahasiswi.Turut hadir malam tersebut Tun Hairul Nizam yang membacakan doa penutup Khatam AL-Quran .

Untuk Apa Bicara Ini ....



Arus kemodenan hari ini telah menjerut perubahan mentaliti masyarakat hari ini.Ketika mana kemajuan terus memacu perubahan ,berlaku pelbagai sentimen luar yang akhirnya menatijahkan pepecahan terhadap bangsa Melayu amnya umat Islam khususnya.Mana mungkin dalam mengikuti arus kemudahan yang serba canggih ini ,perlu diingatkan kemudahan yang sudah tersedia ini mampu kita gunakan untuk dijadikan sebagai platform terbaik melebar luaskan sayap dakwah Islamiah.
Tapi berapa ramaikah manusia diluar sana memanfaatkan semaksima mungkin kecanggihan yang ada.Semakin hari ,sudah ramai yang berani menzahirkan diri untuk menghina Islam .Jika dahulunya secara sembunyi kini secara terang-terangan dengan menggunakan lingkaran kemudahan Internet melalui laman-laman sosial yang semakin hari menjadi kegilaan remaja kini.
Semasa Hamba meneroka laman-laman Web yang berunsurkan Islamik tertarik dengan salah satu forum yang diutarakan oleh ahli-ahli laman tersebut.Yang Hamba maksudkan adalah laman World of Islam .Tajuk forumnya
" FB Adalah Salah Satu Punca Kegagalan Dalam Peperiksaan " Alhamdulilah perkongsian dalam laman tersebut dapat membuka minda ahli-ahli yang setia dengan web tersebut.
Ini adalah sebagai bukti masih ada lagi golongan memanfaatkan kecanggihan yang ada untuk bertujuan menyampaikan dakwah.Meneladani contoh ini ,maka sayugianya kita perlu bergiat lagi dalam memperkasakan dakwah .Kebejatan fikrah masyarakat hari ini,dihimpit dengan kepelbagaian variasai dalam mencorakkan pemikiran umat Islam.

Generasi Masa Hadapan




Hamba tertarik dengan GAMBAR ini,generasi masa hadapan seperti kanak-kanak ini bisa mentadbir negara satu hari nanti .Namun persoalannya masih adakah peluang untuk generasi akan datang jika hari ini...............

Atma Ini..



Entah kenapa ketika mana Hamba membelek kitab-kitab yang perlu dihabiskan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan tiba-tiba terpanggil untuk membuka satu sampul yang agak lama dalam simpanan.Isi dalam sampul tersebut adalah gambar-gambar sewaktu kali pertama Hamba menjejakkan ke bumi anbiya' ini.
Tanpa dipinta titisan jernih mula menampakkan diri,sayu melihat gambar-gambar tersebut kerana ukhuwah yang kami bina satu masa dahulu sudah mula pudar dan masing-masing membawa haluan sendiri.Dan paling memilukan adalah apabila menatap gambar sewaktu Hamba dan sahabat-sahabat yang lain menjalani Kursus BTN di UK 3 tahun lepas termasuklah dalam gambar tersebut arwah Hafizul Husna yang telah pergi meninggalkan Hamba untuk selamanya.
Ada juga sahabat-sahabat yang bersama-sama datang ke sini sudah pulang ke Malaysia atas beberapa sebab yang tidak dapat diatasi dan ada juga yang sudah berkeluarga dan cahaya mata.Entah mengapa air mata ini sukar sekali untuk berhenti seakan memahami gelora jiwa yang sedang membungkam diselaputi derita nestapa.
Masih segar dibenak fikiran janji yang pernah termateri antara kami " KITA DATANG SAMA-SAMA BALIK NANTI PUN MESTI SAMA-SAMA " namun kini janji tersebut seakan terbang dibawa angin Mounsun Timur Laut.Segala kenangan yang pernah tercipta antara kita tidak Hamba lupakan samada kalian masih mengingati Hamba ataupun sebaliknya.Ketahuilah sahabatku ,diri ini merindukan ukhuwah yang kita pernah pertahankan satu ketika dahulu ..Maafkan diri ini seandainya Hamba ada melukakan hati sahabat semua.
Biarpun tidak terluah dengan kata-kata yang indah ,hanya airmata menjadi teman setia ketika mana Hamba sedang menulis posting ini.Semoga kita semua berjaya dalam apa jua yang kita perjuangkan dan inginkan ..Dimana sahaja kita berada tiada siapa yang bisa mengubah diri kita tanpa kita sendiri yang mengubahnya .

Sekadar Penghayatan Memberi Semangat






Semoga dendangan Nasyid ini dapat meniupkan semangat kalian semua sebagai pejuang agama ALLAH..Dalam perjuangan sudah pasti tiada erti putus asa dan merajuk.Maka sudah pasti bagi seluruh pejuang ALLAH diluar sana teruskan berjuang demi memartabatkan ISLAM .

Perasan Macam Best !!


PERASAN MACAM BEST !! Cuba kita bayangkan seketika ketika mana panas terik betul-betul berada diatas kepala kita,semua orang kelihatan dalam kepanasan yang membakar teramat sangat dan ketika itu jugalah hanya kita yang memiliki aiskrim Vanilla bersalut Coklat ditangan.Betapa kita rasa macam best menjilat aiskrim tersebut kerana hanya kita yang memiliki aiskrim itu,pada ketika itu jugalah perasaan MACAM BEST mula menguasai jiwa dan minda.
AGak-agaknya sudah tentu ramai yang tertanya apa yang sebenarnya ingin Hamba sampaikan betul kan ?Untuk memudahkan kalian memahami Main Point dia adalah : Apabila manusia dipengaruhi dengan kuasa ,maka segalanya dirasakan mudah sehinggakan sanggup membelakangi hak orang lain.Tapi kita jangan sesekali alpa bahawa kuasa manusia sama sekali tidak dapat ditandingi dengan kuasa ALLAH S.W.T.
Oleh kerana yang sedemikian masih lagi ada ruang dan peluang untuk memperbaiki kesilapan dan kesalahan ..Usah malu mengaku kesilapan kerana ini lumrah tetapi jika memang tidak mahu mengaku kesalahan makanya kita sendiri yang telah membuat pilihan tersebut.
Mana mungkin datangnya sagu jika tidak dipecahkan ruyungnya begitu jugalah amarah manusia mana mungkin tercetus tanpa siapa perintisnya.Fikirkan dengan terbuka dan bertindaklah mengikut saluran yang ada,belajarlah berlapang dada tanpa mewujudkan sebarang sengketa kerana hidup didunia tidak kekallama bahkan akhirat jua tempat kita semua dikumpulkan bersama-sama ..

Bacalah Wahai Pembaca!!!!!!!!


Sesungguhnya mana mungkin satu perkara akan terjadi tanpa datang siapa pencetusnya ,oleh kerana hal yang sedemikian sayugianya manusia seharusnya memikirkan setiap perkara dan tindakan agar ianya tidak menconteng arang ke muka sendiri .

Ada beberapa perkara yang berlaku akhir-akhir ini telah menarik minat Hamba untuk bersuara sedikit dan harapannya agar makhluk yang bergelar manusia dapat membuka mata dan menilai sebaiknya akan kebarangkalian yang akan berlaku samada impak yang baik ataupun sebaliknya.Oleh kerana blog ini adalah milik peribadi jadi dengan rasminya Hamba bebas untuk berbicara tentang apa sahaja yang dirasakan perlu.Pendekatan yang Hamba ambil ini jauh berbeza daripada sesetangah kelompok yang gemar mencanang beberapa sentimen dalam laman-laman sosial seperti Facebook dan sebagainya.

Sejujurnya kalam yang tersusun ini tidak sedikitpun dipengaruhi oleh nafsu amarah dan hasad dengki tetapi ianya sebagai satu penjelasan kepada beberapa pihak yang cuba menggadaikan prinsip dan maruah semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.Untuk berbicara mengenai pegawai JPMK rasanya sudah ramai yang ketahui ,jadi Hamba ingin sekadar mendedahkan beberapa rentetan dan peristiwa yang mungkin ramai lagi yang masih tidak mengetahuinya.

Pada 13 Mei 2010 yang lalu,Badan Kebajikan Anak Negeri Perak telah mengadakan satu program yang dikenali dengan Majlis Dialog Bersama Yang Dipertua KPIPM dan En Abdul Muhaimin bin Abdul Majid.Mengenai majlis ini ,yang paling dikesali adalah penarikkan diri En.Muhaimin untuk bersama-sama menjayakan program tersebut atas alasan mempunyai komitmen yang lebih penting lagi.Soal penarikkan diri ini bagi sesetangah pihak nampak seperti remeh namun begi sesetengah pihak ianya begitu menimbulkan pelbagai persoalan yang tempiasnya beliau sendiri akan hadapi.Walau bagaimanapun majlis tetap diteruskan oleh kerana komitmen daripada anak-anak Perak yang berada luar dari Kaherah juga begitu memberansangkan sehingga sanggup mengahdirkan diri semata-mata untuk lebih mengenali siapakah bakal PEGAWAI yang akan menjaga kebajikan anak Perak di Mesir nanti.

Soalan dan cadangan hamper mencecah puluhan telah disuarakan oleh anak-anak Perak dalam majlis tersebut ,dan yang paling dikesali apabila ada yang mengatakan hampa dan sedih kerana tidak dapat bersua muka dengan En.Muhaimin.

Beberapa perkara yang dulu menjadi tanda tanya kini sudah terjawab dengan penjelasan Yang Dipertua.Hamba agak terkesima ketika diterangkan mengenai status En.Muhaimin yang dikatakan sebagai Pegawai HEP apabila wujudnya beberapa kekeliruan ,biarpun kami ini masih belajar dan bergelar mahasiswa namun kami tidak buta dalam dunia pengurusan.Sehinggakan surat yang dihantar kepada pihak persatuan pelajar tanpa ditandatangan oleh pihak-pihak tertentu,bukan itu sahaja no rujukan surat juga sama sedangkan ada dua surat yang telah dikeluarkan salah satu diberikan kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir dan satu lagi untuk Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir.

Janganlah ingat mahasiswa/wi dibumi Anbiya’ ini terlalu jahil untuk menilai betapa pentingnya etika dan protokol dalam berurusan dengan pihak kerajaan dan sebagainya.Satu lagi yang agak melucukan adalah mengikut kata delegasi yang datang dalam Majlis Ramah Mesra perlantikkan En.Muhamin adalah melalui Menteri Besar Perak dan sokongan oleh Jabatan Agama Islam Perak,sedangkan surat yang dibawa bersama adalah surat sokongan dan bukan surat perlantikkan daripada MB Perak sendiri.Niat dihati Hamba ini ingin sekali berbaik sangka namun apa daya terlalu banyak sangat unsur-unsur yang mendorong naluri Hamba ini untuk berburuk sangka.Jadi terpaksalah Hamba berbuat demikian,harap jangan ambil ,tapi kalau nak terasa juga apa boleh buat bak kata Nabil “ Lu Pikirlah Sendiri ”.Ini bukanlah bukti yang mahasiswa ingin menentang pemerintah tapi sebaliknya bukti bahawa mahasiswa tidak mudah untuk diperkotak-katikkan dengan mudah sekali.

Oleh kerana itu,Hamba ingin mengajak semua makhluk yang bergelar manusia,dengan anugerah akal dan fikiran agar cuba memahami akan hakikat sebenarnya mengapa kita dihantar ke muka bumi ini.Jangan mudah sangat lupa dek kerana ingin mengikut kemahuan dan kehendak sendiri sedangkan hidup manusia ini punya panduan dan matlamat yang cukup jelas.

Satu lagi pendedahan yang ingin Hamba bongkarkan ,ketika mana program malam itu berlangsung entah darimana wujudnya manusia ini,menghamburkan kata-kata kasar didalam salah satu laman sosial.Nak dihukumkan kanak-kanak nampak gayanya sudah cukup umur tetapi pelakuannya tidak langsung setara dengan kematangan ,saluran yang sudah tersedia ada tidak mahu gunakan .Kalau beginilah sifatnya mampukah Islam itu akan dipertahankan jika umat Islam sendiri yang berpecah-belah,tidak salah untuk suarakan pendapat tapi biar kena dengan saluran dan tempatnya.Malam itu juga,salah seorang sahabat Hamba telah diarahkan masuk ke bilik En.Muhaimin atas arahan dirinya sendiri ( dengan lagak samseng ).Belum jadi pegawai sudah mula tunjuk belang macam mana orang nak hormat?Cuba fikir dengan waras,wajarkah tindakkan yang macam tu?,menurut beberapa maklumat yang Hamba dapat ,sahabat Hamba yang dipanggil ini telah ditanya beberapa soalan yang daripada segi logiknya boleh memberi tekanan apatah lagi dalam fatrah peperiksaan.Apa semua nie?Jangan salahkan orang jika En.Muhaimin tidak dihormati sebab awak sendiri yang telah memburukkan diri awak sendiri.

Tidak cukup dengan itu ,ada pula salah seorang penghuni Wisma Darul Ridzuan dipukul atas sebab membuka aibnya ,Masya Allah ini ke cara mahasiswa agama selesaikan masalah ,yang peliknya manusia tersebut tidak pula rasa bersalah yang selama ini dia mencanangkan aib-aib pimpinan di khalayak ramai tapi bila aibnya dibuka tahu pula melenting.Ingat Saudara!!Jangan ingat awak punya marah je ,orang lain pun ada marah juga bak kata Badang “ Elok Make Kot Mulut Nati Make Kot Wayar Pulok ”.Manusia bukan setakat pukul orang sekarang dah pandai pula nak ugut ini ayat ugutannya dalam status YM

“ Sekarang Kita Tunggu Dan Lihat Siapa Akan Dihantar Pulang Ke Malaysia Tanpa Notis,Siapa Yang Bersuara Dalam Majlis Tadi,Tahulah Nasibnya Nanti.KPIPM Sedang Menyalakan Api Untuk Membakar Rumahnya Sendiri ” . Hamba rasa perlu betulkan sedikit bukan KPIPM tetapi dirinya sendiri.

** Dahsyat tak makhluk ini,baru setahun jagung sudah pandai bermain dengan api???Nantikan posting seterusnya untuk mengenali siapa pulalah agak-agaknya makhluq ghaib ni ye....