~ Bisikan Hamba~

:.Sirna .:
Ilham Minda:Musafir
Seruan azan memecah kesunyian pagi,
Hembusan dingin meyapa tubuh diri,
Terasa sepi dikala ini,
Semua hamba bertafakur ke hadrat ilahi,
Diatas hamparan sejadah menjadi saksi,
Meminta dan berdoa pada ilahi,
Mengharungi perjalanan di muka bumi suci ini,
Bumi yang tercipta sejarahnya tersendiri,
Permulaan kisah seorang nabi,
Perjalanan hidup seorang pemerintah yang dimurkai,
Termaktub dalam kitab suci,
Dalam diam otak ini memikiri,
Bagaimana ketabahan seorang nabi ,
Berhadapan dengan orang yang dikeji,
Tak siapa dapat membaca ketentuan ilahi,
Pentarbiahan seorang Nabi,
Dan juga pengajaran untuk yang dilaknati,
Sesungguhnya hati ini,
Terlalu bersyukur dengan percaturan ini,
Mengizinkan diri hambaMU ini,
Menuntut ilmu di Ardhul Qudsi,
Kerana di sini hambaMu mengerti,
Dan menerima segala ketentuan ilahi,
Kerana di sini hambaMu memahami ,
Betapa kerdilnya diri,
Kerana di sini hambaMU diuji,
Membina kesabaran dan kecekalan hati,
Syukran Ya Rabbi....

:: Salah Siapa ::

Budaya Memuja Maksiat
Cetusan Rasa : Musafir

Manusia adalah ciptaan yang dibekalkan oleh Allah dengan persaan ,tabiat dan kecenderungan semulajadi .Sudah menjadi fitrah kejadian manusia ,jiwa dan perasaan manusia perlu disahut dengan kehendak-kehendak sebagaiman manusia memberikan hak-hak tertentu kepada akal dan tubuh badan.
Namun begitu apabila jiwa dan naluri manusia tidak diletakkan atau disahut dengan kecenderungan ia akan cepat memberontak lantas kehidupan tidak tenteram .
Pengiktirafan naluri manusia seperti Firman Allah yang bermaksud " dihiaskan kepada manusia ,kecintaan pada benda yang di inginkan nafsu,iaitu perempuan ,anak pinak ,harta benda yang berpikul-pikul (banyak) dari emas dan perak ,kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih,dan binatang-binatang ternak serta kebun tanaman .Semuanya itu hanyalah kesenangan hidup didunia dan ingatlah di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya"
Kerana ketentuan inilah insane memerlukan kekuatan iman untuk mendorong naluri mereka agar tidak terjerat dalam kancah kehinaan dan cerun kebinasaan.Apa yang dapat kita lihat hari ini,ramai insan yang memesongkan naluri mereka dalam hawa nafsu semata-mata.Kehidupan insan hanya mengqiblatkan keinginan hawa nafsu dan mementingkan diri sendiri sahaja ,untuk kata yang lebih kasar lagi kini apa yang berlaku pada umat Islam adalah "Budaya Memuja Maksiat"
Sejarah ketamadunan manusia ,memang tak dapat lari dari hiburan (seni) .Walaupun begitu adakah hiburan yang kita lalui hari ini berlandaskan hukum& syara’ ?jawapannya sudah tentu sekali tidak bukan ?Dengan percampuran antara lelaki dan wanita,minuman yang memabukkan dan mengkhayalkan dan banyak lagi unsur – unsur yang bertentangan dengan Islam .
Satu ketika dahulu kita sendiri pernah digemparkan dengan "Black Metal".Puncanya tidak lain dan tidak bukan datangnya daripada hiburan .Ini kerana apabila hiburan tersebut melampaui garis panduan yang ditetapkan oleh hokum dan syara’ maka akan lahirlah generasi yang terpesong akidahnya sekaligus sampai sanggup membakar Al-Quran ,memijak Al-Quran ,memuja syaitan .Perbuatan sedemikian 1 perbuatan yang terkutuk apatah lagi orang Islam sendiri yang melakukannya.
Fenomena yang kita hadapi sekarang,kanak-kanak yang masih kecil lagi telah didedahkan dengan hiburan .Pelbagai jenis program yang diaturkan semata-mata kerana ingin menjerut pemikiran kanak-kanak ini dalam Thoriqah yang sesat lagi menyesatkan.
Yang lagi menyedihkan ibubapa mereka pula bangga dengan apa yang anak-nak mereka lakukan.Mana mungkin cara ini akan dapat melahirkan generasi ulama’ bahkan tidak mustahil 1 hari nanti merekalah yang akan berani menentang ulama’.Kepincangan yang berlaku dalam Zihen umat hari ini telah kusut dan kalut ,apa yang kita dapat definasikan umat Islam hari ini telah mencampakkan agama mereka sendiri dalam binasa.
Atas dasar inilah kita yang Allah campakkan sedikit kerisauan atas mereka semua harus memikirkan dan bersedia untuk terjun dalam lautan masyarakat sekaligus berjuang untuk memerangi budaya memuja maksiat ini kepada membentuk budaya memperjuangkan Islam

Cernaan Minda


Azhari& azhariah kita hari ni seringkali dilabelkan sebagai golongan yang masih penakut untuk berhadapan dengan masyarakat .Kenyataan ini satu perkara yang pasti kerana semenjak akhir-akhir ini kita ketandusan pelapis-pelapis muda yang mampu berhadapan dengan masyarakat .

Kenapa perkara sebegini boleh berlaku?Ini kerana ketika dalam pengajian mereka tidak ada 1 hadaf untuk apa mereka belajar?Kerana apa mereka belajar?Sampai bila kita hanya nak membatu dan mematungkan diri tanpa melakukan seberapa banyak perubahan agar pihak -pihak lain tidak mudah memperkotak-katikkan golongan Azhari&Azhariah ini.

Ramai lagi Azhari&Azhariah kita yang masih takut untuk bersuara lantang di khalayak ramai ,sedangkan itulah yang sepatutnya mereka mampu lakukan .Jika hari ini hanya dengan kerana alasan seperti "belum bersedia,takut,malu" maka tak mustahil 1 masa nanti golongan Azhari& Azhariah ni hanya akan jadi pak turut tanpa berani menyuarakan apa-apa pendapat .

Memang lumrah setiap perkara yang baru sudah ada kejanggalan pada permulaannya tapi apabila diperbaiki dari masa ke semasa sudah tentu hasilnya akan membanggakan.

Kesimpulannya golongan Azhari/Azhariah tak boleh menyempitkan pemikiran mereka hanya kerana perasaan takut,malu,gementar.Kerana inilah yang akan menjadi racun berbisa .Racun inilah seringkali menular dalam diri-diri Azhari&Azhariah kita .

Masih tak terlambat lagi untuk kita mengubah persepsi ini asalkan kita ada sentiasa bersedia menghadapi segalanya dengan berani .Mana mungkin kita tak mampu sedangkan 1 ketika dahulu lepasan Azhari&Azhariah ini mampu menyelesaikan segala kepincangan yang berlaku dalam lautan masyarakat.

-:: Renungan Bersama::-




Rintihan Hamba Pencipta

IlhamMinda:Musafir




Hanyalah Allah ku meminta,
Diberikan nikmat tidak terhingga,
Tanpa balasan malah percuma ,
Semua insan pasti merasa….
Maha Pengasih Allah pada hambanya,
Mengatur segala pemberiaannya,
Biarpun hamba kufur padanya,
Tetapi Allah Ar-Rahim sifatnya…
Ku hanya hambaMU,
Mentaati perintahMU,
Selamatkan hambaMU,
Dari azab nerakaMU,
Moga di dunia di limpah rahmat,
Di akhirat kelak beroleh syafaat.....
Kerana keagungannya,
Diriku terpana dan terpesona,
Kerna sifat Ar-RahmanNya,
Kami semakin cinta,
Rindu padanya,
Tidak mampu terungkap dengan kata,
Nantikanlah hambaMU di lingkaran syurga….
Sesungguhnya apa yang ku dambakan,
Hanyalah cinta Allah yang esa,
Kerana cinta kepada Allah,
Beserta cinta akan RasulNYA……