Rencana :China Ajar Guru Lawan Penyerang Pelajar


BEIJING - Pihak berkuasa China mengarahkan semua guru diajar teknik mempertahankan diri ekoran banyak kes serangan oleh individu yang memecah masuk dan mencederakan murid di kawasan sekolah kebelakangan ini.

Mereka turut mendapat latihan asas teknik memberkas penyerang daripada pihak polis selain bilangan anggota keselamatan ditambah di kawasan yang dikenal pasti berisiko, lapor agensi berita rasmi Xinhua semalam.

Kelmarin, seorang lelaki membakar diri sehingga mati selepas menetak lima murid dengan tukul besi di sebuah tadika di bandar Weifang, wilayah Shandong, insiden serangan ketiga dalam masa tiga hari berturut-turut.

Profesor sosiologi di Universiti Renmin di sini, Zhou Xiaozheng berkata, siri serangan seolah-olah seperti jangkitan apabila ramai cuba meniru kes sebelum itu dan semua penyerang memiliki latar belakang gangguan mental.

"Ia ibarat membunuh diri," katanya merujuk kajian terbaru mendapati China kini memiliki 173 juta orang bermasalah jiwa. - ** Sumber KOSMO

No comments: