Pilihan..


  Semua orang memiliki pilihan masing-masing sama ada inginkan terbaik ataupun sebaliknya.Tetapi sejauh manakah kemampuan kita untuk menilai sesuatu pilihan.Apakah dasar dan method yang kita akan berpegang dalam mengambil sesuatu pilihan.Mana mungkin kita akan membuat pemilihan yang akan memudaratkan diri kita sendiri namun tidak siapa akan ketahui natijah yang bakal kita terima dalam setiap pilihan yang kita ambil.Cuba kita fikirkan sejenak apa yang paling manis bilamana pilihan yang kita buat itu tepat,semestinya kita akan dapat kepuasan kerana pilihan kita tepat.

                       Walaupun begitu,adakalanya kita ghairah membuat pilihan sehingga kita lupa risiko yang bakal kita tempuh dengan keputusan pemilihan kita itu.Jika disingkap kembali,syaitan juga pernah diberikan pilihan oleh Allah SWT sama ada untuk tunduk pada ADAM ataupun keluar daripada syurga,namun pilihan yang telah dibuat itu menyebabkannya diusir daripada syurga.

              Bertitik tolak daripada peristiwa itu,syaitan terus memburu anak adam dalam membuat sesuatu pilihan dengan mendatangkan bisikan was-was juga disuntik pula pada pemikiran anak adam dengan sikap hasad dengki dan takabur.Peristiwa ini sebenarnya memberi impak yang cukup besar kepada kita namun masih ramai lagi tidak sedar akan hakikat ini.

                Kita semua memang sentiasa diberikan pilihan namun tidak ramai menghargai pilihan yang ada.Dan cara kita membuat sesebuah pilihan itulah akan menampakkan siapa diri kita yang sebenarnya dan bagaimanakah perwatakkan kita dalam pandangan orang yang berada disekeliling kita .Untuk apa kita perlu ada pilihan dan kenapa perlu kita membuat pilihan dan bagaimana kita mencorakkan minda kita dalam memacu paradigma kita dalam menentuka sesebuah pilihan.

            Begitu jugalah apabila kita tersepit dalam membuat pilihan diantara tanggungjawab pada amanah yang diberikan dan kasih sayang pada keluarga.Kedua-dua pilihan ini sebenarnya terlalu sukar sekali untuk dinilai.

Apa Salah Mereka Beribadah ??

Tersentak pandangan Hamba apabila menonton Buletin Utama Tv3 semalam apabila disiarkan berita mengenai serangan yang berlaku di Narathiwat ,Thailand.Tanpa disedari airmata berjejeran,11 orang yang mati ditembak ketika sedang Solat Isya' berjemaah.Apakah salah mereka sehingga diperlakukan begitu kejam sekali .Sedih melihat isteri dan anak-anak mangsa 
yang masih terkejut dengan kejadian yang berlaku.
Seorang daripada jemaah yang juga solat disitu selamat telah menceritakan kejadian tersebut.Katanya ketika dalam rakaat kedua mereka didatangi dengan beberapa orang yang berpakaian serba hitam lalu melepaskan tembakan seorang demi seorang ,dan beliau merebahkan diri bagi menyelamatkan diri.Sungguh sadis sekali apa yang berlaku.
Namun Hamba pasti ganjaran mereka yang terkorban disisi Allah setimpal dengan pengorbanan mereka.8 orang dari mangsa merupakan jemaah Tabligh yang telah beriktikaf disitu masuk hari yang ketiga.Seperti yang kita sedia maklum ,jemaah Tabligh adalah jemaah 
yang telah sanggup tinggalkan kampung halaman dan keluarga demi untuk menyampaikan 
dakwah pada setiap kampung dan kawasan.Akhirnya syahid didalam rumah Allah ketika sedang menghadap ALLAH.
Persoalannya ,dimanakah letaknya kasih sayang dan belas ehsan mereka sehingga sanggup menodai rumah ALLAH untuk meratah nyawa insan yang tidak berdosa.
Salahkah mereka beribadah ?Sedangkan orang yang asyik menonggang botol arak kesana-sini dibiarkan sahaja,orang yang asyik berseronok dengan berjudi boleh pula diabaikan,pusat pelacuran yang semakin berleluasa tidak sedikit pun mencegahnya,sebaliknya orang yang istiqomah diatas hamparan sejadah pula dijadikan mangsa.
Adakah ini yang Nabi Muhammad SAW inginkan dari umatnya.
Hamba juga punya keluarga,seakan dapat merasai apa yang mereka disana merasai
kelu lidah tanpa bicara,sepi lisan iramanya yang tiada serinya.selanjutnya

Aksara Citra Atma

Sudah lama laman ini ,dibiarkan tandus tanpa siraman segar .Bukan kerana tiada kesempatan namun oleh kerana beberapa tanggungjawab dan amanah untuk diselesaikan maka Hamba biarkan seketika untuk bersendiri disini.Agak kekok ntuk mula kembali bermain dengan kekunci Adinda TIE hamba ini ,walau bagaimanapun bukanlah alasan untuk Hamba berundur dalam perjuangan .

           Tidak sangka hampir seluruh sahabat Hamba sudah punya laman sendiri,cuma masing-masing ada cara ada method kewujudan tersebut.Bagi Hamba disini kita dapat mengasah keupayaan kita menulis tidak kira dalam apa GENRE sekalipun .Yang amat penting kesungguhan dan minat .

          Perubahan laman ini,adalah masih dalm tempuh percubaan kerana sebelum ini suasana yang agak kelam seakan menzahirkan kesuraman yang pasti .Oleh kerana itu inisiatif untuk mencari suasana yang lain mula difikirkan hinggalah terjumpa seperti yang kita lihat sekarang.

       Insya Allah ,Hamba akan manfaatkan laman ini dengan semaksima yang mungkin bagi kita semua dapat sama-sama mengaplikasikan segala kelebihan yang dianugerahkan ALLAH ini.Selama Hamba mendiamkan diri ,terjumpa 1 laman yang agak bermanfaat juga untuk dikongsi biarpun masih baru tapi isinya agak boleh diguna pakai .GAJ

Sememangnya Aku Hamba

Sayu azan meneroka deria ,
 Kerdil terasa selaku hamba,
 Bertaut cinta setia Yang Esa
 Tanpa meragui Agung Kuasanya
 Pentadbir alam seluruh semesta
Hebatnya penciptaan Al-Khaliq Gelarannya
Titisan jermih merembes tanpa dipinta
 Atma bertingkah insaf dirasa
 Andai diri diuji kerana dosa
ku pasrah menerima hati terbuka
 Tiada siapa selanyaknya berbicara
 Tiada tempat mengadu segala 
 melainkan Ar-Rahman pendengar setia,
 Mengasihi hamba untuk ke syurga

* Sentuhan pertama setelah lama mendiamkan diri seketika mencari kekuatan diri untuk kembali bersuara  di dunia maya.