Sedar Mereka


Terpanar kecantikan duniawi
jiwa rakus meneguk fantasi
mimpi diulit bayangan seri
mengukir senyuman dalam nurani.

Kirana sepi tiada berpenghujung
toleransi dan diskriminasi bergulung
mencari dan mengatur langkah sulong
penilaian dan pertikaian digabung
agar setentang bukan bertembung.

Biarpun bukan mewah dirasa
tetapi Al-Khaliq tersemat dijiwa
sentiasa mendengar jerit rintih hamba
Ar-Rahman pengatur dunia dan seisinya
untaian doa penawar murka
ndamba redha rindukan syurga.




HambaMusafir
H7,Madinah Nasr

Terus Mencari


Dalam kehidupan seharian manusia ,tiada sesaat pun manusia berhenti untuk mencari sesuatu yang diinginkan tidak kira samada untuk kepentingan diri sendiri ataupun orang lain.Hakikatnya manusia tidak pernah puas untuk mencari,namun begitu adakah apa yang manusia cari itu menemui sebuah kepuasan yang pasti atau sekadar keinginan yang hanya bersifat sementara waktu sahaja.
Realiti ini berlaku kepada semua peringkat individu tidak kira yang berkerja ataupun menganggur,golongan terpelajar ataupun sebaliknya ,dikampung ataupun kota rata-ratanya manusia tidak pernah puas mencari.Tiba-tiba Hamba terkenangkan pertanyaan seorang sahabat ketika bersama-sama dalam kursus Imam satu ketika dahulu .Soalan beliau " Kenapa ramai sangat orang terus mencari jalan untuk melengkapkan kehidupan didunia sedangkan tidak pernah terfikir untuk kehidupan akhirat?"
Jadi apa yang sebenarnya kita cari?Untuk apa kita terus mencari?Fikirkan ...

Sekian Lama

Alhamdulilah setelah sekian lama tidak berada dikhalayak ramai ,sudah pasti sedikit gementar dan resah membelenggu diri.Setelah diberikan kepercayaan untuk mempengerusikan sebuah majlis .Hamba meyakinkan diri untuk melaksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin.Sedikit perkongsian rangkap pantun yang sempat direka khas untuk majlis tersebut.

Wajah Berseri Nampak Ceria,
Semua Disini Kelihatan Gembira,
Assalamualaikum Pembuka Bicara,
Sebagai Tanda Agenda Bermula.

Dulu Berucap Berkaca Mata,
Namun Kini Nampak Bergaya,
Siapa Lagi Tak Perlu Ditanya,
Itulah Dia Pengarah Kita.

Wajah Tenang Katanya Bermakna,
Mampu Tersenyum biarpun Hiba,
Itulah Naluri Seorang Bapa,
Menyayangi Anak Tiada Akhirnya.

Usah Resah Menatap Sedih,
Perginya Sahabat Pengikat Kasih,
Ukhuwah Dilakar Tanpa Beralih,
Menjadi Bukti Berkongsi Kasih.

KPIPM Megah Berdiri,
Kerana PMRAM Sentiasa Menaungi,
Teruskan Sokongan Tiada Terhenti,
Agar PMRAM Tersemat Dihati.

Pelbagai Ragam Lagak Dan Gaya,
Menjadikan Persembahan Semakin Bertenaga,
Terzahir Ukhuwah Mencipta Kerjasama,
Melakar Kenangan Untuk Selamanya.

Bertungkus lumus Untuk Berlatih,
Siang Dan Malam Tanpa Letih,
Inilah Ukhuwah Sentiasa Menagih,
Tak Kira Siapa Bertaut Kasih.

Bukan Juara Jadi Sandaran,
Tetapi Ukhuwah Yang Didambakan,
Terima Kasih Ucapan Didahulukan
Dengan Komitmen Yang Diberikan..