Aspirasi Edisi Peperiksaan Bakal Menemui Semua


[ Untuk AHLI Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir ]

Adakah Ini Dinamakan Kebajikan ???

Sebak mula menjalar hati apabila hamba mendengar kisah yang telah diceritakan oleh salah seorang rakan yang menghuni di Asrama Rumah Melayu Abbasiah.Dalam sedih dia menceritakan pada Hamba tentang undang-undang baru yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan asrama tersebut antaranya : setiap barangan elektrik yang digunakan dalam bilik akan dikenakan bayaran sebanyak LE5 dan begitu juga pada setiap iklan perniagaan yang akan dipaparkan dikawasan tersebut juga akan dikenakan bayaran.Lalu salah seorang penghuni mengajukan soalan " Jika ada orang yang kurang berkemampuan ,bagaimana pula ?" Lalu pegawai tersebut meminta sesiapa yang masih kurang kemampuan angkat tangan .Tanpa sekelumit penyesalan kata-kata ini terhambur keluar dari mulutnya yang berbunyi " Bagi saya sesiapa yang datang ke Mesir mereka adalah cukup berkemampuan,kenapa tidak sambung pengajian di Malaysia sahaja kalau sudah tahu tidak mampu.Jadi sesiapa yang rasa kurang berkemampuan boleh balik ".Hamba tiba-tiba terfikir apakah ini yang dikatakan sebagai sebuah istilah yang dinamakan [KEBAJIKAN].
Apa yang diperkatakan sama sekali tidak pernah dikotakan .Dimanakah agaknya kedudukan pemikiran mereka sehingga sanggup berkata sedemikian.Hamba rasa sudah sampai masanya pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah memikirkan kembali rasionalnya kewujudan mereka di Bumi anbiya' ini.Jangan memandang rendah pada mahasiswa/wi yang belajar disini sehingga boleh berucap sedemikian.Hamba terkesima dan selalu memikirkan apakah pihak berkenaan tidak merasakan perbuatan mereka kini semakin menyemarakkan lagi kebencian mahasiswa/wi terhadap mereka.
Baru-baru ini juga berlaku peristiwa yang sama di Dewan Perwakilan Tanta sehinggakan tulis didalam status laman sosial Facebook oleh salah seorang pegawai pihak berkenaan.Adakah itu merupakan tindakan yang terbaik oleh salah seorang pegawai kerajaan.Hamba mohon benar agar cuba pegawai-pegawai yang dikasihi sekalian fikirkan jika tiada mahasiswa/mahasiswi di bumi anbiya' ini sudah pasti kalian juga tidak akan ada disini ataupun dalam erti kata lain bekerja disini.Carilah rezeki dan nafkah untuk keluarga dengan cara yang betul dan jangan sedikitpun ada unsur-unsur menzalimi sesiapa kelak kesannya pada keluarga kalian juga.
Kalian merupakan amanah daripada ibubapa mahasiswa/wi disini untuk menjaga segala mungkin yang diperlukan bukan menzalimi sebanyak mana yang mampu asalkan kehendak dan keinginan kalian tercapai. Allah SWT Maha Adil dan Maha Mengetahui setiap apa yang hambanya lakukan.Masih ada peluang untuk insaf!!

Apa Saja Yang Terlintas Menjalar Dalam Layar Putih Ini..


Banyak peristiwa yang berlaku semenjak kebelakangan ini..Samada menimpa diri sendiri ataupun orang lain yang pastinya kepelbagaian peristiwa yang berlaku ini sedikit sebanyak menerjah benak fikiran Hamba beberapa soalan yang tidak pasti apakah jawapan yang hakiki untuk persoalan ini.Sesetengah orang suka berpendapat setiap perkara yang berlaku sudah takdir ketentuan daripada ilahi namun apakah kita pernah terfikir jika manusia berterusan berfikiran begini mereka akan dibelenggu kemalasan yang bersangatan .
Tidak salah untuk berangggapan sedemikian,walaupun begitu harus diingatkan Allah SWT Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi dan DIA tahu akan kemampuan hamba-hambaNYA .Oleh kerana itu setiap dugaan dan ujian yang silih berganti sayugianya difikirkan Kerana Apa aku Diuji Sebegini ? Kenapa Aku Harus Diuji ? Apakah Aku Mampu Untuk Terus Diuji ? Dimanakah Letaknya Sabar Dan Taatku Setiap Kali Aku Diuji ?Inilah yang sepatutnya kita fikirkan dan bukan hanya terus beranggapan semuanya takdir.
Realiti sekarang kita sendiri dapat melihat akan kebejatan paradigma umat manusia yang semakin hari mudah untuk dimanipulasi dengan pelbagai bentuk.Yang paling dikesali ,manusia hari ini seakan sudah hilang akal dan pertimbangan sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi merealisasikan impian dan cita-cita sendiri.Batasan syara' dan landasan Islam bukan lagi jadi rujukan ,jika sudah sampai ke tahap ini apa lagi yang kita boleh harapkan.
Apa saja isu semasa kini jika difikirkan kembali kenapa dan mengapa boleh berlaku rasanya semua orang akan tahu jawapannya.Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana mereka membelakangkan agama dan mengkiblatkan keseronokan menjamu hawa nafsu tanpa sekelumit kesal.Fikrkanlah generasi yang bakal dibantuk satu masa kelak jika fenomena initerus berlarutan tanpa sekatan ...

Gelaran


Ada apa dengan gelaran sehinggakan berapa ramai orang sanggup mengajarnya dalam masa yang sama menindas hak orang lain.Kebejatan pemikiran dan mentaliti masyarakat hari ini berada ditahap yang amat membimbangkan.Ini kerana kepentingan mengejar sebuah gelaran sehinggakan sanggup membelakang hukum dan syariat ALLAH SWT.Bagaimanakah kita mampu untuk membentuk sebuah generasi yang mampu mengembalikan kegemilangan ISLAM jika perihal seperti terus berlaku .
Demi mengejar GELARAN ibubapa rela melihat anak mereka mendedahkan tubuh badan diatas pentas tidak cukup dengan itu ,ada pula ibubapa berbangga sambil mengucapkan syukur diberikan nikmat itu pada keluarga mereka.Persoalannya adakah itu diakatakan sebagai nikmat ?ataupun sebaliknya ..
Wahai manusia yang berakal !! Sedarlah kita hari ini terus menjadi boneka kepada musuh ISLAM yang dari dahulu sehinggga kini tidak pernah jemu menyusun dam mengatur pelbagai perancangan untuk menjatuhkan pendokong ISLAM.
Tidak mustahil satu ketika nanti,generasi sudah tidak kenal apakah itu ISLAM ?ada apa dengan ISLAM dan ISLAM agama untuk siapa dan sebagainya .Oleh kerana itu sayugianya kita perlu memikirkan dari sekarang kewajaran kita untuk mempertahankan ISLAM itu sendiri.
Apakah kerana dengan GELARAN kita akan dijamin mendapat kenikmatan didalam syurga kelak dan segala dosa kita akan terampun .Fikirkanlah wahai manusia yang berakal..