Alhamduliah ....

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon adalah antara pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang tewas selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diumumkan setakat jam 3 pagi ini. Selain Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya; Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, juga kalah. Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput yang diwakilinya sejak 1974 apabila tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr D Jeyakumar dengan majoriti 1,821 undi. Samy Vellu mendapat 14,637 undi berbanding Jeyakumar, 16,458.
Aziz tewas di Shah Alam apabila meraih 24.042 undi berbanding lawannya, Khalid Abdul Samad daripada PKR yang mendapat 33,356 undi manakala Shahrizat yang mendapat 18,833 undi, kalah di Lembah Pantai kepada calon PKR, Nurul Izzah Anwar yang mendapat 21,728 undi. Zainudin yang beralih dari kerusi Parlimen Merbok ke Sungai Petani dalam pilihan raya kali ini tewas 9,381 undi kepada calon PKR, Johari Abdul. Zainudin mendapat 24,441 undi berbanding Johari, 33,822 undi. Dr Koh, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama kali bertanding kerusi Parlimen pula, tewas di Batu Kawan kepada calon DAP yang juga bekas pensyarah, Dr P Ramasamy. Beliau hanya meraih 13,582 undi berbanding Ramasamy 23,067.
Turut tewas, 10 timbalan menteri termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas; Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong. Tan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang disandangnya sejak tiga penggal lalu apabila tewas kepada calon PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tan mendapat 25,608 undi berbanding Abdul Khalid yang juga Setiausaha Agung PKR, 28,123 undi. Kayveas yang juga Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) tewas di Taiping dengan majoriti 11,298 undi apabila mendapat 16,800 undi berbanding lawannya daripada DAP, Nga Kor Ming yang mendapat 28,098 undi. Mah yang juga Ketua Pemuda Gerakan, gagal mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan yang disandangnya apabila tewas dengan majoriti 1,470 undi kepada calon DAP, M Manogaran. Mah mendapat 17,016 undi berbanding Manogaran, 18,486 undi.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman tewas di kerusi Parlimen Nibong Tebal dengan majoriti 3,087 undi apabila mendapat 17,123 undi berbanding pencabarnya daripada PKR, Tan Tee Beng yang meraih 20,210 undi. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin tewas di kerusi Parlimen Bachok dengan majoriti 2,901 undi apabila mendapat 25,934 undi berbanding pencabarnya, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang meraih 28,835. Beliau yang turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok, tewas dengan majoriti 1,270 undi kepada calon Pas, Datuk Omar Mohamad. Awang Adek mendapat 8,235 undi berbanding Omar yang meraih 9,505 undi. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, tewas 198 undi di kerusi Parlimen Hulu Selangor kepada calon PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad. Palanivel memperoleh 22,979 undi berbanding Zainal Abidin, 23,177. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuantan pula kalah dengan majoriti 1,826 undi kepada calon PKR, Fuziah Salleh. Fu mendapat 16,572 undi berbanding Fuziah, 18,398. Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Seri Chia Kwang Chye, kalah dengan majoriti 16,122 undi di Parlimen Bukit Bendera kepada pencabarnya, Liew Chin Tong daripada DAP. Chia yang juga Setiausaha Agung Gerakan, mendapat 15,131 undi berbanding Liew, 31,243. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S Sothinathan kalah dengan majoriti 2.804 undi di Teluk Kemang kepada calon PKR, Kamarul Bahrin Abbas. Sothinathan yang juga Naib Presiden MIC, mendapat 20,544 undi berbanding Kamarul Bahrin, 23,348. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin, kalah dengan majoriti 3,413 di Bagan Serai kepada calon PKR, Mohsin Fadzli Samsuri. Zainal Abidin mendapat 18,943 undi manakala Mohsin Fadzli, 18,943. Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail sekali lagi gagal untuk merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila tewas dengan majoriti 13,388 undi.

Berdasarkan keputusan undian semalam ,Musafir dapat klasifikasikan yang orang Malaysia kini sudah matang dalam membuat penilaian ..Inilah namanya berjuang atas nama untuk memertabatkan agama.Keputusan undian semalam sekaligus membuktikan Malaysia kini sudah sedia memilih pentadbiran yang berteraskan Islam berpandukan Al-Quran dan Hadis.
Sejauh mana pun kita pergi,secanggih mana pun kemajuan yang kita miliki akhirnya kita akam kembali kepada fitrah kita yang asal kembali .

Palestin balas kekejaman

BALAS DENDAM: Anggota penyelamat Israel membawa seorang daripada pelajar Yahudi yang menjadi mangsa serangan di sebuah sekolah agama di Baitulmaqdis. Gambar kecil Ibrahim al-Dabbashi.

8 pelajar Yahudi dibunuh, Libya sekat resolusi 'berat sebelah' PBBBAITULMAQDIS: Seorang penyerang Palestin menembak mati lapan pelajar sebuah sekolah agama Yahudi di sini lewat malam kelmarin yang menyusuli operasi ganas tentera rejim Zionis di Semenanjung Gaza yang meragut sekurang-kurangnya 100 nyawa sejak minggu lalu. Seramai sembilan pelajar berusia 15 hingga 26 tahun Sekolah Agama Yahudi Mercaz Harav turut cedera ditembak penyerang bersenjatakan raifal dan pistol yang melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah pelajar sebelum dia ditembak mati.
Kejadian itu adalah serangan berani pertama seumpamanya di Baitulmaqdis dalam tempoh empat tahun. Sekolah yang disifatkan antara paling berprestij, mempunyai 400 pelajar menengah, termasuk askar Israel yang sememangnya membawa senjata. Sekolah Yahudi itu juga dikaitkan dengan barisan kepemimpinan pergerakan pendatang haram Yahudi di Tebing Barat. Di New York, Libya dan dua lagi anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyekat resolusi mengutuk serangan itu.
Sekalipun dibantah Amerika Syarikat dan Israel, Timbalan Duta Libya ke PBB, Ibrahim al-Dabbashi, menegaskan: "Jika Majlis Keselamatan mahu mengambil tindakan, ia perlu adil dan turut mengutuk pembunuhan penduduk Palestin di Gaza selain kejadian di Baitulmaqdis." Serangan itu mencetuskan suasana panik apabila pelajar yang memenuhi perpustakaan bagi sesi mentelaah pada waktu malam, bertindak terjun dari tingkap, manakala buku bertaburan, dipenuhi darah. Sejurus selepas serangan itu, pelajar lain berkumpul di luar bangunan dan melaungkan 'Jahanam Arab' dan berikrar membalas dendam. Pegawai pertahanan Israel mendakwa penyerang terbabit datang dari arah timur Baitulmaqdis yang menjadi penempatan ramai penduduk Palestin di Baitulmaqdis. Mereka sememangnya memiliki kad pengenalan Israel yang membolehkan mereka bebas bergerak di Israel tetapi berbeza dengan penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza yang hidup sebagai tawanan rejim Zionis dengan pergerakan mereka amat terbatas.
Jurucakap polis Yahudi, Micky Rosenfeld berkata, penyerang itu memasuki kawasan itu menerusi pintu utama. Saksi berkata, dia kemudian memasuki perpustakaan yang dipenuhi kira-kira 80 pelajar. Penyerang itu dikatakan menggunakan raifal dan pistol dibawanya secara serentak. "Sekurang-kurangnya enam kelongsong peluru ditemui di atas lantai. Petugas penyelamat berkata sembilan mangsa cedera, tiga daripadanya parah." David Simchon, ketua sekolah Yahudi berkenaan berkata, pelajar terbabit sedang membuat persiapan menyambut tahun baru Yahudi yang turut membabitkan hari cuti Purim. "Kami sememangnya mahu mengadakan satu parti Purim di sini malam ini, tetapi apa yang berlaku adalah kejadian pembunuhan beramai-ramai," katanya kepada stesen televisyen tempatan, Channel 2 TV. Penyerang itu bagaimanapun ditembak mati oleh seorang graduan sekolah itu yang juga pegawai tentera dan tinggal berhampiran. "Dia melihat penyerang itu melepaskan tembakan dan segera menembaknya." Yehuda Meshi Zahav, ketua perkhidmatan menyelamat, berkata dia memasuki perpustakaan itu dan terkejut dengan apa didakwanya sebagai tidak ubah seperti rumah sembelih. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang berpendirian sederhana, segera mengutuk serangan berkenaan dan pagi semalam beberapa ahli Parlimen Israel pula menggesa kerajaan memutuskan rundingan damai dengan Palestin. – AP/Reuters
P/S :Walaupaun kita tak mampu menghulurkan dari segi material cukuplah kita sentiasa doakan Supaya Allah melindungi mereka.Kerana Allah tidak akan mensia-siakan doa hambanya.Sama-samalah doakan untuk mereka disana agar sentiasa berada dibawah lembayung keredhaan Allah .

Nak Tau Kan?

Berjuanglah......




Perkara yang musafir maksudkan hari tu adalah hati ..Kenapa hati ye ?Sebab dalam kehidupan kita hari ini memang takkan lari dari masalah hati kan ?cuma kita sahaja sama ada sedar ataupun tidak sedar apa yang kita lakukan itu betul atau tak ..

Contoh yang terdekat ini hari Sabtu ni,Hari Mengundi ni kita boleh tengok apa yang musafir maksudkan ini betul tak ?Mestikan akan ada situasi sakit hati,senang hati,makan hati,patah hati dan semua yang berkaitan dengan hati..

Musafir harapkan sama-samalah kita doakan dari jauh agar Pengundian dijalankan dengan adil dan saksama tanpa ada calit-calit penyelewengan.Bercerita tentang undi ni musafir masih teringat masa ana masih bersekolah dikampung suasana ketika mengundi seperti perang poster tu dah semestinya..

Yang paling menakutkan ada juga yang bergaduh untuk mempertahankan pilihan masing-masing .Bagi musafir tak guna kita bertegang leher bertelagah kerana ianya tak ke mana lebih ahsan lagi kita lakukan sahaja apa yang diamanahkan tanpa perlu ada perselisihan faham antara satu sama lain .

Kenapa ek ???

Semua pasti berdebar dengan tarikh 8 Mac 2008 ,pelbagai spekulasi yang timbul mengenainya,namun kita hanya mampu merancang Allah yang akan tentukan semuanya.Betul tak ?Sama-samalah kita doakan agar segalanya berjalan lancar tanpa dicemari dengan noda-noda penipuan dan penindasan kerana setiap perkara itu ada balasan disisi Allah S.W.T .Musafir tak berpeluang nak mengundi walaupun dah berdaftarsedih gak sebenarnya !huhuhu..
Tapi post kali ni musafir nak cuba bukakan minda tentang sesuatu yang terpenting dalam hidup manusia ,agak-agak apa ye ?Dalam kita menjalani kehidupan seharian kita memang takkan dapat lari daripada dia ..Itulah yang musafir pernah terfikirkan ,sehingga jika ianya rosak pasti kita tak mampu nak wat apa2.
Ianya terlalu sensitif ,mudah kata sensetiviti dia memang hyper.Emm tipulah kalau ada orang kata dia tak pernah mengalami apa yang musafir dan insan-insan lain rasa kan ?Tertanya-tanya ye apa dia?Emm cube carikan dulu apa bendanya Insya Allah musafir akan beritahu hari Jumaat ni ye ..Nantikanlah apa yang Musafir maksudkan ini ye ...
" Sesungguhnya kita terlalu kerdil untuk dibanggakan,
terlalu jahil juga dalam menilai,
Ingatlah ,renungkanlah,fikirkanlah,
Kita tetap seorang hamba yang tiada apa-apa"