Destinasi Yang Hakiki

Ilhamminda: Zhonni Abdi

Dengan bongkak melangkah ,
Mendongak ke langit cerah,
Tanpa sekelumit resah,
Begitu yakin dunia tidak akan musnah,
Usahlah terlalu bermegah,
Kerana kita semua ciptaan ALLAH ,
Taat ,patuh dan berserah,
Bukannya mencabar sunnatullah,
Destinasi sebenar kita adalah barzakh,
Idola kita Rasullullah ,
Panduan kita Al-Quran dan Sunnah,
Namun tidak semua qanaah,
Dengan nikmat kurniaan Allah ,
Sebaliknya terus melayani mazmumah,
Mengengkari segala perintah,
Akhirnya tempat yang ditempah,
Neraka Hamiah,
Ingatlah manusia yang bermegah,
Destinasi hakiki kita adalah tanah,
Tempat kita melangkah.

SAAT MENILAI CINTA


KOSMO [LINK]
SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Sempoi Cakap Orang Ganas


Menatap beberapa dada akhbar tempatan Hamba terpanggil untuk memberi respon terutamanya mengenai Presiden PAS seorang "PENGGANAS".Manusia kini semakin jahil akal dan kewarasanny auntuk berfikir dalam menilai kaca dan permata.Sehinggakan sanggup menggelarkan ulama' sebagai pengganas.Entah kenapa dakwaan seperti ini boleh dilontarakan.Apakah masyarakat kini tidak mampu menggunakan akal kurniaan ALLAH untuk berfikir sebaliknya menggunakan lutut dalam menilai.
Terkilan dengan apa yang berlaku ,jika direnungkan pengamalan PAS tidak langsung mendorong pendokong dan penyokongnya menjadi seorang pengganas sebaliknya yang bersikap sebegini seperti 1 MALAYSIA ketahui sudah tentu golongan UMNO.Tidak ada lagi dalam sejarah ada dikalangan pimpinan PAS bom orang ataupun seumpamanya tetapi jika UMNO sudah terang lagi bersuluh bukan setakat bunuh tetapi terus bomkan orang.Adakah masyarakat masih bodoh untuk melihat realiti sifat pengganas yang sebenar pada siapa.
Berani memang perlu ada pada seorang pejuang tetapi jangan pula disalah tafsirkan definisi BERANI itu sehingga sanggup bunuh orang.Berani yang dimaksudkan adalah berani berdepan dengan pelbagai keadaan dan menyatakan perkara yang hak.Bukan seperti sesetengah golongan yang hanya berselindung disebalik sekeping kertas yang berangka semata-mata.
Dakwaan bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang seorang pengganas perlu disangkal sama sekali.Terpulang kepada mana-mana pihak yang terus mendakwa sedimikian tetapi harus diingatkan ,apabila tiba masa ALLAH menzahirkan segala perbuatan kalian ketika itu tiada apa yang dapat dilakukan melainkan kemusnahan yang bisa diterima oleh kalian.

Salahkah Aku Berbaju Kurung ?



Mungkin persoalan ini agak simple pada dasarnya namun mempunyai maksud yang ingin disampaikan. Memang tidak salah berbaju kurung kerana ianya salah satu pakaian warisan wanita Melayu dan pakaian yang menutup aurat.
Jadi apa salahnya ?Realiti hari ini kita dapat melihat peredaran fesyen pemaikaian yang hari ini semakin laju dipandu dengan arus kemajuan dan pemikiran masyarakat kini.Kita boleh melihat hari ini baju kurung yang dipakaikan oleh kaum wanita adakah benar-benar menutup aurat ? cukuplah sekadar kita melihat kain yang dijadikan baju kurung kebanyakkan menggunakan kain yang jarang sekaligus menampakkan tubuh badan .Ada pula baju kurung yang agak ketat juga boleh menampakkan potongan badan kepada si pemakai.Jadi salahkah berbaju kurung?MEMANG SALAH jika perkara yang Hamba sebutkan tadi itu berlaku tetapi jika tidak maka bagi Hamba tidak salah.
Oleh kerana yang sedemikian ,kaum HAWA sekalian fikirkanlah secara rasional hakikat yang berlaku hari ini.Begitu juga pemakaian tudung ,kini tudung yang dipakai oleh kebanyakkan wanita hanya cukup untuk menutup rambut dan leher sahaja.Bagaimana pula jika bagitu ?Sama-sama fikirkan apa yang sepatutnya kalian lakukan.Nampak simple perlu diingatkan "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA" memang betul matlamat kalian ingin berpakaian yang menutup aurat namun itu tidak menghalalkan kalian untuk mendedahkan aurat kalian.Jika benar ingin menutup aurat lakukan dengan betul selari dengan batasan syariat yang telah ditetapkan.Selamat beramal.

Semangat Betol UMNO Sorang Nie Ye !!!


Setelah lama Hamba menerjah beberapa blog sahabat-sahabat seperjuangan Blogger yang Hamba rasa terpanggil untuk memberi sedikit sudut pandangan peribadi .Bak kata pepatah siapa makan Ayam Goreng dia akan rasa Ayam Goreng kan?
Dulu pernah kecoh isu Nama Mahasiswa Qiraat Lambat dan beberapa lagi masalah yang bersangkutan dengan proses pengurusan Mahasiswa Mesir.Jika difikirkan kembali ketika Muktamar Sanawi ramai yang bersuara ingin mempertahankan Hak Mahasiswa tapi hakikatnya beberapa kelompok sahaja yang ingin berani bersuara memperjuangkan Hak Mahasiswa .
Kenapa hal sedemikian boleh berlaku ? Kita boleh lihat sendiri pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti yang tidak langsung berkaitan dengan bidang tugas dalam menjaga Kebaikan Mahasiswa Mesir.Pelbagai paparan gambar mengenai aktiviti sama ada dalam blog peribadi ataupun laman sosial Facebook.Hamba rasa Mahasiswa Mesir perlu membuka mata untuk menilai dengan sebaiknya untuk apa mereka [ JPMK ]perlu berada dibumi ini.Mereka tidak ubah seperti manusia yang hanya bijak bermain dengan kata-kata sedangkan hakikatnya mereka hanya menggunakan istilah KEBAJIKAN yang dijadikan topeng pada UMNO itu sendiri.Memang betul semua dari kalangan kita ada hak untuk menyokong mana-mana parti tapi mereka kena beringat yang Kerajaan Malaysia hantar mereka untuk memudahkan urusan bukan untuk promosi UMNO .
Hamba sedikit terkilan kepada [ KJ ] kerana sering menimbulkan pelbagai isu ataupun dalam erti kata lain sengaja membuka ruang untuk orang mencari kesalahannya. Terutamanya penggunaan FBnya sehinggakan ada je benda yang ingin ditulis,cuba jangan timbulkan provokasi.Terpulanglah nak jadi UMNO SOLID ke-ORG KUAT UMNO ke- tetapi dia kena ingat yang dia dihantar bukan untuk jadi aktivis FB sampaikan nak ngadap tu je 24 jam.Harap KJ boleh cuba kurangkan sedikit aktiviti tersebut.Hamba selama ini hanya memerhatikan tetapi sejak akhir-akhir ini makin " BERSELERA PLAK " .
Insya Allah jika KJ boleh kurangkan maka takdelah sahabat-sahabat lain dianggap ingin mencari salah dan sebagainya .Mereka juga tidak ingin membuka dan mencari salah sesiapa cuma terkilan dengan sikap seorang kakitangan kerajaan yang seakan-akan masih bersifat KEREMAJAAN .Untuk KJ nak sokong UMNO ke DAP ke MCA ke MIC ke terpulang tapi agak-agak la sikit kan..Sayonara..
[** Janganlah masam muka tue]

Sekuntum Mawar Merah & Sebuah Puisi

PenaHamba: Zhonni Abdi

Tatkala Atma Dihimpit Hiba,
Paradigma Kalut Merungkai Rasa,
Kemana Perginya Bahagia,
Masih Bersisakah Derita,
Sekuntum Mawar Merah Tersedia Di Meja,
Harumannya Memukau Deria,
Terkesima Seketika Mencari Punca,
Sebuah Puisi Membawa Seribu Makna ,
Sukar Memahami Ironinya ,
Selembut Dingin Pawana ,
Tersusun Kalimah Metafora,
Aliterasinya Indah Belaka,
Rima Diatur Seiring Nada,
Bicara Pujangga Punya Kiasaannya,
Gelora Jiwa Terubat Jua,
Saat Menatap Madah Pujangga,
Menjadi Penawar Tinggi Nilaiannya..