Untuk MSD Cairo-KBMK




Dalam sedar airmata Hamba mula membasahi pipi bila melihat tayangan video ini.Seakan-akan dapat merasakan betapa tekanan yang dihadapi oleh sahabat-sahabat Hamba diMansurah.Hakikat ini terus menjadi teka-teki yang masih samar untuk menemui jawapannya.Namun apa yang pasti semakin hari mahasiswa seringkali ditindas tanpa sekelumit rasa kekesalan.
Apakah dosanya kami sehinggakan kami diperlakukan sebegini seakan diri kami tiada maruah diperlakukan.Hamba berharap agar pihak tertentu memikirkan cara penyelesaian masalah ini kerana kalian adalah wakil Malaysia dalam memastikan kebajikan mahasiswa Malaysia disini.Zahirkanlah kebajikan yang sering dilaungkan dan diucapkan agar ianya bukan sekadar manisan yang sekadar alas dibibir namun sebaliknya merealisasikan .
Untuk apa terus menzalimi dan menganiaya mahasiswa yang tidak berdosa ini.Kalian amatilah betul-betul video ini,kesepakatan mahasiswa dalam mempertahankan hak mereka dinegara orang sayugianya jika pihak Malaysian Student Department Cairo [MSD]-Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah & Kedutaan Besar Malaysia Kaherah [ KBMK ]turut serta bersama-sama kami .Janganlah terus dibelenggu dengan rantai hasad dengki dan bongkak kerana ianya tidak sekali mendatangkan faedah pada kita semua.
Biarpun Hamba tidak berada disana namun kesedihan dan kegundahan mereka tempiasnya Hamba turut merasakan.
Wahai MSD CAIRO !! Jika benar kalian ingin menjaga kebajikan sekarang buktikan ...Tetapi jika sebaliknya maka Gelombang Suara Mahasiswa akan terus melebarkan dan menzahirkan kesungguhan dalam mempertahankan HAK & Maruah..

No comments: