Hard 2 Get

Bara Terus Menyala
PenaBernyawa:HambaMusafir




Tika mana paradigma berputar mencari titik noktah permulaan ,
metafora pemikiran dicerna bagai diatur segala..Percaturan dan perjalanan dalam setiap langkahan maya termaktub 
satu alasan yang sukar disangkal jejaknya .
Atur kata tersusun seakan mengerti bara yang semakin hangat terasa.Persoalan demi persoalan kini 
tiada lagi bertemu dengan jawapan yang sepi tanpa nada namun sebaliknya terisi dengan indahnya sekali.
Dengan ini tidak dapat tidak ,meniupkan semangat juang untuk 
mengatur langkah ke hadapan ,merencana misi dan visi dengan harapan ianya terlaksana biarpun 
adakalanya diterjah mehnah dan tribulasi .
Pena hamba terus bernyawa seiring dengan semangat juang yang tidak pernah pudar .
Bukan kerana nama ku bertapak ,bukan jua kerana harta ku melangkah ,
TETAPI 
kerana amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakan di atas dasar Al-Quran dan Sunnah
memacu masyarakat agar membuka pemikiran untuk sama-sama melihat dan menghayati Islam .
Memastikan kebersamaan dalam perjuangan Islam seterusnya menjadi mata rantai kepada kesinambungan 
perjuangan golongan yang terdahulu daripada kita hari ini.



 



Keep in Touch

Kelahiran Kekasih ALLAH
CetusRasa:HambaMusafir



Saban tahun kita sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk meraikan Hari Kelahiran Insan yang teragung Nabi Muhammad S.A.W .Pelbagai cara ,lagak dan gaya untuk menunjukkan akan kecintaan kepada Baginda.Pengisian yang berbeza di pelbagai tempat semata-mata untuk membuktikan betapa mulia dan agungnya Nabi Muhamad S.A.W.Sudah menjadi lumrah dan kebiasaan yang berlaku sendiri pada realiti kini ,saat Maulidur Rasul diadakan maka ketika itu berkumandanglah ceramah dan tazkirah yang mengungkap kembali sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W satu ketika dahulu.
Walaupun begitu ,persoalannya kini adakah kita sendiri benar-benar sayang dan cintakan Nabi Muhamad S.A.W atau sekadar manisan di bibir sahaja .Tiada siapa yang dapat mengukur akan nilainya kecintaan dan kasih kita kepada Nabi Muhammad S.A.W melainkan diri kita sendiri.Adakah cinta,sayang dan kasih kita kepada Nabi Muhammad S.A.W hanya 
ketika sambutan Maulidur Rasul sahaja.
Sekadar renungan dan peringatan bagi kita selaku umat akhir zaman ,adakah kita benar-benar menyintai Nabi Muhammad dan agama yang dibawa olehnya .Jangan sesekali berbicara tentang kasih dan sayang kepada Nabi Muhammad S.A.W andaikita sendiri masih belum benar-benar memahami agama yang dibawaNYA.
Pada ketika ini ,di dalam negara kita sendiri berapa ramaikah yang dapat mengamalkan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W dalam seluruh kehidupan mereka .Berapa ramaikah pula yang meninggalkan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W bahkan ada pula yang sanggup menghina Baginda.Masing-masing koreksi diri muhsabahlah hati dimanakah tahap kecintaan kita kepada nabi ataupun sekadar meniti dibibir bukannya dari hati.Andai di akhirat kelak kita tidak tergolong dalam umat Nabi usahlah dipersoalkan kenapa dam mengapa kerana semuanya kerana diri kita sendiri.
Kita sendiri dapat melihat hari ini ,saban hari musuh-musuh Islam sudah semakin berani memperkotak katikkan Islam mengikut hawa nafsu mereka.Adakah kita hanya sekadar berpeluk tubuh,memekakkan telinga,membutakan mata dan membatukan diri sahaja tanpa melakukan apa-apa.Malang sekali siapakah dikalangan kelompok itu?Dimanakah ikrar dan janji kita untuk membuktikan kecintaan kita kepada Nabi dan sensetiviti kita kepada Islam .
Ramai orang yang mudah untuk memahami sirah kehidupan Nabi tapi tidak ramai yang mudah untuk memahami perjuagan Nabi untuk meninggikan kalimah Allah S.W.T .Di atas dasar demikian sempena Hari Kelahiran Baginda ini marilaj sama-sama kita meningkatkan semangat kita untuk menjadi mata rantai untuk meneruskan perjuangan Nabi untuk memartabatkan Islam di mata dunia.