Kemantapan Fikrah Membina Syaksiah

SALAM PERJUANGAN DAN SALAM REFORMASI... MOGA DALAM RAHMAT ALLAH..HENDAKNYA..INSYAALLAH.. Disini saya ingin kita sama-merenung kembali akan keaadaan ummat yang kian jauh dari redha ILAHI.bagaimana keadaan sosial yang sangat meruncing di kalangan muda - mudi termasuk pemimpin rakyat yang hanyut dalam tipu daya dunia.Adakah tugas dakwah ini hanya dipikul dari golongan agamawan sahaja,kalau begitulah fikrah kita maka ita akan melihat zaman ini akan hancur dipukul badai maksiat yang semakin menebal wabak sekularisme di dalam jiwa-jiwa mereka. apabila kita melihat pelbagai isu,adakah jiwa ita tersentak untuk turut berjuang dalam gelanggang yang sebenar?? mugkin ramai yang tertipu dengan diri sendiri,mengatakn dirinya sudah berdakwah dan berjuang..atas prinsip apa kalau berjuang hanya untuk kepentingan diri sendiri,dipuji manusia,namanya dijulang,hebat ketika didepan manusia tapi hancur dan lenyap dibuai mimpi dunia apabila bersendirian,,, disinilah saya ingin mengatakan akan peri pentingnya peroalan FIKRAH dan kita berdakwah secara JAMAAH... TAPI RAMAI DIKALANGAN KITA YANG MASIH LAGI BINGUNG DAN ALPA DALAM MEMILIH JAMAAH ISLAM YANG TERBAIK.. Disini saya akan nyatakan ciri-ciri khusus ISLAM dan JAMAAH ISLAMIAH yang boleh dijadikan panduan-

1-RABBANIAH-bersifat rabbani,mengajar amilin supaya sentiasa mendekatkan diri pada ALLAH dalam setiap program dan aktiviti dan menjaga batas-batas pergaulan supaya tidak melampaui syariat,dan tidak menganjurkan aktiviti-aktiviti maksiat.Mempunyai objektif yang sangat jelas ingin menegakkan DAULAH ISLAMIAH.

2-ALAMIAH-bersifat antarabangsa dan merangkumi semua golongan,hatta dari yang golonganmiskin,yang tidak gosok gigi hinggalh golongan phd.Sekiranya jamaah yang ingin didukungi dan intima' hanyalah dari golongan tertentu sahaja,ataupun kaum melayu sahaja bagaimana dakwah Islam itu akan berkembang.

3.SYUMULIAH-bersifat merangkumi semua aspek samada kebajikan,ekonomi,ketenteraan,perpaduan kaum,politik dan isu maruah ISLAM dan membela ISLAM apabila dihina dengan melancarkan demo,bantahan,penyerahan memorandum dan bukannya hanya mengeluh melihat ummat ISLAM dan NABI dihina,jamaah ISLAM bukanlah mengajar pegikutnya bacul dalam berjuang
.

4.INQILABIAH-bersifat tidak mencampur adukkan kebenaran dan kebatilan,seperti mengadakan forum ISLAM perdana dan dalam masa yang sama juga menganjurkan konsert-konsert hiburan yang melampau dan membiarkan pergaulan bebas lelakai dan perempuan,ani sangatlah ditegah dalam ISLAM kerana sebuah jamaah yang haq tidak akan mencampurkan dan yang batil dalam masa yang sama.

5.WAQI'YAH-bersifat realistik dan mendepani cabaran globalisasi dalam menangani isu politik,sosial dan ekonomi global dan lokal..Jamaah Islamiyah tidak boleh bersifat jumud(beku) dalam mengaplikasi segala
teknologi dan kecangggihan yang boleh dimanfaatkan,dan haruslah bersifat realistik dalam mendepani musuh ISLAM,contohnya dalam isu ekonomi dan politik perlu ada saingan yang mantap dan efektif untuk menjadikan ISLAM sebagai New World Order.

6.THABAT DAN MURUNAH-bersifat tetap dan fleksibel dalam berdakwah dan melaksanakan segala objektif jamaah.Contohnya dalam mendepani mad'u yang non muslim,kita masih tetap menutup aurat tapi masih kreatif dalam bahan dakwah seperti family day,konvoi bermotor dan sebagainya Sekianlah sudah enam item yang memberi panduan kepada dalam memilih JAMAAH ISLAMIYAH,sekiranya kita silap memilih jamaah umpama kita telah silap memilih landasan perjuangan ini dan kita hanya bersikap mementingkan diri melihat kesusahan perjuangan orang lain seperti ditangkap I.S.A yang zalim,memandang rendah mereka yang turun berdemontrasi menentang kezaliman yahudi dan kuffar.

Sedarlah wahai sahabatku,Dakwah yang paling UTAMA ADALAH MENEGAKKAN KEBENARAN KEBENARAN DIATAS PEMERINTAHAN YANG ZALIM!!! DAN MENDAULATKAN AL-QURAN DAN SUNNAH SEBAGAI SUMBER PERUNDANGAN DAN MENAWAN KEMBALI PALESTIN..DAN TERTEGAKKANYA DAULAH DAN KHALIFAH ISLAMIYAH..
PERSOALANNYA ADAKAH MUNGKIN SEGALA IMPIAN DAN MATLAMAT KITA DIGERAKKAN TANPA MELIBATKAN DIRI DALAM ARENA POLITIK????? FIKIR-FIKIRKANLAH DENGAN MATA HATIMU...

** Sumber
Al-Huda


Feel Better ?


Belajar Mencintai Seseorang Yang Tidak Sempurna Dengan Cara Yang Sempurna



Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, Itulah kesempatan. Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, Itu bukan pilihan, itu kesempatan. Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, Itupun adalah kesempatan.


Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, Bahkan dengan segala kekurangannya, Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan. Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, Itu adalah pilihan. Bahkan ketika kita menyadari bahwa masih banyak orang lain Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu Dan tetap memilih untuk mencintainya, Itulah pilihan.


Perasaan cinta, simpatik, tertarik, Datang bagai kesempatan pada kita. Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan. Pilihan yang kita lakukan. Berbicara tentang pasangan jiwa, Ada suatu bingkisan dari film yang Mungkin sangat tepat : "Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil" Pasangan jiwa mampu benar-benar ada. Dan bahkan sangat mungkin ada seseorang Yang diciptakan hanya untukmu. Tetapi tetap terpulang padamu Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin Melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak... Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita, Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita, Adalah pilihan yang harus kita lakukan. Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna

MySpace

Jangan Hidup Sambil Mati



"WAH, perniagaan awak semakin besar. Bila sudah kaya, jangan lupa pada kami," kata tauke kedai fotostat yang sering menjadi pilihan saya untuk memfotostat kertas kerja kursus kewangan Islam.

"Awak sudah masuk semua syarikat besar, termasuk ke Brunei juga. Hebat dan selamat berjaya," isteri tauke yang berumur sekitar 50-an pula menyampuk.

PELANGGAN DAN PENDAKWAH?

Hasil kerja yang bersih, cepat dan murah serta bijak berinteraksi dengan pelanggan antara punca saya memilih menjadi pelanggan tetapnya, selain faktor ketiadaan kedai fotostat lain di kawasan berkenaan, khususnya milik orang Islam.

"Jangan bimbang, itu pun jika umur saya panjang, manakala tubuh badan pula sihat," balas saya ringkas.

"Aiya, awak jangan cakap berkaitan mati, susah hati la. Jangan fikir mati lagi, hilang semangat nanti. Kita kerja, kerja, kerja dulu, nanti hidup baru senang," kata tauke dengan bahasa Melayu pelat Cina.

Isterinya turut mengangguk tanda setuju dengan saranan suaminya.


"Aiya tauke, jika tidak fikir mati, hidup senangkah?" duga saya selanjutnya, cuba meninjau ‘dalam kepala' sang tauke dan isteri.


"Kalau fikir mati, buat itu dan ini pun boleh jadi malas, sebab rasa mahu mati saja," kata tauke nampak yakin sambil tangannya ligat menulis bil fotostat saya.


Wajahnya masih tersenyum, mungkin gembira menerima sejumlah wang yang saya hulurkan secara tunai.

Dua pekerjanya adalah anak gadis Melayu, mungkin lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mereka turut tersengih mendengar celoteh kami.

"Tapi tauke, kerja cari duit saja tanpa fikir mati, satu daripada punca utama orang ceroboh hak orang lain, menipu, merompak dan samun, semua sebab tidak fikir pasal mati.


"Orang buat jahat dan tamak kerana lupa pasal mati la tauke. Nanti mati, semua pun tinggal," jawab saya sebagai balasan kepada logik yang diberinya tadi.


"Kami orang Islam yakin mati adalah waktu terima ganjaran kebaikan ketika bekerja di dunia atau balasan seksa jika menipu waktu kerja.


"Oleh itu, jika individu terbabit penganut Islam tulen, mereka kerja kuat dan tidak menipu kerana mahu selamat dan terima ganjaran," tambah saya.


"Baiklah, awak betul," kata tauke dan isterinya hanya mengangguk sambil tersenyum manakala tangan menghulur resit.



Entahlah, sama ada difahami atau tidak oleh tauke, tidak dapat saya menduga. Namun, cukup sebagai pembukaan awal satu dakwah kepada individu bukan Islam.


Bukankah molek jika kita semua ambil peluang sebagai pelanggan kerana mereka hormat pelanggan, lalu saya gunakan penghormatan itu bagi meraih sesuatu untuk Islam. Sudah tentu anda juga boleh. Namun lebih tepat jika anda sudah agak kenal lama dan sang tauke sudah sedikit sebanyak mengenal hati budi dan amanahnya anda.


Saya sudah lama kenal tauke itu dan isterinya sehingga boleh saya katakan, saya amat dipercayai mereka. Manakan tidak, sehingga pada Ahad, saya masih boleh meminta tauke datang untuk menyiapkan satu kerja fotostat kecemasan kursus bagi kegunaan pagi Isnin.

Pengesahan pihak penganjur pada saat terakhir pasti membebankan urusan persiapan. Alhamdulillah, tauke sanggup datang dan membuka kedainya khas untuk saya. Bab pembayaran, tidak pernah saya lewat sehingga meresahkan tauke. Bila janji tempoh bayaran, saya akan pastikan ia ditepati.


Ini menyebabkan saya dicop sebagai pelanggan tetap berkualiti yang dipercayai dan sering pula diberi diskaun. Diskaun sering diberi sebagai penggalak dan penambat hati secara psikologi, memang bijak.

Teringat sikap seorang peniaga langsir Pakistan di Leicester, United Kingdom (UK), yang mulanya cukup baik bersembang, namun bila saya minta sedikit diskaun, hanya GBP 50 pence (RM2.50), lalu dibentaknya.

"Apalah kamu ni, aku sudah beri harga terbaik dan boleh beli apa sangat dengan GBP 50 pence itu," bentaknya.

"Itulah kamu, sebagai peniaga kamu perlu tahu, ada kalanya pelanggan meminta diskaun bukan kerana ingin jimat tetapi sekadar kepuasan dan memberi keyakinan untuk membuat keputusan dan membeli, kena faham itu," bentak saya semula .



Dia kelihatan tersenyum pahit dan akhirnya memberikan saya diskaun lebih dari GBP 2. Namun, saya sudah pun membatalkan pembelian alas meja kerana sikapnya tadi selain hati juga sudah tawar dengannya, walaupun dia cuba memulihkan semula dengan sembangan berkenaan Malaysia selepas itu.

Kembali kepada kisah tauke Cina Malaysia tadi, benarlah kata sahabat dan rakan saya ‘orang Cina, sekali sudah mempercayai kita, mereka akan terus percaya sehinggalah terbukti sekali kita bersifat sebaliknya. Tatkala itu hilang punah seluruh kepercayaan yang lalu'.

Saya memanfaatkan kepercayaan itu untuk memulakan idea Islam di dalam minda mereka. Benar, memang sukar untuk anda terus pergi ke bertemu rakan bukan Islam dan berkempen idea berkaitan Islam secara tiba-tiba.


Sewajarnya, kita menggunapakai cara yang ditunjuk oleh Allah SWT melalui Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW, baginda digelar Al-Amin atas sifat amanah baginda oleh seluruh penduduk Makkah, termasuk sang kafir.

Dengan imej demikian dan izin Allah SWT, baginda mampu mempengaruhi sejumlah besar penduduk Mekah untuk menerima Islam pada awal kebangkitannya

FIKIR MATI AKAN SENANG ATAU SUSAH ?

Inilah pertentangan antara keyakinan seorang bukan Islam dan seorang mukmin.

Idea bukan Islam sering menjauhkan seseorang dari berfikir tentang kematian, kerana sangkanya ia hanya akan melambat kemajuan diri seseorang.

Malang, kepercayaan ini semakin meresap dalam diri kebanyakkan umat Islam, khususnya mereka yang sedang mabuk dilambung oleh ketamakan wang, pangkat dan harta. Kematian semakin dilupai, membawa sama kelupaan terhadap redha dan cinta Allah dan Rasul, turut lupa dan lalai terhadap larangan, tegahan dan arahan ilahi.

Kejauhan daripada Allah swt semakin terbukti apabila disebut berkenaan hukum perniagaan, mereka melenting dan tergesa-gesa menempelak :-

"kalau asyik haram, haram, haram aja, sampai bila kita nak maju!!, bukankah Islam suruh kita maju!"

Ini idea jahiliyah, yang sepatutnya hanya tersemat kukuh dalam hati dan minda seseorang yang sepatutnya berpakaian ‘kafir' bukan dari seseorang bernama Muslim. Moga kita dijauhi dari minda buruk ini. Islam menyuruh kita maju hati dengan kekayaan yang halal.

Allah swt berfirman :-



قَالَ كَذَلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَلِكَ الْيَوْمَ تُنسَى

Ertinya : "Allah berfirman: ""Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan" ( Toha : 126 )

ZIKIRAN KEMATIAN YANG MENGHIDUP

Ya Allah, NabiMu menangis deras mengingatkan nasib kami yang lemah ini. Ingin sahaja Nabi berdoa kepada Allah agar dapat diperdengarkan bunyi manusia yang sedang diazab di kubur. Catatan Imam Muslim menyebutkan kalam Rasulullah s.a.w :-



إن هذه الأمة تبتلى في قبورها ، فلولا أن لا تدافنوا ؛ لدعوت الله أن يسمعكم من عذاب القبر الذي أسمع منه

Ertinya : Sesungguhnya umat ini akan diazab di dalam kubur mereka, nescaya jika sekiranya ia tidak sampai terlalu menakutkan kamu (sehingga takut untuk dikafankan dan dikebumikan), sudah tentu akan aku berdoa kepada Allah swt agar diperdengarkan bunyian azab kubur sebagaimana yang aku dengari ini" (Hadis riwayat Muslim)

Itulah salah satu mu'jizat Nabi s.a.w yang diizinkan oleh Allah untuk mendengari bunyian pukulan azab seseorang hamba. Ingin sahaja Nabi berkongsi kesedaran itu dengan kita..

Ya dengan kita, untuk apa ?

Agar kita tersedar dari dodoian indah dunia dan harta sementara yang melupakan dari tugas dan tanggungjawab hakiki di muka bumi sementara ini.

Azab atau nikmat di barzakh akan kekal sehingga kita dibangkitkan, jika ia enak, akan enaklah sepanjang penungguan dan selepasnya, jika pedih akan pedih jualah perjalanannya bermula dari diletaknya ia di ruang kecil lagi sempit yang bernama liang lahad.

Nabi bersabda :-



إن أحدكم إذا مات عرض عليه مقعده بالغداة والعشي إن كان من أهل الجنة فمن أهل الجنة وإن كان من أهل النار فمن أهل النار يقال هذا مقعدك حتى يبعثك الله إليه يوم القيامة

Ertinya : Apabila seorang kamu telah mati, dibentangkan tempat tinggalnya di pagi dan petang hari, sekiranya ia dari kalangan ahli syurga, maka ia akan menikmati tempat tinggal seperti ahli syurga, sekiranya ia dari kalangan ahli neraka, nescaya ia akan merasakan tempat duduk ahli neraka dan dikatakan kepada mereka : Inilah tempat tinggal kamu sehinggalah kamu akan dibangkitkan di hari kiamat kelak (Riwayat Bukhari dan Muslim)

BILAKAH ?

Wahai diriku dan teman-teman, apakah kehidupan kita hari ini sudah akan melayakkan kita untuk disenaraikan sebagai penghuni neraka atau syurga?

Sedarkah kita, kematian sentiasa mengintai dan malang bagi diri yang masih sering melupakannya, kehidupan dan hartanya disirami unsur haram lagi terlarang. Tubuhnya disaluti pekakas haram, pergerakannya sentiasa melanggar sempadan kemurkaan Allah dan dukacita Rasul. Keluarga ditadbir mengikut telunjuk nafsu.

Adakah sudah kita tempah ruangan barzakh yang luas sebagaimana kita tempahi kereta mewah idaman kalbu?

Bilakah lagi mahu tiba rasa ghairah dan kesungguhan untuk pahala besar sebagaimana rakusnya kita dalam mendapatkan kontrak dan tender besar?

Apakah kita sudah mampu tersenyum puas kerana usaha kita mentaati Allah, sebagaimana mereka yang tersenyum bangga memasuki rumah baru dibelinya yang luas lagi indah, bagaimana nasib rumah kuburnya kelak?

Jikalau kita masih belum, mengapa harus kita berlengah lagi?. Masih belum sedarkah dari lena dunia dan isinya?

Kematian seharusnya menjadi satu waktu yang dinanti kerana ia permulaan nikmat hakiki, bukan ditakuti dan dirisaukan. Namun jangan sampai enggan berubat apabila sakit, berubat adalah tuntutan Islam yang ditegaskan oleh baginda Nabi s.a.w.

Bilakah kesediaan itu akan tiba wahai diri, bila lagi?

Ya Allah, kami berdoa agar kami tidak tergolong dalam kategori mereka yang melupaimu, berikan kami sekelumit rasa cinta dan kasih kepadaMu, moga ia mampu mencetus getaran hati yang merubah diri lalu menyelamatkan kami dari azabMu. Jadikan kematian sebagai satu garisan yang tidak digeruni kami, tetapi ditunggu oleh kami dek kerana keghairahan untuk bertemuMu dan RasulMu yang membawa sinar dan rahmat kepada seluruh alam.

Memperbanyakkan fikir berkenaan mati akan menghidupkan seseorang, kegagalan berifkir tentangnya akan mematikannya.

Pena Hamba Bernyawa



**Aspirasi Keluaran Bumper Peperiksaan

Dosa Warisan


Dalam sebuah empayar dan ketamadunan manusia sudah pasti kita impikan satu gagasan generasi yang menjadi lebih terbaik daripada generasi sebelumnya .Namun begitu dalam mengejar sasaran untuk melahirkan generasi begitu kita terlepas pandang pada pembentukkan peribadi generasi kini dalam mencorakkan pemikiran generasi akan datang .Oleh kerana itu,satu persoalan sering dilontarkan kepada kita " Kenapa orang sekarang tidak seperti dahulu?".Hamba rasa tidak berniat untuk menjawab persoalan seperti ini cuma ingin memberikan sekadar pandangan yang dirasakan perlu untuk kita tahu.
Pembentukkan generasi akan datang bermula daripada sekarang ataupun dalam erti kata yang lebih mudah ,kualiti generasi akan datang berpaksikan dengan pemikiran generasi sekarang.Sesungguhnya seringkali kita mendengar perumpamaan kehidupan didunia ini seperti roda adakalanya kita berada dibawah dan adakalanya juga kita berada diaatas cuma fitrah manusia sering alpa kerana itu ketika diberada diatas sukar sekali untuk memikirkan orang yang berada dibawah begitu jugalah sebaliknya apabila berada dibawah kita mengimpikan ingin berada diatas .
Sedarlah sahabat sekalian ,kita tidak rugi apa-apa jika berlapang dada menjadi amalan dan sifat dalam jiwa ,kerana dalam kehidupan bermasyarakat sikap ini terlalu penting untuk kita aplikasikan dalam kehidupan seharian.Tidak perlu tanamkan sifat hasad dengki dan berdendam kerana ianya tidak langsung memberikan apa-apa kebaikan sebaliknya pula yang akan terjadi .
Salah satu budaya orang melayu yang sehingga kini terus menjadi pengamalan warisan adalah sifat dendam .Bukalah mata dan anjakkan paradigma kalian,sampai bila kita ingin meneruskan dendam kesumat itu?Adakah sampai kita kembali ke dalam tanah?
Ingatlah kalian semua..Jika kalian yang menjadi pencetus dan perintis kepada api kemaraan hasad dengki dan dendam kesumat sudah pasti generasi akan datang akan terus mewarisi DOSA kalian.
Bersengketa dek kerana ingin mempertahankan kepentingan sendiri hasil natijah tidak akan ke mana sebenarnya.Api kesumat dendam yang semakin diransang dengan bisikan-bisakan nafsu amarah maka kita akan terus dikaburi dengan segala kebaikan yang berada didepan mata kita sendiri.Begitu jugalah pendekatan yang sama didalam sebuah keluarga jika anak sudah tertanam sifat benci pada ayah dan ibu segala pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini telah terbang bersama-sama debu yang ditiup angin tidak memberi apa-apa makna bagi si anak itu.Masih ada lagi masa dan waktu untuk sama-sama kita fikirkan langkah yang sepatutnya kita lakukan dan jalan yang selayaknya jadi ikutan.Sekarang bukan masanya untuk kita menunding jari pada sesiapa dan sebaiknya kita mempersiapkan diri secukupnya untuk terjun dalam masyarakat yang semakin tandus pegangan agamanya dan kontang penilaian dosa dan pahalanya .
Jangan biarkan kita menjadi pencetus kepada sebuah DOSA yang bakal diwariskan oleh generasi akan datang ,sebaliknya kita jadikan diri kita sebagai IKON terbaik sebagai sandaran untuk generasi akan datang.Mewariskan dosa hasilnya ke neraka akhirnya tetapi jika sebaliknya sudah pasti kita bisa dipertemukan dengan bidadari syurga yang menjadi impian si Arjuna Agama.

Apa Sudah Jadi ??


Pemimpin anti-Islam guna 30 bas New York papar iklan sasar Muslim




NEW YORK: Seorang aktivis Amerika Syarikat yang mengetuai pertubuhan 'Stop Islamization of America' (Henti Islamkan Amerika) melancarkan kempen menggalakkan orang Islam supaya murtad dengan meletakkan iklan di 30 buah bas setiap bulan di Kota New York, menyuruh sesiapa yang berminat menghubungi sebuah laman web tajaannya.
Pamela Geller mendakwa, laman web itu, RefugefromIslam.com memberi penerangan kepada mereka yang mahu keluar dari agama Islam serta menyifatkan langkahnya sejajar dengan kebebasan beragama meskipun beliau dituduh sebenarnya menyembunyikan agenda anti-Muslim.
Iklan itu mula dilihat pada bas pada 14 Mei lalu, menggunakan soalan berbunyi ‘Leaving Islam’ (Mahu keluar daripada Islam?), ‘Fatwa on your head?’ (Anda diancam fatwa?) dan ‘Is your family threatening you?’ (Adakah keluarga mengancam anda?).

Geller berkata, iklan pada bas itu berharga AS$8,000 (RM26,400) dan turut disumbangkan pembaca blognya selain laman web lain termasuk Atlas Shrugs.
Ada juga iklan berkenaan dilihat pada bas di Miami. Geller juga mengakui, beliau merancang meletakkan iklan sama di bandar lain.

“Iklan itu tidak mencetuskan kemarahan orang Islam, ia sejajar dengan kebebasan beragama. Iklan itu tidak menyasarkan orang Islam yang mengikut ajaran agama mereka. Iklan itu tidak berkata ‘keluar’ tetapi ‘mahu keluar’ dengan simbol tanda tanya,” katanya.
Pegawai Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA) berkata, iklan Geller itu sudah dikaji dan tidak melanggar garis panduan MTA dan belum ada aduan diterima mengenai iklan pada bas berkenaan.

Semua iklan diperiksa terlebih dulu, kebanyakannya oleh syarikat yang mengendalikan permohonan iklan MTA tetapi ada yang dihantar kepada MTA untuk kelulusan muktamad, kata jurucakap agensi itu, Aaron Donovan.

Bulan lalu, syarikat pengangkutan Miami-Dade Transit menarik iklan itu daripada 10 bas kerana memutuskan ia mungkin mencetuskan kemarahan orang Islam, lapor akhbar The Miami Herald.

Tetapi, agensi berkenaan membuat keputusan membenarkannya diguna semula selepas mengkaji iklan itu bersama pejabat Peguam Negeri.

Anggota Majlis Perbandaran beragama Islam, Robert Jackson, mempertikai kriteria MTA membenarkan iklan itu serta tidak bersetuju dengan isi kandungannya khususnya Amerika adalah negara yang menyokong kebebasan beragama.

“Ini adalah kempen pelampau berhaluan kanan yang menentang agama Islam. Warga New York memahami perkara ini,” katanya.

Wakil Majlis Hubungan Amerika-Islam di sini, Faiza Ali, berkata iklan itu menggunakan alasan palsu bahawa seseorang itu dipaksa kekal dalam Islam sedangkan orang Islam percaya pihak yang dipaksa memeluk kepercayaan tertentu bukan penganut sebenar.

“Geller bebas berkata apa yang dia suka tetapi anggota masyarakat lain juga bebas mengkritik motif beliau. Geller sudah lama bersikap anti-Muslim dan iklan itu menyembunyikan latar belakang berkenaan,” katanya lagi. – AP

** Sumber Berita Harian

Boleh Ke ? vs Boleh Jer!


*** Part One ***

Orang Tua : Hai Orang Muda !Mana semangat kamu?Kata ingin jadi pemimpin satu hari
nanti " Boleh ke? "
Orang Muda : Jangan pandang sebelah mata orang tua.Sudah tentulah " Boleh jer "
Orang Tua : Biasanya orang muda suka berfoya-foya .Nak tinggalkan semua keseronokkan
tu ." Boleh ke ? "
Orang Muda : Alah ,jika sudah tanamkan tekad yang tinggi " Boleh jer "
Orang Tua : Orang muda sukakan publisiti ,inginkan kebanggaan.Jika satu hari nanti kamu
dicaci dan dimaki " Boleh ke? "
Orang Muda : Mana mampu untuk puaskan hati semua orang " Boleh jer "

*** Part Two ***

Orang Muda : Orang tua selalu rasa ideanya bagus,biarpun macam ada kepentingan
sendiri.Jika nak maju kenalah terima pandangan orang muda." Boleh ke?"
Orang Tua : Bukan tak nak terima cuma pandangan orang muda tidak realistik tapi
" Boleh jer "
Orang Muda : Itulah orang tua,suka menghukum tanpa berfikir macam ini ingin jadi contoh
pada orang muda." Boleh ke? "
Orang Tua : Biasalah orang muda,kerja dengan semangat bukan kerana faham.Tapi
hakikatnya sama-sama kena ada sikap tolong membantu kan." Boleh jer "

Industri Buku Tempatan


KEHADIRAN buku import di negara ini dianggap tidak menguntungkan pemain industri terbabit apabila ia dikuasai pengimport dari Singapura dan syarikat multinasional, lalu senario itu perlu diambil kira dalam menilai Dasar Buku Negara yang sebelum ini diluluskan Kabinet pada 1985.

Justeru, Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera Malaysia (PPPBBM) menyarankan kerajaan untuk memperkenalkan dasar yang tidak membenarkan buku import dibawa masuk ke negara ini melalui negara ketiga demi kepentingan penerbit tempatan.
Bagaimanapun, pelaksanaan pendekatan baru itu tidak mungkin dapat memajukan industri buku tempatan sekiranya pemainnya tidak disokong oleh kerajaan sama ada dalam bentuk peluang atau dana seperti dinikmati industri kraftangan dan pelancongan.
Pengerusi Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera Malaysia (PPPBBM), Shaari Abdullah, berkata meskipun nilai jualan buku di negara ini mencecah RM5 bilion berdasarkan anggaran Majlis Industri Buku Malaysia, buku import masih menguasai industri buku negara sehingga mencapai 70 peratus daripada nilai keseluruhan.

“Ini bermakna kira-kira RM3 bilion datangnya daripada buku import yang sebenarnya dikuasai syarikat dari Singapura dan multinasional. Aduan harga buku merangkumi kos gudang di Singapura, pelabuhan dan pekerja di negara terbabit,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Ke-4 PPPBBM di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam.

Pada 1 April lalu, akhbar tempatan melaporkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mempersoalkan mengapa 5,150 penulis Malaysia tidak boleh hidup daripada hasil penulisan sedangkan nilai jualan buku mencecah RM2.1 bilion.

Rais turut berasa ada yang tidak kena apabila 8,184 syarikat penerbitan mencatat keuntungan berjuta ringgit setiap tahun, tetapi tiada penulis buku mencapai taraf jutawan ekoran ketidakseimbangan dalam pembahagian keuntungan di antara penulis dengan penerbit.
Shaari berkata, pihaknya akan menghantar memorandum kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) sebagai susulan daripada memorandum yang menyentuh hal sama dan pernah dihantar kepada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2003.

“Memorandum kali ini antaranya menegaskan buku import perlu terus ke negara ini tanpa perlu singgah di negara kedua bagi membolehkan harganya yang ditawarkan di pasaran lebih murah dan kami memerlukan sokongan kerajaan bagi merealisasikan perkara ini,” katanya.

Pengarah Urusan Ilham Management Consultants Sdn Bhd, Mohd Ramly Ngah Idris, pula berkata kehadiran pihak ketiga dalam dagangan buku menyebabkan proses penghantarannya terlalu lama khususnya buku yang kehabisan stok kerana perjalanan dari negara penerbit seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) ke Singapura, sebelum ke negara ini.

“Kos juga bertambah kerana seandainya kita membeli buku terus daripada penerbit, kita mungkin mendapat potongan berbaloi, tetapi pembelian melalui orang tengah menyebabkan diskaun terpaksa dikongsi banyak pihak.

“Ia juga boleh mengurangkan reputasi dan hubungan antara kita dengan penerbit kerana industri buku luar melihat pasaran Singapura seolah-olah lebih besar dan menguntungkan berbanding Malaysia, meskipun hakikatnya sebahagian daripadanya adalah untuk pembeli di negara ini,” katanya kepada Sastera di pejabatnya di Sunway Batu Caves, Gombak, baru-baru ini.

Sastera difahamkan, hubungan antara pengimport buku di Singapura dengan penerbit gergasi khususnya di AS dan UK sudah lama berlangsung sehingga sebahagiannya sejak kemerdekaan, meskipun pasaran di negara ini lebih besar kerana mempunyai banyak institusi pengajian tinggi awam dan swasta, perpustakaan serta kementerian.

Bagaimanapun, Mohd Ramly mengakui dasar untuk menghalang pembabitan negara ketiga sukar diperkenalkan kerana Malaysia menerima pasaran ekonomi bebas, tetapi apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah memperkukuhkan industri buku tempatan dengan memperkenalkan pakej sokongan.

“Ini termasuklah misi perdagangan ke luar negara oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) untuk memperkenalkan penerbit dan pengimport buku tempatan kepada pasaran baru dan penerbit buku gergasi.

“Misi perdagangan itu sudah tentu jauh berbeza berbanding inisiatif penerbit atau pengimport sendiri untuk ke negara terbabit kerana perlu berdepan dengan isu perbelanjaan yang tinggi dan kesukaran untuk meyakinkan mereka mengenai pasaran buku di negara ini yang sebenarnya jauh lebih luas,” katanya.

Beliau turut mencadangkan kerajaan untuk mewujudkan geran dan dana pembiayaan kerana industri buku memerlukan modal besar termasuk syarikat yang baru bertapak sangat berhajat mendapatkan modal pusingan.

“Industri buku membabitkan banyak pihak daripada penerbit, pencetak, penjilid, pemasar dan pekedai sehingga menyebabkan margin keuntungan rendah dan lambat diperoleh, manakala bayaran kepada pihak tertentu perlu didahulukan.

“Faktor margin keuntungan rendah dan risiko tinggi itu menyebabkan bank begitu berhati-hati untuk meluluskan pinjaman yang dipohon pemain dalam industri buku ini, sedangkan industri perfileman dan kreatif umpamanya diberi dana khusus,” katanya.


** Sumber Halaman Sastera Akhbar Berita Harian