Mana Mungkin...


Sesuatu perkara yang berlaku pasti akan ada hikmahnya...Itulah ungkapan yang seringkali meniti dibibir kita apabila terjadi sesuatu peristiwa dan tragedi namun sejauhmana pula penerimaan kita tentang percaturan Allah ini.Adakah hanya sekadar hiasan dibibir ??Hanya kita sahaja yang bisa menjawab persoalan ini...
Untuk memberi ungkapan kepada diri memang mudah tetapi untuk mengaplikasikan apa yang dilafaz tidak semudah itu.Apa yang pasti kehidupan manusia diibaratkan seperti roda tidak selamanya kita diatas begitu juga sebaliknya.Bila kita fikirkan sejenak ,jika kehidupan kita tidak ada ujian dan dugaan sudah pasti kita tidak tahu apa erti kehidupan ..Bila mana adanya ujin dan cabaran yang menguji baru kita akan mula berfikir dari siapa ujian ini datang...Kenapa kita diuji?Bagaimana aku harus tempuhi ujian ini?
Biarpun setiap ujian yang datang adakalanya bisa menitiskan airmata kesedihan atas khilaf yang terlalu besar dan adakalanya pula kita mampu tersenyum bangga kerana dapat mengatasi segala cabaran dengan sabar dan tabah.Tidak dinafikan kita selaku hamba sudah pasti akhirnya rebah mengakui segala kesilapan.
Kesilapan yang lalu ,sudah pasti akan terus terpalit sampai bila-bila ..Walaupun begitu hidup mesti diteruskan untuk terus memperbaiki kelemahan lampau .Hamba terus mencari dimana silapnya laluan yang masih ditempuh agar pengakhirannya kelak tidak tersasar jauh daripada landasan yang sebenar..Bantulah hambaMU ni Ya ALLAH !!

Jatuh

Kita hanya hamba yang diciptakan oleh Allah swt dan sudah pasti kita tiada daya dan kuasa untuk menghalang ketentuan ilahi.Dalam mengharungi kehidupan diatas muka bumi ini,adakalanya kita gagah melangkah dan adakalanya pula jatuh rebah ..disaat kita gagah melangkah ,kita alpha mendongak ke atas tanpa menghiraukan org yg rebah..Namun tatkala kita rebah jatuh menyembah bumi,ada pula orang yang prihatin membantu kita..Fikirkanlah tidak selamanya kita akan terus gagah melangkah,dan juga sebaliknya kita tidak akan terus rebah tanpa bangkit untk meneruskan langkah..Wahai manusia..Hargailah nikmat sihat sebelum sakit menyapa..Bukan kegagahan menjadi ukuran,tetapi pengorbanan untuk terus mengabdikan diri kepada tuhan menjadi nilaian..