Langkahan Ini


Perlembahan ini tersirat nostalgia
pengorbanan melakar cinta Esa
kesetiaan Musa menjadi sebutan
setiap generasi bertali zaman.

Aqidah dipertahan Islam dijulang
suruhan ilahi tiada berpantang
andai jiwa mampu bersuara
laungan takbir pasti bergema.

Islam tinggi mengislah diri
menerajui umat untuk dicontohi
teruskan perjuangan sahabat seangkatan
usah gentar menempuh ujian..


** ZhonnIAbdi**
Madinah Nasr,Cairo

Fantasi Yang Direalitikan..



Apabila perkataan FANTASI sudah pasti ramai yang dapat meneka sebuah fantasi adalah khayalan yang sukar sekali untuk dijadikan realiti.Ini kerana FANTASI juga merupakan sebuah daya imaginasi yang hanya terbentuk dalam pemikiran melalui khayalan semata-mata.Namun apakah sebenarnya yang dimaksudkan FANTASI YANG DIREALITIKAN..
Kini semakin hari kita dihidangkan dengan pelbagai kemodenan dan kecanggihan buatan manusia.Tidak kira dalam apa jua bentuk sama ada alatan harian ,komunikasi dan seumapamanya.Adakah segala kemudahan yang ada pada hari ini menjamin kualiti dan mutu akhlak generasi akan datang.Persoalan ini Hamba tinggalkan kepada kalian untuk fikirkan jawapan yang wajar dan tepat.
Hari ini manusia terus mengejar kemewahan dan kesenangan tidak kira apa golongan sekalipun didesa mahupun dibandar sama sahaja.Masing-masing terkejar akan kemanisan dunia yang sementara cuma.
Sedih sekali melihat kanak-kanak yang belajar disekolah apabila memikirkan apa yang bakal meraka hadapi kelak.Ini kerana IBUBAPA zaman ini sering membayangkan anak-anak mereka kelak bakal memberikan kemewahan kepada mereka sepertimana apa yang telah mereka berikan hari hari ini.Bagi mereka tanggungjawab mereka untuk MEMBESARKAN anak-anak dengan menuruti segala kehendak tanpa memikirkan kesannya kelak.Hakikatya mereka mengharapkan FANTASI itu bisa DIREALITIKAN namun sebaliknya yang berlaku kerana mereka hanya MEMBESARKAN bukan MENDIDIK mereka .Sayugianya pembentukkan syakhsiah anak-anak tersebut hanya ada didalam FANTASI bukan REALITI .
Sejauhmana FANTASI ini mampu DIREALITIKAN maka asas dan tunjangnya pada ibubapa samada akan berterusan MEMBESARKAN atau MENDIDIK atau MEMBESARKAN DALAM DIDIKAN.Fikirkankanlah langkah yang terbaik agar generasi akan datang tidak jahil mengaplikasikan agama dalam kehidupan dan mampu memimpin masyarakat kelak.

Hijrah Dalam Membentuk Kesatuan Ummah


Pada tanggal 1 Muharam telah termaktub dalam lebaran sejarah Islam , peristiwa Hijrah telah mendatangkan impak yang besar bagi umat Islam sehingga kini ,biarpun sudah berlalu hampir 1400 tahun namun kesannya masih segar dibenak ingatan.

Sejarah ini telah membuktikan bahawa kekuatan Islam tidak boleh dipandang enteng sepertimana yang telah berlaku ketika baginda Nabi Muhammad S.A.W dan sahabatNYA melakar kejayaan besar ini.

Kesatuan yang terbina antara Muhajiran dan Ansar memberikan kekuatan yang menyeluruh sekaligus membuka mata seluruh dunia bahawa umat Islam adalah umat yang satu.Tidak kira darimana asal-usulnya, dimana dia berada asalkan dia mengucapkan syahadah dan kehidupan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah maka ketika itu dia juga saudara.

Kerjasama yang diberikan antara Muhajirin dan Ansar sayugianya perlu dicontohi oleh umat Islam hari ini. Sesungguhnya Islam tidak memerlukan kita tetapi sebaliknya kita yang berhajat kepada Islam dalam memimpin kehidupan kita seharian.

Pengorbanan yang telah mereka berikan untuk merealisasikan sebuah perubahan adalah begitu besar dan agung.Mana mungkin mudah untuk meninggalkan kampong halaman yang telah membesarkan kita dan menjadi tempat mainan sedari kecil lagi.

Namun begitu,demi menegakkan syiar Islam dan untuk memastikan survival Islam terus berkembang ke seantero dunia maka segalanya sanggup dikorbankan.Kesannya penghijrahan yang mereka lakukan terus menjadi teladan sehingga kini.

Intipati daripada penghijrahan ini ,Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir juga bergerak seiring dalam memacu objektif dan perlaksaannya mengikut kesesuaian zaman dan realiti. Pelbagai bentuk penekanan dan pembawakan PMRAM mempunyai satu matlamat untuk melahirkan generasi yang mampu memperjuangkan Islam dalam apa bidang sekalipun.

PMRAM merupakan satu wadah dalam membina generasi yang mampu bekerja untuk Islam tanpa mengharapkan imbuhan dan seumpamanya .Sifat tadhiah dan tolak ansur menjadikan PMRAM sehingga kini terus didokongi oleh ahlinya.

Bekerja dengan kefahaman dan bukan hanya sekadar semangat menjadikan PMRAM juga platform dalam menjana fikrah dan membentuk syakhsiah yang diteladani.

Kesatuan yang telah PMRAM bina yang kini menjangkau 80 tahun bukanlah satu tempoh yang sementara sekaligus membuktikan PMRAM semakin dewasa dan matang untuk meneruskan survival di bumi anbiya’ ini. Kerjasama ahli PMRAM daripada setiap BKAN & DPM dalam menjayakan setiap agenda PMRAM membuktikan pengajaran peristiwa hijrah sudah lama dipraktikkan oleh PMRAM .

Sepertimana kaum Muhajirin dan Ansar boleh bersatu begitu juga kerjasama antara BKAN & DPM dalam memastikan perencanaan PMRAM dapat dilaksanakan selaku sebuah kesatuan yang menjaga kebajikan Anak Melayu di bumi anbiya’ ini.

Kepelbagaian ruang dan peluang telah disediakan PMRAM dalam menjana generasi Islam yang integriti seperti Manhal,PESAT,Madrasah Imam Syafie’,Madrasah Saidatina Aisyah ,Kem Latihan Penulis,Unit Biah Solehah,Mini Pavilion dan banyak lagi .

Segala tenaga dan kemahiran telah PMRAM gunakan semaksima mungkin dalam meningkatkan pengkaderan generasi Islam yang mampu terjun dalam lautan masyarakat kelak.

Tidak timbul persoalan mengapa PMRAM harus dipertahankan sehingga kini kerana sejarah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan sahabatNYA juga menjadi satu panduan untuk PMRAM terus memacu perubahan dalam mempertingkatkan kebajikan dan kualiti prestasi mahasiswa Al-Azhar.

Semoga seluruh mahasiswa dapat memanfaatkan PMRAM dalam mendalami dan menghayati sebuah perubahan yang menuntut segala pengorbanan samada tenaga dan fikiran hanya semata-mata untuk Islam di masa akan datang.

Disediakan oleh,
Urus Setia Penerangan Umum (UPU)
Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM
Unit Penerangan dan Penerbitan HEWI PMRAM
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2010

Isu Hak Mahasiswa : Ugutan Zakat


Baki untuk menempuhi peperiksaan hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi,namun masih ada manusia yang tidak berhati perut ingin meratah kenikmatan dan kurniaan Allah atas orang lain demi kepentingan diri sendiri.
Isu hak mahasiswa ditindas bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng lagi apatah lagi dengan kedatangan Pegawai HEP ke rumah-rumah negeri sekaligus menjadikan sebuah fenomena ini terus berlarutan.Seperti ZAKAT hak milik mereka ,jika ada sahaja mahasiswa tidak berkelakuan seperti yang inginkan maka ZAKAT akan menjadi agenda utama untuk melemahkan semangat hak mahasiswa.
Jika itu yang mereka fikirkan maka tanggapan mereka salah kerana Suara Mahasiswa bukanlah hanya didengari sekadar didalam dewan bahkan ianya mendapat perhatian meluas seluruh negara .Fikirkanlah wahai seluruh Pegawai HEP yang ada dibumi anbiya' ini kerana kalian dihantar ke sini untuk memudahkan pelajar Malaysia bukan sebaliknya.a
TAHNIAH Hamba ucapkan kepada KPT dengan penganjuran Solat Hajat Perdana dan Penerangan Isu Zakat .Semoga kalian akan terus tabah dan sentiasa istiqomah dalam memperjuangkan hak mahasiswa .

Hafaz al-Quran di banglo tiga tingkat

BACAAN ayat-ayat suci al-Quran bergema memenuhi ruang dewan di sebuah banglo tiga tingkat yang terletak di sebuah kawasan elit di pinggir ibu kota Kuala Lumpur.

Meskipun dibaca dengan laju, namun bait-bait kalimah yang dilafazkan itu masih boleh difahami oleh mereka yang mendengarnya.

Malah, alunan merdu daripada suara pelajar yang tekun mengadap kitab suci tersebut, menjadi halwa telinga penulis sebaik melangkah masuk ke dalam pusat tahfiz yang diberi nama Darul Quran wal Hadith (DQwH) itu.

Baru sahaja beroperasi awal November lalu, DQwH merupakan sebuah pusat pendidikan bersepadu yang menjadikan hafazan al-Quran dan hadis Nabi SAW sebagai mata pelajaran teras.

Di samping itu, pelajar turut diajar dengan ilmu-ilmu Diniyyah dan bahasa Arab mengikut sukatan pelajaran beberapa maahad yang terdapat di negara Asia Barat seperti Mekah, Yaman, Syria, Mesir dan sebagainya.

Mudir atau Pengetua DQwH, Dzulfadzli Affandi Zulkarnain al-Hafiz, 27, memberitahu pusat itu kini mempunyai lapan pelajar perintis yang telah pun memulakan sesi pengajian mereka di sana.

"Alhamdulillah, setakat ini semua pelajar tersebut menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dalam setiap kelas yang diikuti," kata Dzulfadzli sambil menunjuk ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang sibuk menghafal bacaan masing-masing dengan al-Quran yang diletakkan di atas rehal.

Ahli huffaz seimbang

Tambah beliau, penubuhan DQwH ini sebenarnya dibuat atas landasan untuk membentuk ahli Quran dan ahli hadis yang alim dalam pelbagai disiplin ilmu melalui sistem pendidikan tradisi Islam.


DENGAN ilmu dunia dan akhirat yang seimbang dapat melahirkan generasi muda Islam yang mampu menegakkan syiar Islam.


Selain itu, ia bertujuan untuk membentuk kecemerlangan minda pelajar melalui al-Quran dan melahirkan kader-kader yang peka dengan isu-isu semasa serta mampu mempertahankan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini.

"Paling penting, kami mahu melahirkan para pendakwah yang mampu menggarap adab dan mesej dakwah Rasulullah SAW secara berhikmah serta memberi peringatan yang baik dalam apa jua situasi," tegas Dzulfadzli.

Dalam usaha ke arah melahirkan huffaz dan ahli hadis yang seimbang dalam semua bidang ilmu, pusat itu juga tidak meminggirkan pembelajaran akademik dalam kalangan pelajar.

Malah, pihak DQwH turut mewajibkan pelajar mereka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Perkara ini diakui oleh seorang tenaga pengajar DQwH, Wan Mohd. Safuan Wan Salim al-Hafiz, 27, yang merupakan graduan lulusan syariah Universiti Darul Ulum di Yaman dan Tahfiz Darul Ansar di Kelantan.

"Seiring dengan perkembangan zaman yang semakin canggih, barisan pendakwah Islam juga harus dilengkapi dengan ilmu yang seimbang.

"Ini bermakna, mereka bukan sahaja perlu arif dalam jurusan agama, bahkan dalam aspek ilmu duniawi juga. Justeru, amat penting bagi mereka untuk menguasai pelbagai bidang ilmu seperti yang telah dilakukan oleh ulama silam," ujarnya.

Pelajar awal

Bagi Muhammad Amir Naqiuddin Amir Zuhairi, 16, dia bersyukur kerana terpilih menjadi salah seorang pelajar perintis di pusat pendidikan tersebut.


PELAJAR DQwH tekun memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran di hadapan guru.


Berdasarkan syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan, ternyata ia bukan semudah memasuki sekolah biasa.

"Kami perlu menunjukkan kebolehan dan kemahiran dalam menghafaz al-Quran di samping memperoleh pencapaian akademik terbaik.

"Selain itu, kami juga perlu lulus dalam ujian kemasukan DQwH yang diadakan seperti temuduga untuk bekerja, namun dalam skop yang berbeza.

"Antaranya seperti kepantasan menulis dalam tulisan jawi, membaca kitab-kitab hadis lama yang tidak mempunyai baris dan memperdengarkan bacaan al-Quran di hadapan guru," tutur anak kedua daripada lima adik beradik itu.

Pengajian DQwH

Untuk sukatan pengajian di DQwH, ia terbahagi kepada dua iaitu I'dadi (menengah rendah) selama tiga marhalah atau tiga tahun dan Thanawi (menengah atas) selama dua marhalah.

Bagi setiap marhalah I'dadi, pelajar perlu menghafaz sepuluh juzuk al-Quran selain mengikuti pembelajaran kitab-kitab seperti Jala'al Afham (Tauhid), al-Durr al-Masun fi Tafsir Juzei 'Amma Yatasaalun (Tafsir), Nail al-Raja' (Fikah) dan Syarh al-Arbai'n al-Nawawiyyah (Hadis). Tidak ketinggalan pelajar juga perlu menguasai ilmu Bidayah al-Hidayah (Tasawuf), Fath al-Aqfal Syarh Tuhfah al-Atfal (Tajwid), Nur al'Uyun (Sirah) dan Matan al-Ajrumiyyah (Nahu).


DQwH hanya menetapkan kuota 32 pelajar untuk satu sesi pengajian bagi memberi keselesaan pelajar menuntut ilmu.


Dalam sukatan pelajaran Thanawi, pelajar berpeluang memantapkan ilmu al-Quran dan hadis melalui dua bidang takhassus.

Bagi takhassus al-Quran, kitab yang akan dipelajari seperti Tuhfah al-Murid 'ala Jauharah al-Tauhid, Anwar al-Masalik Syarh 'Umdah al-Salik, al-Hikam Al-Atoiyyah Syarh al-Syarnubi, Mutammimah al-Ajrumiyah dan Fiqh al-Sirah Nabawiyyah.

Sementara itu, bagi takhassus hadis pula, ia ditambah dengan kitab Sahih Bukhari (Hadis Talaqi), Qawaid al-Asasiyyah fi Ulum Quran, Manhal al-Latif fi Mustalah al-Hadith, al-Manzumah al-Baiquniyyah dan Riyadh al-Solihin.

Untuk sesi pengajian Januari 2011, pihak pengurusan DQwH hanya menawarkan kemasukan untuk kuota 32 pelajar sahaja. Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2010.

Petanda Kehidupan


Pancaindera kalut menafsir segala
berlaku dengan pelbagai cara
tiada yang bisa menduga
percaturan direncana begitu luarbiasa.

Untuk apa sedemikian rupa
sedangkan manusia terus dibuai leka
bisikan dunia menyapa dicuping telinga
agar bisa tunduk pada kecantikan dunia.

Biarpun ia sementara cuma
sampai bila manusia terus alpa
sampai bila manusia harus menderhaka
sampai bila umat ini perlu lena
sehingga agama dicaci hina
ajaran nabi pupus begitu sahaja.

Sukar membezakan antara kaca dan permata
nilai akhirat dan dunia
sanggup membutakan mata
memekakkan telinga
dan membisu seribu bahasa.

Inilah petanda kehidupan bagi manusia..
" Zhonni Abdi -Madinah Nasr- SQ7"

Bicara Kekanda ..


Biarpun luaran nampak tenang tetapi tiada siapa mengetahui gelora yang berlaku dijiwa.Tiada lagi madah indah yang mampu tersusun melainkan setangkai doa dan harapan
ditadahkan kedua tapak tangan menghadap ilahi.Entah mengapa ujian yang datang menyapa seringkali menggugat jiwa lantas rebah seketika seakan lemah tidak berdaya meneruskan perjalanan menumpuhi masa akan datang.
Bak menelan hempedu kemudian terpaksa memamah buah berduri ketika berada disebuah padang yang tandus tanpa sebarang pertolongan dan makanan.Bicara ini Hamba harapkan agar dapat membuka hati nalurinya agar dapat membezakan antara kaca dan permata.Semoga apa yang terkandung didalamnya bisa meratah keangkuhanmu yang dibaluti dek sandiwara dan lakonan palsu dunia yang sementara ini.
Wahai Adikku..
Sekiranya KANDA diberikan peluang untuk memutarkan masa ,tiada apa yang diinginkan melainkan bersamamu dan mencipta kenangan indah agar engkau ketahui betapa mahalnya nilai kasih sayang kekeluargaan yang kita jalinkan.Tiada sengketa dan pertelingkahan namun sebaliknya ikatan kasih sayang yang dihiasi dengan kejujuran dan keikhlasan menyayangi dan disayani dalam menaungi sebuah keluarga bertatahkan cinta dan sayang yang dilenturkan oleh ibu dan ayah.
Wahai Adikku..
Jangan sesekali tertipu dengan kemewahan dan kelazatan dunia yang sebentar cuma sebaliknya kejarlah perkara yang mampu memberikan kita kebahagian dunia dan akhirat.Tidak perlu mengejar kesenangan yang akhirnya menghanyutkan kiat terus dibuai dengan bisikan riak dan angkuh lantas kita semakin tersasar daripada landasan hidup kita yang sebenar.
Wahai Adikku..
Bicara ini untuk kita semua ,tiada sekelumit benci dan dendam ibu ayah kepada anaknya bahkan sebaliknya kita sentiasa terjerumus dengan keinginan dan bongkak yang meresapi jiwa dan berterusan menyalahkan kedua orang tua kerana tidak dapat menunaikan segala kehendak anak-anak.Pernahkah kita terfikir apa yang kita sudah berikan pada mereka sejak kali pertama mata kita terbuka melihat dunia sehingga tubuh mereka lemah menyembah bumi.Tangisan mereka dalam mendoakan kebahagiaan kita tidak pernah kita hargai ,keperitan mereka mencari sumber pendapatan untuk menjamin kehidupan anak-anak mereka tidak pula kita fikirkan.
Wahai Adikku..
Biarpun tidak pernah sekali kita mendengar keluhan ayah dan ibu namun apa yang berlaku,mereka sentiasa dihidangkan dengan keluhan anak-anak yang tidak pernah dengan kasih sayang dan pengorbanan mereka selama ini.Apakah kita mampu melihat dunia dan mampu memijak dunia ini sekiranya tiada mereka disisi.
Wahai Adikku..
Kembalikanlah kasih yang telah dicalari dek kerana keangkuhanmu mengejar dunia tanpa ada secalit ehsan pada mereka.Usahlah terlalu mengimpikan untuk memiliki sebuah istana indah yang dikelilingi dengan hiasan cantik daripada emas dan permata sekiranya dirimu sendiri tidak mampu untuk memilikinya biarpun sedikit.Jangan mendongak ke langit yang tinggi sekiranya tidak mampu menahan panas terik mentari yang hangat membakar.

Sedar Mereka


Terpanar kecantikan duniawi
jiwa rakus meneguk fantasi
mimpi diulit bayangan seri
mengukir senyuman dalam nurani.

Kirana sepi tiada berpenghujung
toleransi dan diskriminasi bergulung
mencari dan mengatur langkah sulong
penilaian dan pertikaian digabung
agar setentang bukan bertembung.

Biarpun bukan mewah dirasa
tetapi Al-Khaliq tersemat dijiwa
sentiasa mendengar jerit rintih hamba
Ar-Rahman pengatur dunia dan seisinya
untaian doa penawar murka
ndamba redha rindukan syurga.




HambaMusafir
H7,Madinah Nasr

Terus Mencari


Dalam kehidupan seharian manusia ,tiada sesaat pun manusia berhenti untuk mencari sesuatu yang diinginkan tidak kira samada untuk kepentingan diri sendiri ataupun orang lain.Hakikatnya manusia tidak pernah puas untuk mencari,namun begitu adakah apa yang manusia cari itu menemui sebuah kepuasan yang pasti atau sekadar keinginan yang hanya bersifat sementara waktu sahaja.
Realiti ini berlaku kepada semua peringkat individu tidak kira yang berkerja ataupun menganggur,golongan terpelajar ataupun sebaliknya ,dikampung ataupun kota rata-ratanya manusia tidak pernah puas mencari.Tiba-tiba Hamba terkenangkan pertanyaan seorang sahabat ketika bersama-sama dalam kursus Imam satu ketika dahulu .Soalan beliau " Kenapa ramai sangat orang terus mencari jalan untuk melengkapkan kehidupan didunia sedangkan tidak pernah terfikir untuk kehidupan akhirat?"
Jadi apa yang sebenarnya kita cari?Untuk apa kita terus mencari?Fikirkan ...

Sekian Lama

Alhamdulilah setelah sekian lama tidak berada dikhalayak ramai ,sudah pasti sedikit gementar dan resah membelenggu diri.Setelah diberikan kepercayaan untuk mempengerusikan sebuah majlis .Hamba meyakinkan diri untuk melaksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin.Sedikit perkongsian rangkap pantun yang sempat direka khas untuk majlis tersebut.

Wajah Berseri Nampak Ceria,
Semua Disini Kelihatan Gembira,
Assalamualaikum Pembuka Bicara,
Sebagai Tanda Agenda Bermula.

Dulu Berucap Berkaca Mata,
Namun Kini Nampak Bergaya,
Siapa Lagi Tak Perlu Ditanya,
Itulah Dia Pengarah Kita.

Wajah Tenang Katanya Bermakna,
Mampu Tersenyum biarpun Hiba,
Itulah Naluri Seorang Bapa,
Menyayangi Anak Tiada Akhirnya.

Usah Resah Menatap Sedih,
Perginya Sahabat Pengikat Kasih,
Ukhuwah Dilakar Tanpa Beralih,
Menjadi Bukti Berkongsi Kasih.

KPIPM Megah Berdiri,
Kerana PMRAM Sentiasa Menaungi,
Teruskan Sokongan Tiada Terhenti,
Agar PMRAM Tersemat Dihati.

Pelbagai Ragam Lagak Dan Gaya,
Menjadikan Persembahan Semakin Bertenaga,
Terzahir Ukhuwah Mencipta Kerjasama,
Melakar Kenangan Untuk Selamanya.

Bertungkus lumus Untuk Berlatih,
Siang Dan Malam Tanpa Letih,
Inilah Ukhuwah Sentiasa Menagih,
Tak Kira Siapa Bertaut Kasih.

Bukan Juara Jadi Sandaran,
Tetapi Ukhuwah Yang Didambakan,
Terima Kasih Ucapan Didahulukan
Dengan Komitmen Yang Diberikan..

Atma 1 Syawal


Air yang dicincang tidak akan putus ..Begitulah perumpamaan Melayu bagi melambangkan simbolik hubungan kekeiuargaan yang terjalin dalam sebuah keluarga.Namun begitu masih ada lagi yang tidak tahu dan menghargai sebuah ikatan persaudaraan kekeluargaan sehingga sanggup membiarkan airmata ayahnda dan bonda menitis dek kerana kebiadaban dan betapa derkahanya kita pada mereka.
Atma siapa tidak disinggah pilu,tatkala 1 Syawal berkunjung tiba,ketika berkumpul sanak-saudara tetapi kita tiada bersama keluarga.Dimana letaknya kepentingan sebuah kesih sayang dan pengorbanan kedua orang tua yang sudah banyak bersusah-payah demi melihat anak-anak mereka berjaya .
Jiwa siapa yang tidak terguris melihat dann menghadapi situasi seperti ini,hanya Allah bisa ketahui betapa pedih dan hiba untuk menelan segala kepahitan ini.Hamba teringat akan sebuah lagu nasyid yang senikatanya berbunyi " Bahagia Seluruh Semesta Bermula Dari Keluarga,Dari Titisan Susu Ibu Tercinta" .
Untuk apa kita dilahirkan oleh ibu dan dibelai dengan kasih sayang daripada ayah ibu namun pengakhirannya kita membuatkan mereka menangisi kekesalan kerana melahir dan membesarkan kita.

Implikasi Sebuah Pentarbiahan

Hanya tinggal beberapa ketika sahaja Madrasah Ramadhan akan melabuhkan tirainya ..Samada kita sedar ataupun tidak ,itulah hakikat yang pasti kita akan hadapi kerana percaturan Allah SWT adalah setiap permulaan semestinya diiringi dengan pengakhiran.Syawal bakal membuka lembaran baru dan ianya akan menjadi titik tolak bermulanya bukti impilikasi TARBIAH selama sebulan dalam bulan RAMADHAN berjaya ataupun sebaliknya.Selama 30 hari segalanya kita mampu mengawal penglihatan daripada melihat perkara yang tidak sepatutnya,mengawal lisan daripada berbicara yang sia-sia,mengawal nafsu dengan belenggu lapar dan dahaga.Proses pentarbiahan aturan Allah SWT ini begitu lengkap dan saksama kepada umat manusia .
Namun begitu ,apakah ianya cukup dalam membentuk syakhsiah yang berktrampilan dan fikrah yang dilimpahi dengan keyakinan pada Maha Pencipta.Seandainya MADRASAH RAMADHAN ini mampu melahirkan graduan yang cemerlang dalam memperjuangkan Islan dan kemuliaanya maka beruntunglah kepada sesiapa yang dianugrahkan kurniaan itu tetapi jika sebaliknya sudah pasti kita tergolong dikalangan mereka yang hanya berada dalam MADRASAH RAMADHAN sebagai mahasiswa tanpa ada objektif ,misi dan visi kenapa mereka perlu melalui proses pentarbiahan tersebut.
Implikasi sebuah pentarbiahan akan dilihat dalam jangka 11 bulan akan datang ,sekiranya kita kembali kepada kehidupan asal yang hanya berkiblatkan keseronokkan dan kemewahan yang bersifat sementara.Terus hanyut dibuai janji-janji palsu dunia seperti FATAMORGANA ditengah padang pasir .Cantik dilihat dari jauh namun bila didekati tiada apa-apa pun yang wujud.

Sapaan Rindu

Hampir sebulan Hamba berada di Tanah Melayu ini..Pelbagai pengalaman yang dicoretkan yang adakalanya suka dan adakalanya juga duka.Namun begituu itulah dinamakan TAKDIR.Setiap makhluk ciptaan ALLAH sudah pasti punya perencanaan tertentu daripada KHALIQ.Biarpun tidak berada diperlembahan Nil ,Hamba tidak sunyi menjalani kehidupan..Jika sekarang ini berada di Mesir sudah pasti pelbagai program telah diaturkan samada diperingkat PMRAM cawangan mahupun PMRAM pusat merangkumi segala aspek thaqafah dan fikrah.
Percutian Hamba di Tanah Melayi kali ini,Hamba manfaatkan sebaik mungkin.Alhamdulilah satu program dibawah anjuran Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak telah selesaikan diadakan bertempat di Hotel Seri Malaysia ,Ipoh baru-baru ini.Biarpun ada beberapa ketidaksempurnaan berlaku .Hamba cukup gembira dapat melaksanakan sebaik mungkin.Sahabat-sahabat lain yang turut sudi membantu juga diucapkan ribuan terima kasih.
Hamba juga diberikan kepercayaan untuk memberi sedikit pengisian di beberapa buah sekolah sepanjang Ramadhan ini antaranya SMK SIMPANG,TAIPING sempena dengan Program Ehya' Ramadhan begitu juga di SABK MAAHAD YAHYAWIYAH,PADANG RENGAS dalam program anjuran Alumni Maahad Al-Yahyawiyah.Selain daripada itu ,menerima beberapa jemputan untuk memimpin Solat Terawih & Tazkirah di beberapa kawasan antaranya Sayong Kuala Kangsar,Padang Rengas dan Ipoh.
Terasa percutian kali ini tidak dibiarkan rompong tanpa sebarang aktiviti.Insya Allah jika tiada aral melintang Hamba akan terlibat dengan beberapa program kem remaja di sekitar Lembah Klang dalam bulan November kelak.Semoga diri ini dapat dimanfaatkan semaksima mungkin untuk terjun dalam masyarakat yang kini berkiblatkan 1
Malaysia.

Kabus Dalam Perjalanan


Perencanaan Allah SWT mempunyai 1001 rahsia yang sudah pasti tidak mampu untuk manusia mentafsirkannya.Segalanya diaturkan dengan penuh cantik dan indah tatkala kita dihujum dengan kepelbagaian ujian Allah campakkan didalam hati segenggam ketabahan ,ketika kita dihujani nikmat Allah sedarkan kita dengan secubit peringatan dari mana segalanya muncul.
Walaupun begitu ,tidak semua manusia bisa menyedari akan hakikat ini lantas terus dilamun dengan kemabukkan dunia yang hanya indah pada pandangan mata kasar sebaliknya begitu jelek disisi Allah SWT.Manusia kini terlalu angkuh berpijak dan berjalan dibumi ALLAH SWT ,bukan itu sahaja bahkan berdusta dalam gerak laku dan kata seakan-akan mengakui segalanya milik tuhan.
Bak kata pepatah cakap tidak serupa bikin,terlalu berbeza percakapan dan perlaksanaan ,itulah realiti yang berlaku pada dunia hari ini.Pemimpin hanya bijak menabur janji dan omong kosong tanpa sedikit belas dan ehsan memikirkan amanah dan tanggungjawab mereka.Untuk apa segala ini dilakukan?Jika bukan kerana kemewahan dan kesenangan apa lagi yang manusia nampak..
Adakalanya didalam sebuah perjalanan yang panjang kita terpaksa meredah kabus dan pelbagai halangan untuk tiba ke sebuah destinasi .Sekiranya kita mampu mengharungi sudah tentu kita akan sampai dengan selamat tetapi jika sebaliknya kabus yang tebal itu bakal memerangkap diri untuk menidakkan segala yang mungkin kita akan lihat kelak.
Sesungguhnya tidak semua kebaikan akan berakhir dengann kebaikan ..

Minda Bawah Sedar


Kenapa semakin hari manusia kini rakus dalam cuba mencari kepentingan diri sendiri sehingga sudah buta dan tuli untuk membezakan antara cahaya dan kelam.Tindakan dan perbuatan yang dilakukan seperti orang yang berada dalam minda bawah sedar sahaj.
Sembelih anak,pukul isteri,rogol adik sendiri dan pelbagai lagi telah terjadi hanya dalam tempoh beberapa minggu ini.Adakah ini sebagai tanda dan peringatan kepada umat manusia apabila sebuah tamadun ditadbir tanpa acuan diatas landasan Al-Quran & Sunnah maka manusia terlalu mudah mengikut emosi yang akhirnya menatijahkan kecelakaan pada orang yang tidak bersalah.
Namun begitu bagaimana pula dengan satu golongan yang sudah diberi peluang untuk memahami dan mendalami kesucian Islam namun masih mampu memekakkan telinga lantas bangga pula menzalimi orang lain.Untuk apa semua ini dilakukan,mengambil hak orang hanya kerana ingin menzahirkan bahawa sesiapa yang mempunyai kuasa dan pengaruh dia mampu untuk mengawal segala yang ada biarpun terpaksa menindas orang lain.
Ingatlah wahai kaum yang pekak dan tuli sekalian...Sekiranya kalian merasi kepuasan melakukan hal yang sedemikian ..Sudah pasti kalian akan terus dicemuh dimata manusia dan hina disisi Allah.Usah pandai bermain dengan kata dan memakai topeng kemuliaan yang pada hakikatnya hati dan naluri kalian begitu busuk dan jijik diatas kesenangan orang lain..

Kembali...

Sudah lama rasanya sesawang ini sepi tanpa sebarang kalam dan cerita.Mungkin kerana kesibukan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik kaki ini melangkah Tanah Melayu.Walaupun begitu jika ada kesempatan yang senggang akan Hamba isi juga dengan sedikit kisah dan ceritera yang boleh dikongsi.Bak kata pepatah “ berat mata memandang berat lagi bahu memikul”.Percutian Hamba di Tanah Melayu kali ini begitu berbeda sekali.Rutin harian dan pelbagai aktiviti harus dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin.Namun begitu dalam posting kali ini bukan itu yang ingin Hamba kongsikan Cuma ada sebuah kisah yang Hamba kira ingin dikongsi untuk semua.
Tidak dinafikan Tanah Melayu kini atau lebih dikenali dengan MALAYSIA sedang melalui pelbagai pergolakkan samada dari segi ekonomi,social,politik dan pelbagai lagi.Daripada pemerhatian Hamba ,begitu sukar untuk digambarkan apakah yang bakal akan terjadi pada anak bangsa akan datang.Kefahaman dan asas pendidikan yang kurang teguh menyebebkan berlakunya insiden-insiden yang sukar diduga oleh masyarakat.
ISLAM yang kebanyakan memahami pengamalan dan konsepnya hanya dalam solat sahaja.Asalkan dapat jaga sembahyang sudah dikira cukup sempurna sebagai seorang Muslim tanpa menjaga batasan yang lain.Hampir setiap hari,berita keruntuhan moral dan akhlaq tidak pernah berhenti menghiasi dada-dada akhbar tempatan.
Kecanggihan teknologi yang semakin memacu kehidupan manusia hari ini membuatkan ,manusia menjadi cukup PEMALAS dalam melaksanakan tuntutan kehidupan.Siapa yang harus dipertanggungjawabkan atas hal keadaan ini.Tepuk dada tanyalah Iman.

Sekadar Perkongsian


Hari ini Hamba telah menerima email daripada seorang rakan .Dan rasanya intipati kandungan ingin Hamba kongsikan disini agar semua dapat manfaatkan bersama.Agak terkesima kerana pengirim email ini adalah orang yang Hamba selalu gunakan panggilan [Budak Kecek] tapi tidak sangka paradigmanya agak matang biarpun sedikit perwatakan keanak-anakkan.Bolehlah sama-sama kita hayati disini.


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
******************************************************************************
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka..
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya..)
................................................
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah SW.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan

Mudah Ungkapkan Sayang Tapi....



Pelbagai ungkapan mudah dilafazkan oleh seseoarng tetapi sejauhmanakah kata-kata itu dapat direalisasikan .Bak kata orang "menanam tebu dibibir" manis untuk berkata namun tiada kuasa untuk melaksana.Hari ini berapa orang yang cakap sayangkan Islam.Cintakan Islam tapi apakah yang mereka lakukan setelah mengungkapkan ucapan tersebut.Tiada apa yang mereka lakukan hanya sekadar membatukan diri melihat sahaja apa yang berlaku.Inikah cara dan bukti kita sayang Islam.Cintakan Islam jika tiada keberanian dan pengorbanan dalam mempertahankan Islam jangan sesekali ucapkan sayang dan cinta pada Islam.
Berapa ramai orang Islam yang menjadi penagih dadah,mat rempit,peragut dan pelbagai lagi segala kerosakan akhlaq yang berlaku hari ini.Tetapi masih tidak malu ungkapkan sayang dan cinta pada Islam.Sungguh menyedihkan bila melihat semakin hari semakin ramai orang Islam yang asyik meratah kemewahan dunia seolah-olah kemewahan itu akan berkekalan .Sanggup menggadaikan Islam demi mengumpulkan helaian kertas-kertas yang berangka,sanggup menjadi gunting dalam lipatan untuk merosakkan Islam itu sendiri.Mana perginya ikrar anak-anak Adam sebelum mereka didatangkan ke dunia ini.
Bila ditimpa musibah Allah yang dipersalahkan ,bila diberikan nikmat Allah dilupakan..Inikah ganjaran ataupun balasan untuk semua kurniaan Allah pada hambanya.Sesungguhnya Islam tidak pernah memerlukan manusia seperti ini tetapi sebaliknya mereka yang perlukan Islam.Betapa indahnya Islam dan agungnya Islam sehinggakan segala percaturan kehidupan hanya mampu diselesaikan dengan cara Islam kerana Islam itu menyeluruh bukan sahaja dalam aspek ibadah bahkan merangkumi segenap kehidupan manusia.
Namun begitu,sifat manusia yang tamak dan haloba pada kemewahan yang sementara membuatkan mereka buta permata yang ada dihadapan mereka bahkan mereka ghairah memilih kaca yang hanya bersinar dek kerana pantulan cahaya bukan daripadanya sendiri.Ayuh manusia,kaum muslimin semua sedarlah dan insaflah kita pendokong agama suci ini ,bukalah mata lapangkan hati moga rahmat ilahi mekar disanubari...

ABU AYYUB AL ANSHARY


Sedikit perkongsian yang ingin Hamba kongsikan hasil daripada pembacaan Hamba ini iaitu mengenai seorang pahlawan Islam lebih dikenali dengan nama ABU AYYUB AL ANSHARY ataupun nama sebenarnya :KHALID BIN ZAID BIN KULAIB dari Bani Najjar. Gelarnya Abu Ayyuh, dan golongan Anshar. Siapakah di antara kaum muslimin yang belum mengenal Abu Ayyub Al Anshary?
Nama dan kedudukannya dimuliakan Allah di kalangan makhluk, baik di Timur mahupun di Barat. Kerana sesungguhnya Allah telah memilih rumahnya di antara sekalian rumah kaum muslimin, untuk dijadikan sebagai tempat tinggal Nabi-Nya yang mulia, ketika beliau baru tiba di Madinah sebagai Muhajir. Hal ini cukup membanggakan bagi Abu Ayyub.
Bertempatnya Rasulullah di rumah Abu Ayyub merupakan kisah manis untuk diulang-ulang dan enak untuk dikenang-kenang.
Setibanya Rasulullah di Madinah, beliau disambut dengan hati terbuka oleh seluruh penduduk, beliau dialu-alukan dengan kemuliaan yang belum pernah diterima sebagai seorang tetamu atau utusan manapun. Seluruh mata tertuju kepada beliau memancarkan kerinduan seorang kekasih kepada kekasihnya yang baru tiba. Mereka membuka hati lebar-lebar untuk menerima kasih sayang Rasulullah. Mereka buka pula pintu rumah masing-masing, supaya kekasih mulia yang dirindukan itu sudi bertempat tinggal di rumah mereka.
Sebelum sampai di kota Madinah, beliau berhenti lebih dahulu di Quba selama beberapa hari. Di kampung itu beliau membangun masjid yang pertama-tama didirikan atas dasar taqwa. Sesudah itu beliau meneruskan perjalanan ke kota Yatsrib dengan menunggang unta. Para pemimpin Yatsrib berdiri sepanjang jalan yang akan dilalui beliau untuk kedatangannya. Masing-masing berebut meminta Rasulullah tinggal di rumahnya. Kerana itu Sayyid demi Sayyid menghadang dan memegang tali untuk beliau untuk membawanya ke rumah rnereka.
“Ya, Rasulullah! Sudilah Anda tinggal di rumah saya selama engkau inginkan keadaan dan keamanan engkau sudah pasti terjamin sepenuhnya.” kata mereka berharap.
Jawab Rasulullah, “Bi├árkanlah unta itu berjalan ke mana dia mahu, kerana dia sudah mendapat perintah.”
Unta Rasulullah terus berjalan. diikuti semua mata, dan diharap-harapkan seluruh hati. Bila untuk melewati sebuah rumah, terdengar keluhan putus asa pemiliknya, karena apa yang diangan-angankannya ternyata hampa.
Unta terus berjalan melenggang seenaknya. Orang banyak mengiringi di belakang. Mereka ingin tahu siapa yang beruntung rumahnya didiami oleh tetamu dan kekasih yang mulia ini.
Sampai di sebuah lapangan, yaitu di muka halaman rumah Abu Ayyub Al Anshary unta itu berlutut. Rasulullah tidak segera turun dan punggung unta. Unta itu disuruhnya berdiri dan berjalan kembali. Tetapi setelah berkeliling-keliling, untuk berlutut kembali di tempat semula.
Abu Ayyub mengucapkan takbir karena sangat gembira. Dia segera mendekati Rasulullah dan melapangkan jalan bagi beliau. Diangkatnya barang-barang beliau dengan kedua tangannya, bagaikan mengangkat seluruh perbendaharaan dunia. Lalu dibawanya ke rumahnya
Rumah Abu Ayyub bertingkat tingkat atas dikosongkan dan dibersihkannya untuk tempat tinggal Rasulullah. Tetapi Rasuluulah lebih suka tinggal di bawah. Abu Ayyub menurut saja di mana beliau senang. Setelah malam tiba, Rasulullah masuk ke kamar tidur. Abu Ayyub dan isterinya naik ke tingkat atas. Ketika suami isteri itu menutupkan pintu, Abu Ayyub berkata kepada isterinya, “Celaka....! Mengapa kita sebodoh ini. Pantas kah Rasulullab bertempat di bawah, sedangkan kita berada lebib tinggi dari beliau” Pantaskah kita berjalan di atas beliau?
Kedua suami isteri itu bingung, tidak tahu apa yang harus diperbuat Tidak berapa lama berdiam diri, akhirnya mereka memilih kamar yang tidak setentang dengan kamar Rasulullah Mereka berjalan benjingkit.jingkit untuk menghindarkan suara telapak kaki mereka. Setelah hari Subuh, Abu Ayyub berkata kepada Rasulullah ‘ kami tidak mahu terpejam sepicing pun malam ini. Baik aku maupun ibu Ayyub”
“Mengapa begitu?” tanya Rasulullah
“Aku ingat, kami berada di atas sedangkan Rasulullah Yang kami muliakan berada di bawah. Apabila bergerak sedikit saja, abu berjatuhan mengenai Rasulullah. Di samping itu kami mengalingi Rasulullah dengan wahyu,” kata Abu Ayyub menjelaskan “Tenang sajalah, hai Abu Ayyub. Saya lebih suka bertempat tinggal di bawah, karena akan banyak tamu yang datang berkunjung.”
Kata Abu Ayyub, “Akhirnya saya mengikuti kemauan Rasulullah. Pada suatu malam yang dingin, bejana kami pecah di tingkat atas, sehingga airnya tumpah. Kain lap hanya ada sehelai, karena itu air yang kami keringkan dengan baju, kami sangat kuatir kalau air mengalir ke ternpat Rasulullah. Saya dan Ibu Ayyub bekerja keras mengering kan air sampai habis. Setelah hari Subuh saya pergi menemui Rasulullah.
Saya berkata kepada beliau, “Sungguh mati, saya segan bertempat tinggal di atas, sedangkan Rasulullah tinggal di bawah”.
Kemudian Abu Ayyub menceritakan kepada beliau perihal bejana yang pecah itu. Karena itu Rasulullah memperkenankan kami pindah ke bawah dan beliau pindah ke atas.
Rasulullah tinggal di rumah Abu Ayyub kurang lebih tujuh bulan. Setelah masjid Rasulullah selesai dibangun, beliau pindah ke kamar-kamar yang dibuatkan untuk beliau dan para isteri beliau sekitar masjid. Sejak pindah dari rumah Abu , Rasulullah menjadi tetangga dekat bagi Abu Ayyub. Rasulullah sangat menghargai Abu Ayyub suami isteri sebagai tetangga yang baik.
Abu Ayyub mencintai Rasulullah sepenuh hati. Sebaliknya beliau mencintainya pula, sehingga mereka saling membantu setiap kesusahan masing-masing. Rasulullah memandang rumah Abu Ayyub seperti rumah sendiri.
Ibnu ‘Abbas pernah bercerita sebagai berikut:
Pada suatu hari di tengah hari yang amat panas, Abu Bakar pergi ke masjid, lalu bertemu dengan ‘Umar ra.
“Hai, Abu Bakar! Mengapa Anda keluar di saat panas begini?”, tanya Umar.
Jawab Abu Bakar, “Saya lapar!”
Kata ‘Umar, “Demi Allah! Saya juga lapar.”
Ketika mereka sedang berbincang begitu, tiba-tiba Rasuluflah rnuncul.
Tanya Rasulullah, “Hendak kemana kalian di saat panas begini?”
Jawab mereka, ‘Demi Allah! Kami rnencarj makanan karena lapar.”
Kata Rasulullah, ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan Nya! Saya juga lapar. Nah! Marilah ikut saya.”
Mereka bertiga berjalan bersama-sama ke rumah Abu Ayyub Al Anshary. Biasanya Abu Ayyub selalu menyediakan makanan setiap hari untuk Rasulullab. Bila beliau terlambat atau tidak datang, makanan itu dihabiskan oleh keluarga Abu Ayyub. Setelah mereka tiba di pintu, Ibu Ayyub keluar menyongsonu mereka.
‘Selamat datang, ya Nabiyallah dan kawan-kawan!” kata Ibu Ayyub.
“Kemana Abu Ayyub?” tanya Rasulullah.
Ketika itu Abu Ayyub sedang bekerja di kebun kurrna dekat rumah. Mendengar suara Rasulullah, dia bergegas rnenemui beliau.
“Selamat datang, ya Nabiyallah dan kawan-kawan!” kata Abu Ayyub.
Abu Ayyub langsung menyambung bicaranya, “Ya, Nabiyallah! Tidak biasanya Anda datang pada waktu sepert sekarang.
Jawab Rasulullah “Betul. hai Abu Ayyub!
Abu Ayyub pergi ke kebun, lalu dipotongnya setandan kurma. Dalam setandan itu terdapat kurma yang sudah kering, yang basah, dan yang setengah masak.
Kata Rasulullah, “Saya tidak menghendaki engkau memotong kurma setandan begini. Alangkah baiknya jika engkau petik saja yang sudah kering.”
Jawab Abu Ayyub, “Ya, Rasulullah! Saya senang jika Anda suka mencicipi buah kering, yang basah, dan yang setengah masak. Sementara itu saya sembelih kambing un tuk.Anda bertiga.”
Kata Rasulullah, “Jika engkau menyembelih, jangan disembelih kambing yang sedang menyusui.”
“Abu Ayyub menangkap seekor kambing, lalu disembelihnya. Dia berkata kepada Ibu Ayyub, “Buat adonan roti. Engkau lebih pintar membuat roti.”
Abu Ayyub membagi dua sembelihannya. Separuh digulainya dan separuh lagi dipanggangnya Setelah masak, maka dihidangkannya ke hadapan Rasulullah dan sahabat beliau. Rasulullah mengambil sepotong gulai kambing, kemudian diletakkannya di atas sebuah roti yang belum dipotong.
Kata beliau, “Hai Abu Ayyub! Tolong antarkan ini kepada Fatimah. Sudah beberapa hari ini dia tidak mendapat makanan seperti ini.”
Selesai makan, Rasulullah berkata, “Roti, daging, kurma kering, kurma basah, dan kurma setengah masak.”— Air mata beliau mengalir ke pipinya.
Kemudian beliau bersabda ‘Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya! SesungguhnYa beginilah ni’mat yang kalian minta nanti di hari kiamat. Maka apabila kalian memperoleh yang seperti in bacalah “Basmalah” lebih dahulu sebelum kalian makan. Bila sudah kenyang, baca tahmid: “Segala puji bagi Allah yang telah mengenyang kan kami dan memberi kami ni’mat.”
Kemudian Rasulullah saw. bangkit hendak pulang. Beliau berkata kepada Abu Ayyub, ‘Datanglah besok ke rumah kami!”
Sudah menjadi kebiasaan bagi Rasulullah, apabila Seseorang berbuat baik kepadanya, beliau segera membalas dengan yang lebih baik. Tetapi Abu Ayyub tidak mendengar perkataan Rasulullah kepadanya. Lalu dikata oleh ‘Umar, “Rasulullah menyuruh Anda datang besok ke rumahnya.”
Kata Abu Ayyub, “Ya, saya patuhi setiap perintah Rasulullah.”
Keesokan harinya Abu Ayyub datang ke rumah Ra sulullah. Beliau memberi Abu Ayyub seorang gadis kecil untuk pembantu rumah tangga. Kata Rasulullah, ‘Perla kukanlah anak ini dengan baik, hai Abu Ayyub! Selama dia di tangan kami, saya lihat anak ini baik.”
Abu Ayyub pulang ke rumahnya membawa seorang gadis kecil.
“Untuk siapa ini, Pak Ayyub?” tanya Ibu Ayyub.
“Untuk kita. Anak kita diberikan Rasulullah kepada kita,”jawab Abu Ayyub.
“Hargailah pemberian Rasulullah. Perlakukan anak ini lebih daripada sekedar suatu pemberian’ “ kata Ibu Ayyub.
“Memang! Rasulullah berpesan supaya kita bersikap baik terhadap anak ini,” kata Abu Ayyub. “Bagaimana selayaknya sikap kita terhadap anak ini, supaya pesan beliau terlaksana?” tanya Ibu Ayyub.
“Derni Allah! Saya tidak rnelihat sikap yang lebih baik, melainkan memerdekakannya,” jawab Abu Ayyub.
“Kakanda benar-benar mendapat hidayah Allah. Jika kakanda setuju begitu, baiklah kita merdekakan dia,” kata Ibu Ayyub menyetujui.
Lalu gadis kecil itu mereka merdekakan.
ltulah sebagian bentuk nyata celah-celah kehidupan Abu Ayyub setelah dia masuk Islam. Kalau dipaparkan celah-celah kehidupannya dalam peperangan, kita akan tercengang dibuatnya. Sepanjang hayatnya Abu Ayyub hidup dalam peperangan. Sehingga dikatakan orang, “Abu Ayyub tidak pernah absen dalam setiap peperangan yang dihadapi kaum muslimin sejak masa Rasulullah sampai dia wafat di masa pemerintahan Mu ‘awiyah. Kecuali bila dia sedang bertugas dengan suatu tugas penting yang lain.’’
Peperangan terakhir yang ikutinya, ialah ketika Mu awiyah mengerahkan tentara muslimin merebut kota Konstantinopel. Abu Ayyub seorang prajurit yang patuh dan setia. Ketika itu dia telah berusia lebih delapan puluh tahun. Suatu usia yang boleh dikatakan usia akhir tua. Tetapi usia tidak menghalanginya untuk bergabung dengan tentara muslimin di bawah bendera Yazid bin Mu’awiyah. Dia tidak menolak rnengharufngi laut, membelah ombak untuk berperang fi sabilillah. Tetapi belum berapa lama dia berada di medan tempur menghadapi musuh, Abu Ayyub jatuh sakit. Abu Ayyub terpaksa istirahat di perkemahan, tidak dapat melanjutkan peperangan karena fisiknya sudah lemah.
Ketika Yazid mengunjungi Abu Ayyub yang sakit, panglima ini bertanya, “Adakah sesuatu yang Anda kehendaki, hai Abu Ayyub?”
Jawab Abu Ayyub, ‘Tolong sampaikan salam saya kepada seluruh tentara muslimin. Katakan kepada mereka, Abu Ayyub berpesan supaya kalian semuanya terus maju sampai ke jantung daerah musuh. Bawalah saya beserta kalian. Kalau saya mati, kuburkan saya dekat pilar kota Konstantinopel!”
Tidak lama sesudah ia berkata demikian, Abu Ayyub menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia wafat menemui Tuhannya di tengah-tengah kancah pertempuran.
Tentara muslimin memperkenankan keinginan sahabat Rasulullah yang mulia ini. Mereka berperang dengan gigih, menghalau musuh dari satu medan ke medan tempur yang lain. Sehingga akhirnya mereka berhasil mencapai pilar-pilar kota Konstantinopel, sambil membawa jenazah Abu Ayyub.
Dekat sebuah pilar kota Konstantinopel niereka menggali kuburuan, lalu mereka makamkan jenazah Abu Ayyub di sana, sesuai dengan pesan Abu Ayyub.
Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Abu Ayyub. Dia tidak ingin mati kecuali dalam barisan termpur yang sedang berperang fi sabiillah. Sedangkan usianya telah mencapai delapan puluh tahun. Radhiyallahu ‘anhu. Amin!!!

Perhubungan Persis Hamba


Sejauh manakah sebuah perhubungan itu dapat terpelihara daripada sebarang noda dan nista ? Persoalan ini seringkali bermain dibenak fikiran masing-masing kerana rutin perjalan seorang hamba berkisar didalam ruang lingkup sebuah rangkaian yang digelarkan sebagai perhubungan samada hubungan dengan ALLAH SWT,hubungan antara makhluq didunia ini mahupun hubungan sesama manusia.
Persoalan ini dirungkaikan tanpa jawapan kerana kita sendiri punya jawapan untuk soalan ini .Tidak perlu menuding jari kepada sesiapa pun sebaliknya hanya memerlukan sebuah muhasabah diri untuk koreksi kembali segala perhubungan dalam pengaplikasian menjana sebuah kehidupan.Jika hubungan dengan ALLAH SWT itu benar diatas dasar keimanan sudah pasti tiada satu halangan yang tidak mampu untuk kita tempuhi namun jika sebaliknya pula .Perlu difikirkan akan kebarangkalian yang pasti akan berlaku .

Jadikan Buah Lemon Itu Minuman yang Manis!





Orang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan.Sedangkan orang bodoh akan membuat suatu musibah menjadi bertumpuk dan berlipat ganda. Ketika Rasulullah s.a.w. diusir dari Makkah, beliau memutuskan untuk menetap di Madinah dan kemudian berhasil membangunnya menjadi sebuah negara yang sangat akrab di telinga dan mata sejarah. Ahmad ibn Hanbal pernah dipenjara dan dihukum dera, tetapi karenanya pula ia kemudian menjadi imam salah satu madzhab. Ibnu
Taimiyyah pernah di penjara, tetapi justru di penjara itulah ia banyak melahirkan karya. As-Sarakhsi pernah dikurung di dasar sumur selama bertahun-tahun, tetapi di tempat itulah ia berhasil mengarang buku sebanyak dua puluh jilid. Ketika Ibnul-Atsir dipecat dari jabatannya, ia berhasil menyelesaikan karya besarnya yang berjudul Jami'ul Ushul dan an-Nihayah, salah satu buku paling terkenal dalam hadits. Demikian halnya dengan Ibnul-Jawzy, ia pernah diasingkan dari Baghdad, dan karena itu
ia menguasai qiraah sab'ah. Malik ibn ar-Raib adalah penderita suatu penyakit yang mematikan, namun ia mampu melahirkan syair-syair yang sangat indah dan tak kalah dengan karya-karya para penyair besar zaman Abbasiyah. Lalu, ketika semua anak Abi Dzuaib al-Hudzali mati meninggalkannya seorang diri, ia justru mampu menciptakan nyanyiannyanyian puitis yang mampu membekam mulut zaman, membuat setiap pendengarnya tersihir, memaksa sejarah untuk selalu bertepuk tangan saat mendengarnya kembali.
Begitulah, ketika tertimpa suatu musibah, Anda harus melihat sisi yang paling terang darinya. Ketika seseorang memberi Anda segelas air lemon, Anda perlu menambah sesendok gula ke dalamnya. Ketika mendapat hadiah seekor ular dari orang, ambil saja kulitnya yang mahal dan tinggalkan bagian
tubuhnya yang lain. Ketika disengat kala jengking, ketahuilah bahwa sengatan itu sebenarnya memberikan kekebalan pada tubuh Anda dari bahaya bisa ular. Kendalikan diri Anda dalam berbagai kesulitan yang Anda hadapi! Dengan begitu, Anda akan dapat mempersembahkan bunga mawar dan
melati yang harum kepada kami. Dan

{Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu.}
Surah Al-Baqarah: 216)

Sebelum terjadi revolusi besar di Perancis, konon negara itu pernah memenjara dua sastrawan terkenalnya. Salah seorang dari keduanya sangat optimistis dan yang seorang lagi pesimistis bahwa revolusi dan perubahan akan segera terjadi. Setiap hari keduanya sama-sama melongokkan kepala
melalui sela-sela jeruji penjara. Hanya saja, sang sastrawan yang optimistis selalu memandang ke atas dan melihat bintang-bintang yang gemerlap di langit. Dan karena itu ia selalu tersenyum cerah. Adapun sastrawan yang pesimistis, ia selalu melihat ke arah bawah dan hanya melihat tanah hitam di depan penjara, dan kemudian menangis sedih.Begitulah, sebaiknya Anda selalu melihat sisi lain dari kesedihan itu.Sebab, belum tentu semuanya menyedihkan, pasti ada kebaikan, secerah harapan, jalan keluar serta pahala.
[ Dr Aid Qarni-La Tahzan ]

Dilema Sebuah Tanggungjawab


Sesungguhnya setiap insan tidak dapat lari daripada memikul sebuah tanggungjawab namun begitu kayu ukur sebuah tanggungjawab itu bukan terletak kepada apa yang perlu dipertanggungjawabkan kepadanya namun keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut dan perlaksanaan tanggungjawab tersebut tanpa sebarang rungutan apatah lagi mengharapkan imbalan.Manusia adakalanya leka dengan pelbagai tanggungjawab yang telah diamanahkan sebaliknya hanya bermegah dengan apa yang dipertanggungjawabkan tanpa memikirkan apakah segala yang telah dipertanggungjawabkan ke atasnya tidak akan disoal.
Dewasa kini,manusia gemar untuk membolot segala yang ingin dimiliki biarpun terpaksa menindas bangsa dan agama sendiri ,untuk apakah mereka terlalu ampuh mengejar semua ini hanya berpaksikan kepada satu motif dan tujuan iaitu memuakan tuntutan hawa nafsu .Apakah segelintir umat Islam yang diberikan secubit kesedaran akan hal ini akan berterusan melihat dan hanya mempu berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa walaupun bergerak setapak mara ke hadapan.
Dimanakah perginya suara-suara yang seringkali melaungkan takbir dan tahmid disaat Islam dijulang tinggi dan dimanakah pula pembawa panji-panji Islam yang mengalir dalam tubuhnya semangat untuk mempertahankan Islam.Manusia kini terus dibelenggu dilemma dalam melaksanakan tanggungjawab akhirnya dikaburi sendiri oleh dunia yang tidak sesekali puas untuk meratahnya .Gejolak syahwat dalam mencipta kesempuraan akhirnya telah memakan diri sendiri lantas tersungkur rebah di atas tanah yang pernah dipijak oleh mereka satu ketika dahulu.
Kebejatan paradigm masyarakat kini seringkali dilingkari dengan kemewahan dan kesenangan membuatkan mereka asyik seterusnya melupakan sebuah kehidupan yang bakal menanti iaitu akhirat.Dilema sebuah tanggungjawab ini seharusnya perlu ditimbang-tara oleh masyarakat manusia agar setiap perkara yang ingin dilaksanakan tidak tersasar daripada landasan Iman & Islam.

Destinasi Yang Hakiki

Ilhamminda: Zhonni Abdi

Dengan bongkak melangkah ,
Mendongak ke langit cerah,
Tanpa sekelumit resah,
Begitu yakin dunia tidak akan musnah,
Usahlah terlalu bermegah,
Kerana kita semua ciptaan ALLAH ,
Taat ,patuh dan berserah,
Bukannya mencabar sunnatullah,
Destinasi sebenar kita adalah barzakh,
Idola kita Rasullullah ,
Panduan kita Al-Quran dan Sunnah,
Namun tidak semua qanaah,
Dengan nikmat kurniaan Allah ,
Sebaliknya terus melayani mazmumah,
Mengengkari segala perintah,
Akhirnya tempat yang ditempah,
Neraka Hamiah,
Ingatlah manusia yang bermegah,
Destinasi hakiki kita adalah tanah,
Tempat kita melangkah.

SAAT MENILAI CINTA


KOSMO [LINK]
SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Sempoi Cakap Orang Ganas


Menatap beberapa dada akhbar tempatan Hamba terpanggil untuk memberi respon terutamanya mengenai Presiden PAS seorang "PENGGANAS".Manusia kini semakin jahil akal dan kewarasanny auntuk berfikir dalam menilai kaca dan permata.Sehinggakan sanggup menggelarkan ulama' sebagai pengganas.Entah kenapa dakwaan seperti ini boleh dilontarakan.Apakah masyarakat kini tidak mampu menggunakan akal kurniaan ALLAH untuk berfikir sebaliknya menggunakan lutut dalam menilai.
Terkilan dengan apa yang berlaku ,jika direnungkan pengamalan PAS tidak langsung mendorong pendokong dan penyokongnya menjadi seorang pengganas sebaliknya yang bersikap sebegini seperti 1 MALAYSIA ketahui sudah tentu golongan UMNO.Tidak ada lagi dalam sejarah ada dikalangan pimpinan PAS bom orang ataupun seumpamanya tetapi jika UMNO sudah terang lagi bersuluh bukan setakat bunuh tetapi terus bomkan orang.Adakah masyarakat masih bodoh untuk melihat realiti sifat pengganas yang sebenar pada siapa.
Berani memang perlu ada pada seorang pejuang tetapi jangan pula disalah tafsirkan definisi BERANI itu sehingga sanggup bunuh orang.Berani yang dimaksudkan adalah berani berdepan dengan pelbagai keadaan dan menyatakan perkara yang hak.Bukan seperti sesetengah golongan yang hanya berselindung disebalik sekeping kertas yang berangka semata-mata.
Dakwaan bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang seorang pengganas perlu disangkal sama sekali.Terpulang kepada mana-mana pihak yang terus mendakwa sedimikian tetapi harus diingatkan ,apabila tiba masa ALLAH menzahirkan segala perbuatan kalian ketika itu tiada apa yang dapat dilakukan melainkan kemusnahan yang bisa diterima oleh kalian.

Salahkah Aku Berbaju Kurung ?



Mungkin persoalan ini agak simple pada dasarnya namun mempunyai maksud yang ingin disampaikan. Memang tidak salah berbaju kurung kerana ianya salah satu pakaian warisan wanita Melayu dan pakaian yang menutup aurat.
Jadi apa salahnya ?Realiti hari ini kita dapat melihat peredaran fesyen pemaikaian yang hari ini semakin laju dipandu dengan arus kemajuan dan pemikiran masyarakat kini.Kita boleh melihat hari ini baju kurung yang dipakaikan oleh kaum wanita adakah benar-benar menutup aurat ? cukuplah sekadar kita melihat kain yang dijadikan baju kurung kebanyakkan menggunakan kain yang jarang sekaligus menampakkan tubuh badan .Ada pula baju kurung yang agak ketat juga boleh menampakkan potongan badan kepada si pemakai.Jadi salahkah berbaju kurung?MEMANG SALAH jika perkara yang Hamba sebutkan tadi itu berlaku tetapi jika tidak maka bagi Hamba tidak salah.
Oleh kerana yang sedemikian ,kaum HAWA sekalian fikirkanlah secara rasional hakikat yang berlaku hari ini.Begitu juga pemakaian tudung ,kini tudung yang dipakai oleh kebanyakkan wanita hanya cukup untuk menutup rambut dan leher sahaja.Bagaimana pula jika bagitu ?Sama-sama fikirkan apa yang sepatutnya kalian lakukan.Nampak simple perlu diingatkan "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA" memang betul matlamat kalian ingin berpakaian yang menutup aurat namun itu tidak menghalalkan kalian untuk mendedahkan aurat kalian.Jika benar ingin menutup aurat lakukan dengan betul selari dengan batasan syariat yang telah ditetapkan.Selamat beramal.

Semangat Betol UMNO Sorang Nie Ye !!!


Setelah lama Hamba menerjah beberapa blog sahabat-sahabat seperjuangan Blogger yang Hamba rasa terpanggil untuk memberi sedikit sudut pandangan peribadi .Bak kata pepatah siapa makan Ayam Goreng dia akan rasa Ayam Goreng kan?
Dulu pernah kecoh isu Nama Mahasiswa Qiraat Lambat dan beberapa lagi masalah yang bersangkutan dengan proses pengurusan Mahasiswa Mesir.Jika difikirkan kembali ketika Muktamar Sanawi ramai yang bersuara ingin mempertahankan Hak Mahasiswa tapi hakikatnya beberapa kelompok sahaja yang ingin berani bersuara memperjuangkan Hak Mahasiswa .
Kenapa hal sedemikian boleh berlaku ? Kita boleh lihat sendiri pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti yang tidak langsung berkaitan dengan bidang tugas dalam menjaga Kebaikan Mahasiswa Mesir.Pelbagai paparan gambar mengenai aktiviti sama ada dalam blog peribadi ataupun laman sosial Facebook.Hamba rasa Mahasiswa Mesir perlu membuka mata untuk menilai dengan sebaiknya untuk apa mereka [ JPMK ]perlu berada dibumi ini.Mereka tidak ubah seperti manusia yang hanya bijak bermain dengan kata-kata sedangkan hakikatnya mereka hanya menggunakan istilah KEBAJIKAN yang dijadikan topeng pada UMNO itu sendiri.Memang betul semua dari kalangan kita ada hak untuk menyokong mana-mana parti tapi mereka kena beringat yang Kerajaan Malaysia hantar mereka untuk memudahkan urusan bukan untuk promosi UMNO .
Hamba sedikit terkilan kepada [ KJ ] kerana sering menimbulkan pelbagai isu ataupun dalam erti kata lain sengaja membuka ruang untuk orang mencari kesalahannya. Terutamanya penggunaan FBnya sehinggakan ada je benda yang ingin ditulis,cuba jangan timbulkan provokasi.Terpulanglah nak jadi UMNO SOLID ke-ORG KUAT UMNO ke- tetapi dia kena ingat yang dia dihantar bukan untuk jadi aktivis FB sampaikan nak ngadap tu je 24 jam.Harap KJ boleh cuba kurangkan sedikit aktiviti tersebut.Hamba selama ini hanya memerhatikan tetapi sejak akhir-akhir ini makin " BERSELERA PLAK " .
Insya Allah jika KJ boleh kurangkan maka takdelah sahabat-sahabat lain dianggap ingin mencari salah dan sebagainya .Mereka juga tidak ingin membuka dan mencari salah sesiapa cuma terkilan dengan sikap seorang kakitangan kerajaan yang seakan-akan masih bersifat KEREMAJAAN .Untuk KJ nak sokong UMNO ke DAP ke MCA ke MIC ke terpulang tapi agak-agak la sikit kan..Sayonara..
[** Janganlah masam muka tue]

Sekuntum Mawar Merah & Sebuah Puisi

PenaHamba: Zhonni Abdi

Tatkala Atma Dihimpit Hiba,
Paradigma Kalut Merungkai Rasa,
Kemana Perginya Bahagia,
Masih Bersisakah Derita,
Sekuntum Mawar Merah Tersedia Di Meja,
Harumannya Memukau Deria,
Terkesima Seketika Mencari Punca,
Sebuah Puisi Membawa Seribu Makna ,
Sukar Memahami Ironinya ,
Selembut Dingin Pawana ,
Tersusun Kalimah Metafora,
Aliterasinya Indah Belaka,
Rima Diatur Seiring Nada,
Bicara Pujangga Punya Kiasaannya,
Gelora Jiwa Terubat Jua,
Saat Menatap Madah Pujangga,
Menjadi Penawar Tinggi Nilaiannya..



Dimanakah posisi generasi muda akan datang



Semakin hari pelbagai pergolakkan yang berlaku samada didalam mahupun luar Negara ,namun yang pasti setiap pergolakan yang berlaku akan ada kesannya dari sudut persekitaran mahupun pemikiran.Bukan semua orang menyedari akan perihal ini,hanya mereka yang sering mengikuti gelombang arus semasa akan terfikir apakah yang bakal berlaku pada masa hadapan.
Rata-rata daripada pengkajian dan sedikit pembacaan Hamba penerapan nilai-nilai murni akhlak Islamiah sudah pudar didalam kehidupan masyarakat hari ini.Sudah kabur dalam membezakan diantara satu keperluan atau kepentingan bukan sekadar itu sahaja bahkan sikap tanggungjawab pada diri sendiri,keluarga dan masyarakat dipandang sepi tanpa sekelumit perasaan ingin memikirkan pengakhiran natijahnya.
Laporan berita diseluruh media massa ,media cetak mahupun media elektronik kini hanya menampakkan untuk mencari kepentingan masing –masing sekalipun terpaksa menindas bangsa dan agama sendiri.Tidak mustahil satu masa nanti ,fungsi generasi muda akan datang akan pupus ditelan arus kemodenan yang semakin lama menjerut kehidupan masyarakat sendiri.
Perjalanan dunia politik juga dilihat sudah sampai untuk tunduk kepada kebenaran yang hakiki.Tidak guna untuk teruskan menegakkan benang yang basah.Sudah terang lagi bersuluh akan kotor dan jijiknya politik semasa negara ,hanya dengan mempunyai kuasa dan pengaruh segalanya mampu dimiliki.Bertopengkan ingin member seluruh kesenangan dan kepentingan sara hidup yang terjamin kepada rakyat ,walaupun pada hakikatnya rakyat dan orang bawahan terus dipergula-gulakan dengan omongan kosong meraka.Seakan menanam tebu dibibir segalanya nampak indah namun realaitinya tidak langsung memberikan apa-apa manfaat.Hak rakyat kian diperjudikan oleh syaitan yang hanya bertopengkan manusia.
Laungan perpaduan dijadikan sebagai simbol seperti rakyat dan masyarakat diutamakan ,biarpun pada dasarnya hanya sekadar mengaburi mata mereka yang hanya hidup dengan berkiblatkan keseronokkan dan kezaliman.Sehinggakan sanggup menghalalkan perkara yang telah dilarang oleh ALLAH SWT seperti judi ,arak dan sebagainya.
Jika keadaan seperti ini berterusan berlaku tanpa dibendong ,posisi golongan muda akan datang sudah tentu tiada satu kepastian.Generasi muda juga hari ini perlu mempersiapkan diri dengan sebanyak mungkin kelengkapan diri bukan hanya dari sudut pengetahuan semata-mata bahkan kekuatan rohani agar tidak mudah diBELI dengan hanya sekeping kertas berangka yang hari ini menjadi salah satu tempat pergantungan manusia.Oleh kerana yang sedemikian Hamba berharap agar ,generasi muda hari ini tidak menjadi katak dibawah temperung ,malas dan hanya berada dalam ruang lingkup kehidupannnya sahaja.Janganlah begitu selesa kerana dengan keselesaan itulah nanti yang bakal menghancurkan kita .

Ukhuwah Yang Terjalin



Implikasi sebuah ikatan ukhuwah yang dibina atas dasar keikhlasan yang murni bisa menatijahkan satu impak yang besar.Oleh kerana itulah kepentingan dalam ukhuwah bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng.Ikatan ukhuwah yang terjalin dengan penuh kepercayaan dan kejujuran sudah pasti akan melahirkan satu sikap tolong menolong sekaligus dapat mempertingkatkan lagi tenaga kerja didalam lapangan dakwah realiti kini.
Berapa ramaikah dikalangan kita mampu mengenali sahabatnya bukan hanya sekadar mengetahui nama dan tempat tinggal sahaja bahkan mengenali segala maklumat latar belakangnya ataupun didalam erti kata yang lebih mudah sekiranya diperlukan segala perincian maklumat butiran peribadi sahabat kita,kita mampu memberikan dengan selengkapnya.Namun terlalu sedikit perkara seperti ini,kerana apa yang berlaku perihal sebegini,ini kerana adalah keperluan ukhuwah dalam mentaliti masyarakat sekarang tidaklah sebegitu penting .
Sedarlah kalian semua ,dalam medan perjuangan untuk memartabatkan Islam dan ingin mengembalikan khilafah Islamiah sudah pasti ikatan ukhuwah sesama kita perlu dipertingkatkan .Tidak perlu rasa malu untuk memperkukuhkan ukhuwah bahkan perlu rasa sebagai satu keperluan dalam lapangan dakwah.Ini kerana berkembangnya Islam ketika zaman kegemilangan Rasulullah SAW dahulu bukan hanya kerana diri Baginda sahaja bahkan dengan usaha gigih sahabat-sahabat Baginda tanpa sekelumit keluhan dalam memperjuangkan Islam .

Luasnya Neraka Allah



Kita selalu mendengar tentang seksaan neraka Allah S.W.T tetapi pernahkah kita membayangkan betapa pedihnya azab seksaan tersebut? Kita selalu berdoa, “Rabbana atina fi ad-dunya hasanah, wa fi al-akhirat hasanah,waqina azab an-nar”, tetapi pernahkah kita terfikir betapa pentingnya doa tersebut? Pernahkah kita terfikir samada mampukah kita menanggung azab seksaan Allah? Di bawah diceritakan kedahsyatan api neraka Allah.Telah dikisahkan bahawa Jibril datang kepada Nabi S.A.W pada waktu
yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi S.A.W: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya
Muhammad, aku datang kepadamu disaat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu Nabi S.A.W bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka
dinyalakan selama seribu tahun,sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi
Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,andaikan satu pergelangan dari rantai
yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan
cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di
hujung timur kerana sangat panasnya,Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api."
Api neraka itu ada tujuh pintu,tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi S.A.W bertanya:
"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak,tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.:"Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibril: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik,dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa A.S serta keluarga Fir'aun sedang
namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam
tempat orang nasara bernama Sa'eir."Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah S.A.W sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Dalamnya
orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka Nabi S.A.W jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi S.A.W dipangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi S.A.W bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah
ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya:"Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu." Kemudian Nabi S.A.W menangis,Jibril juga menangis, kemudian Nabi S.A.W masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan apabila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yang Lalai")
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang
hitam pekat
Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mesyuarat [ Tujuan & Faedah ]



TUJUAN SEBUAH MESYUARAT

- Merancang Kegiatan
- Membuat Sebuah Keputusan
- Mengawal Sebuah Situasi
- Mempertimbangkan Masalah
- Mengukuhkan Ikatan Ukhuwah
- Menyebarkan Maklumat
- Memberikan Suntikkan Semangat

FAEDAH MESYUARAT

- Memecahkan permasalahan yang dihadapi oleh ahli mesyuarat Saidina Ali bin Abi Talib R.A
berkata : " Musyawarah itu punca hidayah, dibimbangi orang yang hanya berpegang pada
pendapatnya sendiri .Maka bertadabbur sebelum beramal itu menyelamatkan kamu dari
penyesalan "
Ulama menyatakan : " Tidak ada yang lebih betul sebagaimana musyawarah.Kadangkala
seseorang itu berazam untuk melakukan sesuatu ,maka ia bermusyawarah dalam hal
tersebut,ternyata pendapat orang lain lebih betul dan inilah hakikatnya bahawa dia tidak
mampu untuk mendepani sesebuh masalah dengan berseorangan."

- Meningkatkan keupayaan ahli dalam menangani sesuatu masalah bagi meningkatkan prestasi
mereka sebagai penggerak didalam sesebuah pertubuhan kerana penglibatan didalam proses
musyawarah antara lain ialah :
* Membuka ruang lingkup bidang-bidang permasalahan yang perlu direncana dan
melaksanakan sebuah tindakan
* Menterjemah ilmu-ilmu ahli kepada amal ketika memecahkan sesuatu masalah yang dihadapi.
* Membuat anjuran terhadap segala dasar-dasar dan polisi pertubuhan atau persatuan dengan
langkah dan tindakan yang memenuhi kemaslahatan akan datang.

- Mengeratkan ukhuwah Islamiah dan menyemaikan sifat tolong menolong.
- Ibnu Al-Arabi pernah berkata " Musyawarah itu mendekatkan anggota jemaah,membersihkan
akal,membawa sebab kepada kebenaran dan mana-mana kaum yang bermusyawarah akan
mendapat petunjuk "