Hati Seorang Ayah...

Suatu pagi indah yang nyaman dihalaman rumah,kelihatan seorang anak bersama ayahnya asyik bersembang sambil bergelak ketawa.Mungkin kerana ingin melepaskan kerinduan yang teramat setelah berjauhan selama beberapa tahun..

Ketika sedang asyik berbicara ,seekor burung merpati terbang melepasi dahan tempat mereka berdua berteduh.Lalu si ayah mendongak melihat burung tersebut lalu bertanyakan pada anaknya." Wahai anakku ,burung apa tu " tanya si ayah.Si anak menjawab dengan penuh yakin "Burung Merpati ayah".Si ayah mengangguk-anggukkan kepala.Tidak lama selepas itu,si ayah bertanyakan soalan yang sama lagi ,lalu si anak memberikan jawapan yang sama.Persoalan yang sama telah ditanyakan kepada si anak sehingga kali kelima .Dengan nada suara yang tinggi ,anaknya sambil bangun terus menengking si ayah " berapa kali ayah nak tanya ,saya sudah beritahu itu burung merpati kan " .

Si ayah tanpa bersuara dengan sepatah terus bangun dan berlalu dari situ meninggalkan si anak tadi tanpa sebarang tanda.Terzahir si anak seakan-akan tidak mengerti perlakuan ayahnya.Selang beberapa minit kemudian,si ayah datang dengan sebuah buku ditangannya.Lalu diberikan buku tersebut kepada anaknya ,tercoret di halaman tersebut tarikh 22 sept 1986 .Kemudian anaknya terus membaca catatan tersebut yang berbunyi " Hari ini anakku,bermain bersamaku dibawah sepohon pokok .Tiba-tiba seekor burung merpati hinggap didahan tempat kami kami berteduh,anakku terus bertanya sambil jarinya yang kecil menghalakan ke arah burung itu ." Ayah!Burung apa tu ?" tanya anakku.Sambil membelai rambut halusnya aku memberitahu " itu burung merpati anakku".Pertanyaan itu berulang hampir 25 kali namun aku tidak jemu menjawab kerana aku yakin inilah pengajaran bermakna untuk anak yang terlaluku sayangi.."

Selepas membaca catatan itu,air mata si anak merembes membasahi pipi.Dia menyesali akan perbuatannya sebentar tadi.Dia memeluk ayahnya dengan erat sekali ,si ayah membisikkan ke cuping telinga anaknya "Ayah baru bertanyakan kepada kamu sebanyak 5 kali tetapi kamu sudah mengherdik ayah sedangkan kamu bertanyakan kepada ayah 25 kali sedangkan ketika itu ayah terus menjawab kerana ayah sayangkan anak ayah tanpa memarahi kamu".





** Buat ayahanda,andai anaknda seringkali melukai ayahnda ..kemaafan yang anaknda pinta.Tidak terlafaz dengan kata-kata,tidak terzahir dengan perlakuan, namun jauh disudut hati anaknda ini untuk membenci ayahnda bahkan terlalu sayangkan ayahnda.Anaknda bangga mempunyai seorang ayah yang cekal dan tabah dalam mengharungi pelbagai ujian dan dugaan bagi membesarkan anaknda.Biarpun kita berpisah tanpa pelukan dan kata-kata semangat ayahnda tapi anaknda yakin doa ayahnda sentiasa mengiringi anaknda.Biarpun kita terpisah antara benua namun bukan alasan untuk anaknda melupakan ayahnda..Dedikasi istimewa buat insan yang bernama Ust Ahmad Zahidi bin Lit.

Derita


    Derita yang tercipta didalam kehidupan manusia bukan dipinta namun itulah yang sebenarnya menyedarkan kita bahawa nikmat kurniaan ALLLAH SWT bukan untuk digunakan bagi tujuan mengkhianati hukum Allah sebaliknya sentiasa mendampingi tuhan semesta alam.Walaubagaimanapun manusia tidak pernah puas meratah nafsu yang tidak berpenghujung.Rakus mencari dunia seakan akan terus didunia untuk selamanya.Apabila diundang derita ,ketika itu manusia baru ingin merintih menyesali segala khilaf sendiri.

        Kasih sayang Allah SWT kepada hambaNYA tidak pernah berbelah bagi.Buktinya seperti kisah yang berlaku satu ketika dahulu sehinggakan dibelah batu ada seekor ulat dan disisinya ada daun hijau yang segar .Peristiwa ini menunjukkan betapa pemurahNYA ALLAH SWT pada makhluk ciptaanNYA sehinggakan dalam batu pun diberikan makanan.

       Sifat tamak dan haloba manusia untuk mengejar kemewahan dan kesenangan hari menyebabkan manusia buta akan hebatnya kuasa ALLAH SWT.Hari demi hari kita diberitakan mengenai musibah yang berlaku sama ada pembunuhan,penindasan dan pelbagai derita yang sebenarnya memberi peringatan pada manusia.

       Biarpun begitu ,hanya segelintir sahaja menyedari akan perihal ini ..Yang bakinya masih bongkak berdiri dan berjalan dibumi ALLAH ini tanpa sekelumit rasa takut dan gentar.Cerminkan diri dan koreksi peribadi .Masih ada waktu untuk kita kembali..

Aspirasi Edisi Bumper


   Penghasilan ASPIRASI Edisi Bumper Dis/Jan kali ini mendatangkan beberapa kelainan.Ini kerana pendekatan yang diambil oleh Team ASPIRASI kali ini amat berbeza.Namun begitu matlamat dan objektif penghasilannya tetap sama .

     Kepada semua ahli Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir boleh mendapatkannya dengan harga LE 2.50 [ percuma Taqwim 2010 ].Apa yang diharapkan agar semua sahabat dapat mengambil sedikit intipati yang terkandung didalamnya untuk mengaplikasikannya secara praktikal dalam kehidupan.

     Bagi Hamba sendiri ini sebagai satu titik permulaan untuk kita cuba berdakwah melalui penulisan kerana jika disingkap sejarah kegemilangan Islam satu ketika dahulu .Dakwah yang dilakukan secara beberapa peringkat dan salah satunya penulisan syair-syair yang begitu mempengaruhi masyarakat ketika itu.Sayugianya tidak menjadi masalah andai ASPIRASI juga menjadi satu platform yang terbaik untuk menjana pemikiran penulis yang berbakat .