*Teka-Teki Hidup*



Betul ke tak?
Hari ini ada something yang berlaku ,betol-betol tak disangka tapi itulah yang dinamakan teka-teki dalam hidup ..Walaubagaimana pun kita sebagai hamba kena redha dan terima 1001 kemungkinan yang sedang berlaku ataupun akan berlaku ..Setiap percaturan ilahi tu ada hikmahnya cuma kita je kadang-kadang selalu mengeluh ..
Adakalanya kita tersenyum dan adakalanya kita menangis bersendirian ,namun begitu tak siapa dapat menduga setiap sesuatu yang berlaku sehinggalah kita dapat merasao sendiri akan kebaikan sesuatu kejadian.
Semua orang ada kenangan masing-masing..Pahit ,manis,suka ,duka memang tak dapat lari daripada kehidupan insan ..Seharian dalam hidup kita pasti akan berlaku sesuatu yang kita sendiri tak dapat nak terima ataupun sudah bersedia untuk menerima..
Ayah pernah berpesan "Jangan mengeluh kalau disakiti mungkin kita sendiri pun pernah menyakiti"..Begitu juga pesan seorang sahabat "Untuk menyakiti hati seseorang memang mudah tetapi untuk mengubati hati seseorang yang terluka bukan mudah sepertimana untuk menyakitinya".
Takkan ada orang yang sanggup disakiti ,kerana pedih disakiti hanya orang yang merasai je akan tahu betapa perit dan sakit bila disakiti ..Tambahan pula bila hati yang disakiti seolah seperti tiada kudrat untuk melangkah tetapi bila dikuatkan semangat untuk teruskan hidup setelah rebah terduduk kerana disakiti di situlah tercipta satu kemanisan yang terlau sukar nak digambarkan.



...::Lafaz Yang Tersimpan::..


Luluh hatiku yang sayuMenatap wajahmu tenang dalam lenaKasih zahirkan lakuSedangkan
bibirku jauh dari lafaznyaDan raut tuamu membekas jiwakuMeredakan rindu mendamaikan kalbuTak mungkin kutemu iras sentuhanmuBiarpun kuredah seluruh duniaMencari gantimuBetapa sukarnya menyusun bicaraMeluahkan rasa menuturkan sayangKasih yang terlimpah hanya sekadartingkahCuma ungkapan kebisuan yangmelindungkan kalimah rahsiaMasih kubiarkan waktuMelarikan lafaz kasihku padamuMengapakah sukar menyusun bicaraMeluahkan rasa menuturkan sayangKasih yang terlimpah hanyalah sekadartingkahCumalah ungkapan bisu kalimah rahsiaApakah yang hilang andai dilisankanBait penghargaan penuh kejujuranTak mungkin terlihat cinta yang meronaJika hanya renungan mata yang bersuaraBukan tutur kataTiada lagi ertinya pengucapanAndai akhir nafas di hujung helaanSebelum mata rapat terpejamUsah biar kehilanganMenggantikan lafaz yang tersimpan

Al-Fatihah...


Tanpa disangka Tok Rodhiah (Mak Bonda Musafir) telah pulang ke rahmatullah jam 12:00 tengahari semalam .Sebak di dada sukar dikawal emosinya ,tak disangka Tok telah pergi dahulu hibanya sanubari sukar digambarkan lagi ..mungkin Ilahi lebih menyayanginya..

Tok ,cucumu musafir perindu akan tetap teruskan perjuangan ini..Biarpun dirimu telah pergi namun segala amanat dan semangat yang pernah tok ajari mana mungkin akan ku lupakan ..

Seperti semalam kenangan kita bersama ..Angan ku untuk kita bersua nampaknya bukan lagi pertemuan di alam nyata ..

Inilah ketentuan ilahi pada hambanya ,agar terus manjadi peringatan bahawa kehidupan dunia bukan kekal selamanya bahkan akan mati jua bila ajal menjemput mempersila..

:Bicara Naluri::



Bahagia Hambamu
ilham minda:musafir


Kuntuman senyuman meniti dibibir si hamba,
Indahnya terasa perjalanan mencari permata,
Andainya ini yang ditakdirkan olehNYA,
Tak terungkap dengan kata ,
Tak terjangkau di minda,
Begitu Maha Adil Pencipta,
Biarpun adakalanya teruji meronta jiwa,
Rahsia Pencipta tak siapa dapat dapat menduga,
Terima kasih Ya Allah Pengatur segalannya ,
Hambamu yang kerdil terduduk jua akhirnya,
Sambil terkenang segala percaturanNYA,
Andai bahagia ini berserta RedhaNYA,
Hamba terima dengan seadanya,
Cintaku padaMu Ya Tuhan agung nilaiannya,
SyurgaMu yang menjadi impian di minda hamba,
Taufiq & hidayahMu yang ku pinta,

Lenyapkanlah hati hamba dari segala yang sia-sia,
Berilah kesabaran dalam melangkah ,mengatur segalanya,
Agar tak tersungkur dalam duri dosa,

Terperangkap dalam kelamnya cahaya,
Tuhanku hambaMU ini bahagia.....





Gambar-Gambar Jaulatussyita















::Bicara Hati::






~::: Puisi Rindu Si Perindu :::~
ilham minda:musafir





Disaat rindu menjelma,

Kenangan lalu menerjah minda,

Kegembiraan yang sekali sekala bertakhta,

Kedukaan juga acap kali terasa,

Rasa ingin kembalikan semula ,

Segala memori dicipta bersama ,

Dalam meniti kehidupan sementara ,

Rindu mencengkam membaluti jiwa,

Airmata menitis tanpa dipaksa,

Inilah rindu yang terluah jua akhirnya ,

Kenangan bersama sukar dilupa,

Suka dan duka silih berganti tempatnya ,

Pedih menahan rindu yang tebal dijiwa,

Namun ketentuan ilahi ada hikmahnya ,

Berjauhan sementara sekadar ujianNYA,

Untuk sama-sama menghargai akan nikmatnya ,

Lumrah insan ciptaanNYA,

Adakalanya alpha,lalai dan leka,

Disaat teruji baru sedar akan kelemahannya,

Tuhanku rindu hambaMu tiada penghujungnya,

Rindu hambaMU tiada akhirnya,

Rindu hambaMU ikhlas tunjangnya,

Rindu hambaMu hanya pada Maha Penciptanya..





Jaulatussyitaa....



Alhamdulilah baru-baru ni musafir bersama beberapa orang sahabat telah menziarahi sahabat-sahabat di muhafazah...Rasa rindu pada kampung halaman mula menyapa naluri ..Ketenangan di muhafazah sedikit sebanyak dapat melenyapkan kesibukan Kota Kaherah yang dihiasi dengan kesibukan penduduknya,begitu juga kesesakkan kenderaan yang bertambah padat seiring dengan dengan bilangan penduduknya..Sampai di Tanta kami dibawa ke Markaz Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (Bait Izzah) kebetulan pula ketika kami sampai ada majlis "langkah kanan"lah kami dapat makan bubur ..Selepas kami bermalam di rumah sahabat kami di Nuhas..Terasa terharu dengan layanan yang diberikan budaya 'AKRAMUDDHUYUF' memang tak dapat disangkal lagi ..Sarapan pagi keesokkannya pula yang paling tak dapat kami lupakan ,rasa macam balik kampung je apa lagi kalau bukan(nasi lemak)kan ..Perrggghhh!!!Memang terliur betol nasi lemak orang Tanta ni ..Tangkap lentok punya..Memang best giler..Agenda pagi itu selepas sarapan , ziarah rumah sahabat-sahabat :Rumah Mandub Perak Ustaz Ridhuan Othman (dipelawa makan tengahari di Akhir Hilwa) bak kata pepatah melayu rezeki jangan ditolak musuh jangan pula dicari jadi memang kami tak mampulah nak tolak kan !!Selepas makan tengahari kami meneruskan ziarah kami ke rumah Ustaz Fadhil Sulaiman (Kubri) seterusnya ke rumah Ustaz Shahrul Hisyam (Suk)..Pada mulanya dalam perancangan kami hanya mahu singgah sebentar tetapi memandangkan layanan yang diberikan yang yang kami sukra sekali untuk menolak ...Sebelum kami meneruskan perjalan kami ke Dumyat kami sempat jalan-jalan di Awal Bahr dan Medan Saah yang boleh dikatakan tempat yang agak famous di Tanta..Selepas solat Isya' kami bertolak ke Mansurah ..Kenderaan daripada Tanta terus ke Dumyat tiada jadi kami terpaksa pergi ke Mansurah terlebih dahulu baru bertolak ke Dumyat.


Suasana di Dumyat sedikit sebanyak sama seperti balik kampung ,memang tenang suasana du Dumyat .Di Dumyat kaim bermalam di Singgahsana Ustaz Anas ..Pagi tu ada hujan batu disana sejuk nye memang sukar nak digambarkan ..Memang sejuk sgt.Lepas solat Zohor kami dibawa ke Bour Said (Port Said) tempat yang agak popular di Dumyat banyak pasar-pasar dan kami sempat menikmati makanan SEAFOOD versi Arab punya bolehlah kan ...Setakat nak makan..Sampai malam kami berjalan sebab perjalanan dari Soiidie ke sana makan masa dalam 1 jam juga..Banyak juga barang yanbg dibeli disana.


Keesokkan harinya selepas Solat Jumaat kami dijemput makan kenduri tapi bukan rumah orang melayu tapi orang arab .Memang pengalaman pertamalah kami dijemput kemduri rimah orang arab kan?yang tak dapat kami lupakan tu kenduri tu makan sambil berdiri je tanpa kerusi tapi makanan dia memang "A" lah .sedap betul..Seumur hidup kami tak pernah lagi makan kenduri sambil berdiri.hahaha..Makanan yang paling sedap puding jagung dia memang sedap gilerr..Dalam pukul 3 kami dibawa ke pantai Ra'suba tapi malangnya tempat untuk tengok pertemuan 2 laut di islah pulak kempunanlah kami sekadar dapat tengok tepi2 jelah.


Malam tu kami menziarahi rumah sahabat-sahabat lain :Rumah Ustaz Jamal,Rumah Ustaz Ghazali,Rumah Ustaz Firdaus,Rumah Ustaz Azmi,Rumah Ustaz Saiful Khan .Apa yang kami dapat lihat ukhuwah diantara sahabat-sahabat di Dumyat memang akrab.