Cetusan Atma


Tiada siapa dapat memutuskan pertalian hubungan kekeluargaan antara anak-anak dan ibubapa kerana kasih sayang terjalin begitu utuh dan kukuh.Hamba juga tidak lari daripada ikatan tersebut,entah mengapa beberapa hari yang berlalu semenjak akhir ini mencambahkan rindu yang mendalam pada keluarga tersayang.Adakalanya terbayang senyuman ibu yang tersimpan disebaliknya 1001 rahmat dan ketenangan.Segala tentangnya terus diingati,andai diberi peluang untuk bersamanya akan Hamba habisi dalam pelukannya yang begitu memberi ketenangan.Kata-katanya bagi Hamba terkandung azimat yang penuh dengan makna tersirat.Pengorbanannya tidak tergambar dek fikiran Hamba yang sejengkal ini.
Pengorbanan ayah juga tidak pernah dilupakan ,tidak pernah sekali mengeluh dalam mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak .Biarpun terpaksa bersengkang mata dengan tidak cukup masa makan dan tidurnya.Pernah satu ketika dahulu Hamba berkata pada ayah " Ayah !! Abang nak tengok ayah rehatlah " ..Dengan sayu ayah menjawab " Rehat ayah dalam kubur je abang dan masa tu anak-anak ayahlah yang akan menyambung segala tanggungjawab ayah"..Tiada apa yang harus Hamba berikan cuma Hamba terfikir sejenak mampukah Hamba menjadi seorang insan seperti ayah..
Buat ayah & ibu ,doakan agar anaknda diberikan kekuatan dalam meredahi sisa kehidupan seorang perantau dinegara orang ini.Anaknda akan cuba sedaya upaya merealisasikan segala impian kalian..

No comments: