Perpustakaan Sebagai Cerminan Tradisi


Besarnya peranan, pengaruh ilmu dan hasil penulisan dan besarnya minat dan penghargaan masyarakat terhadapnya tercermin melalui kewujudan perpustakaan yang banyak didirikan masa itu. Buku ternyata mendapat tempat dan nilai yang tinggi sebagaimana dirakamkan oleh pujangga Arab yang masyhur, Al-Mutanabbi:
Tempat duduk yang paling mulia
di dunia inilah adalah pelana kuda
Dan teman yang paling baik
Sepanjang zaman adalah buku

Banyak perpustakaan telah didirikan. Orang yang pertama yang mendirikan perpustakaan di kalangan ummat Islam ialah Khalid bin Yazid (125-126H/743-744 masihi). Khalifah ini telah menyediakan sebuah bilik khas untuk menyimpan bahan-bahan ilmu pengetahuan diistananya. Beliau telah mencurahkan perhatian terhadap buku-buku lama khususnya buku-buku ilmu kimia, kedoktoran dan ilmu kedoktoran. Beliau jugalah yang menyuruh mendatangkan ahli-ahli falsafah Yunani yang berada di Mesir untuk menterjemahkan kitab-kitab ilmu dari bahasa Yunani dan Qibti ke bahasa Arab. Konten yang disembunyikan
Usaha khalifah ini diteruskan sehinggalah zaman khalifah Abu Jaafar Al-Mansur (136-158 H/755-758 masihi) yang terus menggalakkan usaha terjemahan buku asing.Penghargaan terhadap perpustakaan ini bukan sahaja terdapat dikalangan khalifah, para ulamak dan orang-orang bijak pandai sahaja,malah meluas kepada orang-orang awam. Perpustakaan telah menjadi perhiasan rumah dan merupakan suatu kemestian kerana tuan rumahnya menjadi orang yang dihormati dan dimuliakan.Prof. Ahmad Shalaby telah menjelaskan bahawa terdapat 3 jenis Perpustakaan dalam masyarakat Islam ketika itu.

i. Perpustakaan Umum
ii. Perpustakaan separuh-umum
iii. Perpustakaan khusus

PERPUSTAKAAN UMUM

Perpustakaan jenis ini didirikan di masjid-masjid untuk bacaan atau rujukan pengunjungnya atau orang-orang yang belajar di sana. Setelah sekolah-sekolah atau madrasah ditubuhkan, dibina pula perpustakaan untuknya. Perpustakaan umum ini amat banyak jumlahnya dan terdapat di hampir semua masjid dan madrasah. Di antaranya ialah BaitulHikmah, Perpustakaan al-Haidariyah di An-Najaf, perpustakaan Ibnu
Sawwar di Basrah, perpustakaan Sabur, perpustakaan kitab-kitab Wakaf di masjid AZ-Zaidi, Darul Hikmah di Kaherah dan perpustakaan-perpustakaan sekolah.

Baitul Hikmah

Batul Hikmah atau dikenali juga sebagai Khazanatul Hikmah dan Darul Hikmah, adalah gedung ilmu pengetahuan yang telah ditubuhkan oleh Harun al-Rasyid dalam zaman Bani Abbasiah (170-193H/786-809).Kegiatan intelektual yang terdapat dalam zaman khalifah
sebelumnya, terus memuncak dalam zaman khalifah Harun al-Rasyid.Untuk mengekalkan prestasi dan meningkatkan lagi perkembangan intelektual baginda telah menubuhkan Baitul Hikmah ini, yang seterusnya mencapai puncak keagungannya dalam zaman khalifah al-Maamun bin Harun al-Rasyaid (198-218H/813-833 masihi).
Baitul Hikmah ini menjadi tempat golongan intektual golongan intelek Islam menimba ilmu. Ia merupakan perpustakaan yang pertama sekali di dunia Islam yang didirikan untuk kegunaan umum yang mempunyai kedudukan yang tinggi. Malah Baitul Hikmah dianggap tempat berkumpulnya para ulamak dan penyelidik dan pelajar Islam. Ia
merupakan pusat ilmu pengetahuan yang tersebar kepada penuntut ilmu terutama dalam bidang ilmu kedoktoran, falsafah, hikmah dan lain-lain.
Yang menarik perpustakaan ini sudah pun mempunyai sistem pentadbiran yang cekap. Buku-bukunya dibahagikan mengikut koleksi bahasanya; seperti Koleksi bahasa Arab, Parsi, Yunani, Suryani, Latin,Hindi, Qibti dan sebagainya. Kemudian dalam golongan bahasa itu dibahagikan pula kepada bidang-bidang ilmu seperti ilmu falsafah,
perubatan, matematik, ilmu pertanian, kaji hayat, kimia, akhlak, mantiq,falak, astronomi dan lain-lain.Baitul Hikmah ini juga menjadi pusat penterjemahan. Faktor agama dan bangsa tidak mengikat pergerakannya. Misalnya Yuhanna bin Musaiwaih, ketua Baitul Hikmah yang dilantik oleh khalifah, adalah seorang kristian dan berbangsa Suryani. Seorang lagi penterjemah,Abu Sahl al Fadl, pula adalah seorang berbangsa Parsi. Tugas pegawai perpustakaan ketika itu disamping menterjemah, bertanggungjawab
juga mengurus penyusuuan katalog buku-buku yang telah dijilid,
penggunaannya, pinjaman dan pemulangannya.

PERPUSTAKAAN SEPARUH UMUM

Perpustakaan ini didirikan oleh khalifah-khalifah dan raja untuk mendekatkan diri kepada ilmu pengetahuan atau untuk memperlihatkan bahawa mereka adalah ahli ilmu pengetahuan. Hanya golongan tertentu sahaja yang boleh mengunjunginya dan mereka perlu mendapat keizinan yang khusus terlebih dahulu. Nicholson pernah menulis bahawa Ibnu Sina hanya boleh memasuki perpustakaan Samaniyin sesudah mendapat keizinan. Perpustakaan-perpustakaan separuh umum yang lain ialah perpustakaan An-Nasir Li-Dinillah, Al-Musta’sim Billah dan perpustakaan-perpustakaan khalifah-khalifah Fatimiyin.

PERPUSTAKAAN PERIBADI

Perpustakaan jenis ini didirikan oleh para ulamak dan sasterawan khusus untuk keperluan rujukan sendiri. Jumlahnya amat banyak diantaranya ialah perpustakaan-perpustakaan Al-Fat-hu Ibnu Khaqan,Hunain Ibnu Ashaq, Ibnul Khasysyab, Al-Muwaffaq Ibnul Matran,Jamaluddin al-Qifti, Al-Mubasysyir, Ibnu Fatik, Fraim az-zaffan dan
Imanuddin Al-Isfahani.Semua perpustakaan Islam yang ternama diuruskan dengan
sistematis oleh petugas-petugas khas yang digaji oleh pemiliknya ataupun dari hasil wang atau harta wakaf. Selain ketua/pemimpinperpustakaan terdapat juga para penterjemah, para penjilid buku dan para pembantu lain (para munawil)yang bertugas sebagai penunjuk dan penghantar buku kepada para pengunjung.
Perpustakaan yang menjadi pusat dan lambang ilmu dan bukti tradisi ilmu dan penulisan Islam yang menjadi kebanggaan ummat Islam hampir semuanya telah musnah. Khazanah Islam yang tidak ternilai ini dimusnahkan sendiri oleh ummat Islam sendiri kerana kelalaian dan perang serta fahaman ideologi yang sempit.Baitul Hikmah, misalnya tidak mendapat perhatian yang sewajamya dari khalifah-khalifah sesudah khalifah Al-Ma’amun.Kemusnahan peperangan dan rusuhan dalam negeri telah memalapkan
cahayanya sehinggalah ia dimusnahkan terus oleh orang-orang Tartar yang menyerang kota Baghdad pada 1258.Khalifah Bani Abbas yang memerintah ketika itu, al-Mus’tasim telah dibunuh oleh Hulako dan kota Baghdad pun runtuh bersama-sama dengan
Baitul Hikmah.
Selain itu, perpustakaan-perpustakaan yang didirikan oleh khalifah-khalifah Fatimiyin di Kaherah, yang dianggarkan mengandungi hampir 2 juta buah buku telah dimusnahkan oleh orang-orang Turki dalam zaman al-Mustansir, dengan membakar, membuangkannya di padang pasir dan sungai Nil kemudian menimbuskannya dengan pasir. Sisa-sisa buku ini telah cuba diselamatkan oleh Badr al-Jamali, tetapi Sultan
Salahuddin Al-Ayubi dari kerajaan Ayubiyah yang menggantikan kerajaan Fatimiyah telah memusnahkannya kerana khuatir isi kandungannya tidak sealiran dengan mazhab ahli sunnah

No comments: