Sebuah Komentar


Niat dihati untuk rehat seketika ,kerana ingin memberikan perhatian kepada peperiksaan yang masih bersisa lagi 5 subjek.Tetapi memandangkan agak lesu laman ini,tergerak pula hati Hamba untuk berbicara sedikit.
Tajuk posting Hamba " Sebuah Komentar " bukan hanya sekadar tajuk namun ada kisah disebalik kisah.Seorang teman berbicara bersama dan dia telah menyuarakan sebuah komentar yang agak ringkas tetapi isinya dapat membina pada pandangan Hamba.Ini komentarnya yang berbunyi " Blog enta tu,guna bahasa agak tinggi sangat ,itu yang ramai tidak faham tentang apa isi yang ingin disampaikan.Hamba sambil tersenyum dan cuba berfikir sejenak tentang komentar darinya .
Apakah dianggap satu kesalahan jika pertuturan Hamba disini yang terpelihara bahasa dan penyampaiannya,atau sebuah penulisan blog memamg seharusnya menggunakan bahasa pasar ataupun menggunakan perkataan singakatan seperti dalam SMS.Hamba telah cuba menjejaki beberapa blog sahabat seperjuagan blogger yang lain.Rata-rata mereka lebih selesa menggunakan bahasa seperti didalam perbualan harian.
BLOG adalah merupakan milik peribadi dan pemiliknya boleh melakukan apa sahaja yang diinginkan selagimana perbuatannya tidak sampai melampaui batas.Walaupun begitu,Hamba ucapkan terima kasuh kerana sahabat Hamba berani melontarkan komentar.Usah takut untuk bersuara bahkan itu adalah jalan yang terbaik daripada terus dipendamkan dan menjaja ke serata tempat.
Insya ALLAH selagimana Hamba mampu untuk memperjuangkan bahasa Hamba ,Hamba akan terus memperjuangkannya sehingga titisan darah yang terakir.

No comments: