Luasnya Neraka Allah



Kita selalu mendengar tentang seksaan neraka Allah S.W.T tetapi pernahkah kita membayangkan betapa pedihnya azab seksaan tersebut? Kita selalu berdoa, “Rabbana atina fi ad-dunya hasanah, wa fi al-akhirat hasanah,waqina azab an-nar”, tetapi pernahkah kita terfikir betapa pentingnya doa tersebut? Pernahkah kita terfikir samada mampukah kita menanggung azab seksaan Allah? Di bawah diceritakan kedahsyatan api neraka Allah.Telah dikisahkan bahawa Jibril datang kepada Nabi S.A.W pada waktu
yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi S.A.W: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya
Muhammad, aku datang kepadamu disaat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu Nabi S.A.W bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka
dinyalakan selama seribu tahun,sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi
Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,andaikan satu pergelangan dari rantai
yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan
cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di
hujung timur kerana sangat panasnya,Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api."
Api neraka itu ada tujuh pintu,tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi S.A.W bertanya:
"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak,tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.:"Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibril: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik,dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa A.S serta keluarga Fir'aun sedang
namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam
tempat orang nasara bernama Sa'eir."Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah S.A.W sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Dalamnya
orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka Nabi S.A.W jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi S.A.W dipangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi S.A.W bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah
ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya:"Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu." Kemudian Nabi S.A.W menangis,Jibril juga menangis, kemudian Nabi S.A.W masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan apabila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yang Lalai")
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang
hitam pekat
Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

No comments: