Dimanakah posisi generasi muda akan datang



Semakin hari pelbagai pergolakkan yang berlaku samada didalam mahupun luar Negara ,namun yang pasti setiap pergolakan yang berlaku akan ada kesannya dari sudut persekitaran mahupun pemikiran.Bukan semua orang menyedari akan perihal ini,hanya mereka yang sering mengikuti gelombang arus semasa akan terfikir apakah yang bakal berlaku pada masa hadapan.
Rata-rata daripada pengkajian dan sedikit pembacaan Hamba penerapan nilai-nilai murni akhlak Islamiah sudah pudar didalam kehidupan masyarakat hari ini.Sudah kabur dalam membezakan diantara satu keperluan atau kepentingan bukan sekadar itu sahaja bahkan sikap tanggungjawab pada diri sendiri,keluarga dan masyarakat dipandang sepi tanpa sekelumit perasaan ingin memikirkan pengakhiran natijahnya.
Laporan berita diseluruh media massa ,media cetak mahupun media elektronik kini hanya menampakkan untuk mencari kepentingan masing –masing sekalipun terpaksa menindas bangsa dan agama sendiri.Tidak mustahil satu masa nanti ,fungsi generasi muda akan datang akan pupus ditelan arus kemodenan yang semakin lama menjerut kehidupan masyarakat sendiri.
Perjalanan dunia politik juga dilihat sudah sampai untuk tunduk kepada kebenaran yang hakiki.Tidak guna untuk teruskan menegakkan benang yang basah.Sudah terang lagi bersuluh akan kotor dan jijiknya politik semasa negara ,hanya dengan mempunyai kuasa dan pengaruh segalanya mampu dimiliki.Bertopengkan ingin member seluruh kesenangan dan kepentingan sara hidup yang terjamin kepada rakyat ,walaupun pada hakikatnya rakyat dan orang bawahan terus dipergula-gulakan dengan omongan kosong meraka.Seakan menanam tebu dibibir segalanya nampak indah namun realaitinya tidak langsung memberikan apa-apa manfaat.Hak rakyat kian diperjudikan oleh syaitan yang hanya bertopengkan manusia.
Laungan perpaduan dijadikan sebagai simbol seperti rakyat dan masyarakat diutamakan ,biarpun pada dasarnya hanya sekadar mengaburi mata mereka yang hanya hidup dengan berkiblatkan keseronokkan dan kezaliman.Sehinggakan sanggup menghalalkan perkara yang telah dilarang oleh ALLAH SWT seperti judi ,arak dan sebagainya.
Jika keadaan seperti ini berterusan berlaku tanpa dibendong ,posisi golongan muda akan datang sudah tentu tiada satu kepastian.Generasi muda juga hari ini perlu mempersiapkan diri dengan sebanyak mungkin kelengkapan diri bukan hanya dari sudut pengetahuan semata-mata bahkan kekuatan rohani agar tidak mudah diBELI dengan hanya sekeping kertas berangka yang hari ini menjadi salah satu tempat pergantungan manusia.Oleh kerana yang sedemikian Hamba berharap agar ,generasi muda hari ini tidak menjadi katak dibawah temperung ,malas dan hanya berada dalam ruang lingkup kehidupannnya sahaja.Janganlah begitu selesa kerana dengan keselesaan itulah nanti yang bakal menghancurkan kita .

No comments: