Ukhuwah Yang Terjalin



Implikasi sebuah ikatan ukhuwah yang dibina atas dasar keikhlasan yang murni bisa menatijahkan satu impak yang besar.Oleh kerana itulah kepentingan dalam ukhuwah bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng.Ikatan ukhuwah yang terjalin dengan penuh kepercayaan dan kejujuran sudah pasti akan melahirkan satu sikap tolong menolong sekaligus dapat mempertingkatkan lagi tenaga kerja didalam lapangan dakwah realiti kini.
Berapa ramaikah dikalangan kita mampu mengenali sahabatnya bukan hanya sekadar mengetahui nama dan tempat tinggal sahaja bahkan mengenali segala maklumat latar belakangnya ataupun didalam erti kata yang lebih mudah sekiranya diperlukan segala perincian maklumat butiran peribadi sahabat kita,kita mampu memberikan dengan selengkapnya.Namun terlalu sedikit perkara seperti ini,kerana apa yang berlaku perihal sebegini,ini kerana adalah keperluan ukhuwah dalam mentaliti masyarakat sekarang tidaklah sebegitu penting .
Sedarlah kalian semua ,dalam medan perjuangan untuk memartabatkan Islam dan ingin mengembalikan khilafah Islamiah sudah pasti ikatan ukhuwah sesama kita perlu dipertingkatkan .Tidak perlu rasa malu untuk memperkukuhkan ukhuwah bahkan perlu rasa sebagai satu keperluan dalam lapangan dakwah.Ini kerana berkembangnya Islam ketika zaman kegemilangan Rasulullah SAW dahulu bukan hanya kerana diri Baginda sahaja bahkan dengan usaha gigih sahabat-sahabat Baginda tanpa sekelumit keluhan dalam memperjuangkan Islam .

No comments: