Nahdatul Lughah
BicaraAlpha:HambaMusafir
Tak siapa sangka sejarah ketamadunan sesuatu bangsa berkait rapat dengan perkembangan bahasa.Cuba kita bayangkan seketika jika kehidupan seharian manusia ini tanpa ada bahasa sudah tentu hidup manusia tidak bererti ,ini kerana dengan bahasa manusia dapat berhubung,berbicara,dan pelbagai aktiviti seharian manusia berhajat kepada bahasa itu sendiri.
Begitu juga sejarah perkembangan bahasa Arab ,jika semua kita mengetahui akan perjalanan perjalanan bahasa Arab sudah pasti kita akan kagum dengan pemikiran orang yang terdahulu daripada kita .Peredaran setiap zaman dalam bangsa Arab mempunyai nilai seni bahasa mereka yang tersendiri.Sehinggakan sampai suatu ketika mereka terlampau menyanjungi penyair-penyair yang mampu menghasilkan syair yang tinggi maksudnya dalam imaginasinya .
Ketika inilah lahirnya penyair seperti Hasan bin Thabit,Umru Al-Qais,Antarah,An-Nabighah dan ramai lagi yang mana setiap daripada mereka mempunyai seni bahasa yang tersendiri menyebabkan syair mereka mudah diketahui orang ramai.Keasyikan mereka dalam memanfaatkan bahasa sukar sekali untuk digambarkan,seni bahasa yang mereka gunakan dalam setiap penulisan mampu menyentuh perasaan dan meluluhkan hati siapa yang dapat membaca dan memahaminya .
Perkembangan bahasa arab telah dibahagikan dlam beberapa zaman seperti Asrul Jahili,Asrul Abasi,Asrul Umawi,Sodrul Islam dan Asrul Hadis.Pembahagian penyair-penyair Arab juga telah dikelasifikasikan didalam kitab Tobaqotussyuara karangan oleh Ibnu Salam.Yang mana pembahagian yang telah dibuat oleh Ibnu Salam berdasarkan seni bahasa ,gaya penyampaian dalam setiap syair yang telah ditulis .Dengan ini dapatlah kita simpulkan sesungguhnya bahasa bukanlah satu perkara yang hanya mengisi tempat yang kosong sebaliknya ia adalah perkara tunjang dalam memastikan nilai ketamadunan sesuatu bangsa dan zaman.
No comments:
Post a Comment