Swadaya Paradigma


Kebanjiran golongan cerdik pandai sebenarnya mampu untuk melakukan sebuah tranformasi yang bernas samada dari segi perlaksaan ataupun tenaga kerja .Namun begitu bukan semua orang yang pandai mampu mengadapatasikan kepandaian dan kebijakkannya seiring dengan kefahaman masyarakat sekeliling.Oleh kerana yang sedemikian ,untuk melaksanakan sesuatu perubahan haruslah ditimbang tara kesan dan kekuatan perlaksanaan tersebut agar tidak tersasar jauh daripada objektif dan haluan sebenar dasar yang ingin diperjuangkan.
Seperti contoh paling mudah ,penggunaan laman-laman sosial yang semakin hari diminati oleh seluruh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira peringkat umur dan profesion samada golongan yang terpelajar mahunpun sebaliknya.Jika betul penggunaannya maka pasti akan mendapat manfaat yang besar dan mampu mendatangkan impak yang besar begitu juga sebaliknya.Realiti kini laman-laman sosial digunakan untuk melepaskan fitnah,menghambur kata-kata kesat sekaligus mengundang pelbagai pertelingkahan.Ada sesetangah orang berpendapat laman seperti ini wajar diwujudkan agar dapat menghubungkan tali persaudaraan dan menguatkan tautan ukhuwah .
Persoalannya adakah ia benar-benar berlaku ataupun sekadar manisan yang hanya meniti dibibir supaya sedar didengari dan hakikatnya untuk berselindung disebalik keburukannya yang lebih dahsyat daripada itu.Dalam memastikan swadaya paradigma terpelihara dengan sentimen yang bisa meracuninya sewajarnya ia perlu dilentur dengan acuan yang terbaik tidak lain dan tidak bukan berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

No comments: