Kewujudun Laman Syabab Al-Qahiriey ini adalah sebagai perkongsian untuk kita bersama.Semoga segala yang terkandung didalamnya bisa dimanfaatkan bersama.Teguran dan nasihat dialu-alukan demi membina dan memperbaiki lagi kelemahan yang ada.Bukan kerana NAMA hamba berkelana,Bukan kerana GELARAN hamba berwacana ,Bukan juga kerana ATMA hamba berbicara tapi kerana AGAMA hamba laksanakan segalanya..
Saksi Bisu Dinding
Tajuk posting Hamba kali ini bunyi agak pelik kan ? Apa kaitan Saksi dan Dinding namun tajuk ini mempunyai simboliknya yang tersendiri .Ungkapan ini juga boleh dikaitkan dengan beberapa isu yang berlaku seputar beberapa minggu kebelakangan akhir-akhir ini.
Disebalik dinding pelbagai rahsia dan stratergi diatur samada untuk menjatuhkan seseorang mahupun untuk meninggikan seseorang .Biarpun hanya terpisah disebalik dinding manusia mampu untuk memanipulasikan pelbagai keadaan dan situasi yang berbeza.Bayangkan seketika jika dinding mampu untuk berkata nescaya Hamba yakini ,saksi yang paling ampuh dan mampu membuktikan kebenaran sebenar adalah dinding tersebut.Namun itu hanyalah sekadar andaian belaka ataupun fantasi dibenak minda Hamba.
Pelbagai muslihat dan helah difikirkan demi merealisasikan kepentingan masing-masing samada terpaksa menindas orang lain ataupun sebaliknya.Manusia adakalanya ketika dipengaruhi dengan hasad dengki segalanya sudah tidak menjadi masalah biarpun terpaksa membuka keaiban orang lain walaupun darah daging sendiri apatah lagi orang lain.
Hanya disebalik dinding cacian dan celaan dihamburkan dengan penuh dusta dan nista oleh ramai manusia.Apabila keangkuhan mula merajai jiwa ,segala pertimbangan hanya dipandu oleh amarah yang marak dengan api keegoan.Oleh kerana itu,saksi bisu dinding telah menyimpan pelbagai cereka dan cerita yang berpaksikan pelbagai variasi penceritanya ,samada merungkai sebuah kejahatan ataupun melakar warna kebaikan yang tidak terjangkau dek paradigma manusia yang hina.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment