Kewujudun Laman Syabab Al-Qahiriey ini adalah sebagai perkongsian untuk kita bersama.Semoga segala yang terkandung didalamnya bisa dimanfaatkan bersama.Teguran dan nasihat dialu-alukan demi membina dan memperbaiki lagi kelemahan yang ada.Bukan kerana NAMA hamba berkelana,Bukan kerana GELARAN hamba berwacana ,Bukan juga kerana ATMA hamba berbicara tapi kerana AGAMA hamba laksanakan segalanya..
Manusia Jenis Apa Nie ??
klik play atau URLnya
Hamba mendapat satu sebaran video dilaman sosial Facebook baru-baru ini dari seorang sahabat sekaligus ini membuatkan Hamba terfikir untuk memberi sedikit respon tentang ini.Hamba tidak pasti sumbernya daripada mana ,siapa cameramannya,dan siapa pula penulis skripnya,dan siapa pengarahnya dan yang paling penting siapa pencetus ideanya cuma apa yang pasti dapat Hamba klasifikasikan ialah semua yang terlibat dalam penghasilan video ini adalah golongan orang yang kurang berakal dan boleh dikategorikan sebagai haiwan.Bunyi macam kasar dan agak keras tapi itulah hakikatnya yang selayak bagi mereka.Perihal ini telah dinyatakan didalam AL-Quran yang mafhumnya apa apabila segala deria yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T kepada kita ini tidak dimanfaatkan untuk kebaikan manusia itu lebih hina daripada binatang .Jadi tidak salah jika gelaran itu layak untuk mereka.
Hamba tidak pasti adakah mereka mendapat kepuasan bilamana mereka dapat menghina Islam,menghina Nabi,menghina Ulama' .Pandangan mereka telah dukaburi dengan nafsu yang mencanang kehendak mereka untuk melawan arus batasab syariat Islam.Seolah-olah kehidupan mereka didunia ini kekal selamanya.Akhir-akhir ini pelbagai sindiran dan tohmahan kepada Islam dilemparkan tidak kira dari orang luar mahupun dari kalangan orang ISLAM sendiri.
Kenapa ini harus berlaku ? Adakah ini kerana salah pemimpin ? Ataupun masih kurang ilmu pengetahuan ?Adakah kecanggihan dengan pelbagai kewujudan teknologi hari ini meransang gejala seperti ini ? Rata-rata masyarakat hari ini lebih selesa mengambil langkah berpeluk tubuh sambil memerhati sahaja dengan beralasan selagimana ianya tidak mengganggu kehidupan mereka maka tidak perlu untuk melibatkan diri.
Mentaliti dan pemikiran yang sebegini sebenarnya menjadi racun dalam pembentukkan fikrah dan syakhsiah masyarakat kini .Natijahnya kita boleh lihat sekarang ketidak seimbangan hidup samada yang berada dibandar mahupun luar bandar.
Hamba lebih suka mengaitkan perkara yang terjadi hari ini dengan sejarah lampau.Cuba kita amati dan mengkaji apakah dengan kemodenan yang berada hari ini mampu untuk menjamin kehidupan dunia dan akhirat kita .Jika tidak pasti kalian lebih tahu apa yang sepatutnya kalian harus lakukan...
Sesungguhnya Islam Memacu Perubahan bukan Perubahan Memacu Islam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aku rasa mamat yang buat video ni memang cakap benda betul pun.
sebab dia kan...
1) pernah tengok syurga
2) pernah explore seluruh alam semesta sampai ke hujung cakerawala
sebab tu dia berani kata kat langit takde syurga. Ye la, kalau tak tau rupa syurga tu camana, atau tak pernah pun keluar dari planet bumi, kira bodoh la kalau berani claim kata takde syurga kata langit kan?
atau dia memang bodoh? entah la...
Moga dia sempat bertaubat..
Post a Comment