Taklifan
LuahRasa:HambaMusafir
Sudah lama rasanya entry ni kosong,lama tak di update .Bukan tak teringin nak menjengah tapi terlalu sempit rasanya masa untuk Musafir ziarah teratak ini.Namun begitu bukanlah niat Musafir menjadikan itu sebagai alasan,kerana orang yang suka memberi alasan hanya sekadar menanam tebu dibibir( petah berkata tetapi kureng dalam berkerja).
Setiap orang ada pandangan untuk menyuarakan sesuatu perkara ,begitulah juga pandangan segelintir individu mengenai " PENTAKLIFAN".Ada ramai yang takut untuk menerima taklifan ada pula sedia menerima taklifan.Bagi Musafir sendiri taklifan dapat membentuk diri seseorang dalam berfikir dalam bertindak,berdisiplin dalam berkerja dan berhati-hati dalam membahagikan masa.
Satu masa dahulu ,Musafir pernah diberi kepercayaan untuk menerima pentaklifan
dalam menerajui sebuah sekolah agama.Mungkin nampak macam simple je bunyi tapi memang satu tugas yang berat sebenarnya,untuk menguruskan pentadbiran sekolah yang seolah hampir lenyap dan berbekalkan pula dengan ilmu yang cetek.Tetapi berkat dengan sokongan keluarga tercinta ,orang tersayang dan sahabat seperjuangan .Agak gusar juga pada permulaan ,walau bagaimanapun agak lancar bila sudah memahami selok beloknya.

Kini ,Musafir menerima taklifan yang agak sukar juga .Jika dahulu Musafir memimpin pelajar sekolah berbeza pula kali ini kerana Musafir diberi kepercayaan memimpin sebuah Unit Penulisan .Sudah tentulah ahli-ahlinya hebat belaka ,al-maklumlah pelajar Universiti kan bukan sama dengan pelajar sekolah.Sukar juga dengan pentaklifan ini,Musafir menerima pentaklifan ni sebagai 1 amanah .semoga dengan perantaraan ini dapat mematangkan Musafir untuk terus meneruskan perjalanan di muka bumi Allah ini.
No comments:
Post a Comment