Just Think





Sabar

CetusMinda:HambaMusafir

“Inilah sebahagian sifat mahmudah..Yang patut ada pada diri kita ..Susah dimiliki payah dijaga..Hanya yang punya mereka bermujahadah..Hanya yang punya mereka yang bermujahadah

Sifat mahmudah bukan satu ,di antaranya sabar.Hari ini kita dapat lihat sendiri dari kacamata kita kemudharatan dan juga kemusnahan yang berlaku atas muka buni ini ,adalah berpunca kerana tiada sifat sabar dalam jiwa kita.

Dengan ketiadaan sifat inilah yang membuatkan kita memberontak,hilang kawalan emosi, dalam masa yang sama kita terlanjur melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah S.W.T .Perpecahan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini,bukan kerana lain tetapi hanya kerana tidak sabar sedangkan Allah telahpun mengingatkan kita supaya tidak bertelingkahan sesame sendiri.Firman Allah S.W.T :

واعتـــــــــــصموا بـــــحبل الله جميعا ولا تــفرقوا

“berpeganglah kamu semua dengan tali Allah ( silaturrahim) dan janganlah kamu berpecah belah”

Peringatan sudah diberi tapi semakin hari semakin bertambah-tambah perbalahan dan perpecahan berlaku.Jika kita dapat bersabar dalam apa jua keadaan mana mungkin kehidupan hari ini kucar kacir.Tak rugi sebenarnya jika kita bersabar ,namun berapa kerat sangat yang menyedari hal ini.Bila ditegur terus sahaja melenting,bukan nak menerima inilah wabak yang semakin menular dalam paradigma masyarakat khususnya REMAJA.

Kenapa Musafir katakan remaja?Segala gejala sosial yang berlaku kerana mereka tidak ada sabar dalam diri.Bila ditimpa masalah sahaja ,yang mereka nampak dadah,ganja,perempuan ,perlumbaan dan segala yang bersangkutan dengan benda-benda pelik lagi yang tak pernah dibuat orang.Pernah sekali Musafir berbual dengan mereka ,bertanyakan kenapa ambil ganja :-

Musafir:Best ke benda tu ?

Remaja :Ehh abang best gilerr.

Musafir : Dah lama ke layan benda ni?Jomlah kita pergi sembahyang dulu?

Remaja : Ahli seumur hidup bang.Alah bang kalau semua g sembahyang dapat masuk

Syurga,siapa lak nak masuk neraka??takkan nak biarkan kosong je kan.

(sambil tergelak…..)

Jawapan yang terjangkau di minda kita tapi itulah realitinya hari ini apakah yang dikatakan bila sifat sabar tu sudah lenyap dari sanubari kita.Kemuliaan sifat sabar ini terlalu banyak diceritakan dalam Al-Quran diantaranya :

فــــــــــــــــــصبر جــــميـل

“sesungguhnya sabar itu cantik”

Surah yusuf




Masing-masing sudah ada akal untuk berfikirkan ???

No comments: