~ Bisikan Hamba~

:.Sirna .:
Ilham Minda:Musafir
Seruan azan memecah kesunyian pagi,
Hembusan dingin meyapa tubuh diri,
Terasa sepi dikala ini,
Semua hamba bertafakur ke hadrat ilahi,
Diatas hamparan sejadah menjadi saksi,
Meminta dan berdoa pada ilahi,
Mengharungi perjalanan di muka bumi suci ini,
Bumi yang tercipta sejarahnya tersendiri,
Permulaan kisah seorang nabi,
Perjalanan hidup seorang pemerintah yang dimurkai,
Termaktub dalam kitab suci,
Dalam diam otak ini memikiri,
Bagaimana ketabahan seorang nabi ,
Berhadapan dengan orang yang dikeji,
Tak siapa dapat membaca ketentuan ilahi,
Pentarbiahan seorang Nabi,
Dan juga pengajaran untuk yang dilaknati,
Sesungguhnya hati ini,
Terlalu bersyukur dengan percaturan ini,
Mengizinkan diri hambaMU ini,
Menuntut ilmu di Ardhul Qudsi,
Kerana di sini hambaMu mengerti,
Dan menerima segala ketentuan ilahi,
Kerana di sini hambaMu memahami ,
Betapa kerdilnya diri,
Kerana di sini hambaMU diuji,
Membina kesabaran dan kecekalan hati,
Syukran Ya Rabbi....

1 comment:

noor hafhizah said...

jaga diri di tempat org..jgn nakal2..ahaks....!!