Budaya Memuja Maksiat
Cetusan Rasa : Musafir
Manusia adalah ciptaan yang dibekalkan oleh Allah dengan persaan ,tabiat dan kecenderungan semulajadi .Sudah menjadi fitrah kejadian manusia ,jiwa dan perasaan manusia perlu disahut dengan kehendak-kehendak sebagaiman manusia memberikan hak-hak tertentu kepada akal dan tubuh badan.
Namun begitu apabila jiwa dan naluri manusia tidak diletakkan atau disahut dengan kecenderungan ia akan cepat memberontak lantas kehidupan tidak tenteram .
Pengiktirafan naluri manusia seperti Firman Allah yang bermaksud " dihiaskan kepada manusia ,kecintaan pada benda yang di inginkan nafsu,iaitu perempuan ,anak pinak ,harta benda yang berpikul-pikul (banyak) dari emas dan perak ,kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih,dan binatang-binatang ternak serta kebun tanaman .Semuanya itu hanyalah kesenangan hidup didunia dan ingatlah di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya"
Kerana ketentuan inilah insane memerlukan kekuatan iman untuk mendorong naluri mereka agar tidak terjerat dalam kancah kehinaan dan cerun kebinasaan.Apa yang dapat kita lihat hari ini,ramai insan yang memesongkan naluri mereka dalam hawa nafsu semata-mata.Kehidupan insan hanya mengqiblatkan keinginan hawa nafsu dan mementingkan diri sendiri sahaja ,untuk kata yang lebih kasar lagi kini apa yang berlaku pada umat Islam adalah "Budaya Memuja Maksiat"
Sejarah ketamadunan manusia ,memang tak dapat lari dari hiburan (seni) .Walaupun begitu adakah hiburan yang kita lalui hari ini berlandaskan hukum& syara’ ?jawapannya sudah tentu sekali tidak bukan ?Dengan percampuran antara lelaki dan wanita,minuman yang memabukkan dan mengkhayalkan dan banyak lagi unsur – unsur yang bertentangan dengan Islam .
Satu ketika dahulu kita sendiri pernah digemparkan dengan "Black Metal".Puncanya tidak lain dan tidak bukan datangnya daripada hiburan .Ini kerana apabila hiburan tersebut melampaui garis panduan yang ditetapkan oleh hokum dan syara’ maka akan lahirlah generasi yang terpesong akidahnya sekaligus sampai sanggup membakar Al-Quran ,memijak Al-Quran ,memuja syaitan .Perbuatan sedemikian 1 perbuatan yang terkutuk apatah lagi orang Islam sendiri yang melakukannya.
Fenomena yang kita hadapi sekarang,kanak-kanak yang masih kecil lagi telah didedahkan dengan hiburan .Pelbagai jenis program yang diaturkan semata-mata kerana ingin menjerut pemikiran kanak-kanak ini dalam Thoriqah yang sesat lagi menyesatkan.
Yang lagi menyedihkan ibubapa mereka pula bangga dengan apa yang anak-nak mereka lakukan.Mana mungkin cara ini akan dapat melahirkan generasi ulama’ bahkan tidak mustahil 1 hari nanti merekalah yang akan berani menentang ulama’.Kepincangan yang berlaku dalam Zihen umat hari ini telah kusut dan kalut ,apa yang kita dapat definasikan umat Islam hari ini telah mencampakkan agama mereka sendiri dalam binasa.
Atas dasar inilah kita yang Allah campakkan sedikit kerisauan atas mereka semua harus memikirkan dan bersedia untuk terjun dalam lautan masyarakat sekaligus berjuang untuk memerangi budaya memuja maksiat ini kepada membentuk budaya memperjuangkan Islam
No comments:
Post a Comment