Kewujudun Laman Syabab Al-Qahiriey ini adalah sebagai perkongsian untuk kita bersama.Semoga segala yang terkandung didalamnya bisa dimanfaatkan bersama.Teguran dan nasihat dialu-alukan demi membina dan memperbaiki lagi kelemahan yang ada.Bukan kerana NAMA hamba berkelana,Bukan kerana GELARAN hamba berwacana ,Bukan juga kerana ATMA hamba berbicara tapi kerana AGAMA hamba laksanakan segalanya..
Atma Ini..
Entah kenapa ketika mana Hamba membelek kitab-kitab yang perlu dihabiskan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan tiba-tiba terpanggil untuk membuka satu sampul yang agak lama dalam simpanan.Isi dalam sampul tersebut adalah gambar-gambar sewaktu kali pertama Hamba menjejakkan ke bumi anbiya' ini.
Tanpa dipinta titisan jernih mula menampakkan diri,sayu melihat gambar-gambar tersebut kerana ukhuwah yang kami bina satu masa dahulu sudah mula pudar dan masing-masing membawa haluan sendiri.Dan paling memilukan adalah apabila menatap gambar sewaktu Hamba dan sahabat-sahabat yang lain menjalani Kursus BTN di UK 3 tahun lepas termasuklah dalam gambar tersebut arwah Hafizul Husna yang telah pergi meninggalkan Hamba untuk selamanya.
Ada juga sahabat-sahabat yang bersama-sama datang ke sini sudah pulang ke Malaysia atas beberapa sebab yang tidak dapat diatasi dan ada juga yang sudah berkeluarga dan cahaya mata.Entah mengapa air mata ini sukar sekali untuk berhenti seakan memahami gelora jiwa yang sedang membungkam diselaputi derita nestapa.
Masih segar dibenak fikiran janji yang pernah termateri antara kami " KITA DATANG SAMA-SAMA BALIK NANTI PUN MESTI SAMA-SAMA " namun kini janji tersebut seakan terbang dibawa angin Mounsun Timur Laut.Segala kenangan yang pernah tercipta antara kita tidak Hamba lupakan samada kalian masih mengingati Hamba ataupun sebaliknya.Ketahuilah sahabatku ,diri ini merindukan ukhuwah yang kita pernah pertahankan satu ketika dahulu ..Maafkan diri ini seandainya Hamba ada melukakan hati sahabat semua.
Biarpun tidak terluah dengan kata-kata yang indah ,hanya airmata menjadi teman setia ketika mana Hamba sedang menulis posting ini.Semoga kita semua berjaya dalam apa jua yang kita perjuangkan dan inginkan ..Dimana sahaja kita berada tiada siapa yang bisa mengubah diri kita tanpa kita sendiri yang mengubahnya .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment