Tazkirah Mingguan : Ujian Dan Amanah


Alhamdulilah dikesempatan yang masih terluang ,Hamba dapat menghadirkan diri dalam program mingguan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir yang lebih dikenali dengan Ehya' Ul Jumaah..Seperti biasa yang dilakukan di masjid-masjid bacaan Yaasin pada malam jumaat cuma disini ada sedikit pengisian rohani iaitu tazkirah yang akan disampaikan oleh anak-anak Perak sendiri.
Tazkirah yang telah disampaikan oleh Ust Mohd Tajul Urus bagi Hamba cukup membuka minda dan agak ringan pembawakkannya.Diantara yang disampaikan adalah hakikat kita sebagai seorang Hamba Allah tidak lari daripada ujian bukan setakat ujian didunia bahkan diakhrat kelak .Setiap ujian yang diharungi sudah pasti akan ada nilaian disisi Allah SWT cuma apa yang diingati setiap manusia tidak akan sama ujian yang akan ditempuhinya.
Beliau juga mengingatkan semua yang hadir dengan pengumpamaan bahawa orang yang kuat bukanlah orang yang mengikut nafsu amarahnya ketika dia sedang marah tetapi adalah orang yang mampu mengawal kemarahannya ataupun dalam erti kata lain bersabar dalam setiap perkara barulah boleh dianggap orang yang gagah.
Disamping itu juga,kehidupan manusia didunia bukan jaminan untuk kita terus kekal selamanya disini namun sebaliknya dunia hanya tempat persinggahan sementara kita dan selayaknya kita manfaatkan sebaik mungkin peluang ini untuk melakar kehidupan indah di akhirat kelak .
Pada malam itu juga,diadakan majlis khatam Al-Quran dan penyertaan daripada anak-anak Perak amat membanggakan samada daripada kalangan mahasiswa mahupun mahasiswi.Turut hadir malam tersebut Tun Hairul Nizam yang membacakan doa penutup Khatam AL-Quran .

No comments: