Kekuatan Sebenar Kita ..

Penilaian manusia kini mentakrifkan kekuatan dengan pelabagai tafsiran yang berbeza sebahagian daripada mereka beranggapan dengan mempunyai kecanggihan teknologi senjata perang adalah kekuatan ,dan ada juga yang mengatakan dengan tubuh badan yang sihat adalah kekuatan yang sebenar dan pelbagai bagi pandangan mereka terhadap nilaian sebuah kekuatan.

Telah dinyatakan oleh Allah S.W.T didalam Surah Al-Anfal :




60. Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

Penafsiran Ibnu Abbas dalam ayat ini mengenai kekuatan adalah senjata dan kekerasan [ ketegasan ] namun begitu dalam pendapat yang lain telah mengatakan intipati dalam ayat ini adalah peringatan daripada Allah S.W.T untuk mempersiapkan diri menentang musuh dan kekuatan umat Islam yang dimaksudkan itu adalah ketaqwaan pada ALLAH .Apabila ketakutan pada ALLAH ini sepenuhnya sudah pasti akan menghindarkan segala ketakutan pada selain ALLAH dalam erti kata yang lebih mudah tidak akan gentar menghadapi siapa sahaja yang cuba menjatuhkan Islam.

Inilah kekuatan kita yang sebenarnya,jika kekuatan kita terletak kepada material satu ketika nanti tetap akan hancur musnah namun jika ketaqwaan pada ALLAh sudah akan terus berkekalan selamanya.Tatkala ketaqwaan marajai jiwa seorang hamba sudah pasti semangat dan keberanian akan terus membara tanpa memikirkan siapa sahaja lawan mereka .

No comments: