Bukan Kita Sahaja Yang Teruji


Manifestasi ujian bukan hanya terzahir ketika mana berada didalam lapangan pengajian bahkan ianya merangkumi segala jenis lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang dan kedudukan tempat .Oleh kerana yang sedemikian ,kita tidak perlu gusar dan resah dalam menempuhi peperiksaan yang hanya sedikit ini.Hamba rasa kalian semua telah pun mengetahui akan perihal apa yang telah berlaku sekarang ,dalam kesibukkan kita mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan dalam menempuhi ujian rupanya masih ada lagi yang juga sama menempuh ujian bahkan ujian mereka lebih besar sehinggakan mengancam diri dan nyawa sendiri.
Keberanian dan semangat mereka yang ingin berjuang untuk membantu umat Islam bukanlah satu perkara yang kita boleh pandang enteng kerana inilah salah satu bukti kebersamaan umat Islam tidak kira dari mana datangnya mereka ,siapa keluarga mereka,dimana mereka berada tetapi apabila dikatakan umat Islam maka sudah semestinya kita semua bersaudara .
Dalam keperitan kita mempersiapkan diri untuk menghadapai peperiksaan ,sudah tentu keperitan mereka untuk berdepan dengan tentera Israel lebih tinggi berbanding kita disini.Apa yang pasti ,biarpun kita tidak mampu bersama mereka iringilah perjuangan mereka dengan doa dalam solat kita agar mereka dapat melaksanakan dengan jayanya apa yang telah mereka rancangkan.
Semoga keberanian mereka menjadi motivasi suntikkan semangat kepada kita agar dapat terus bersemangat mengulangkaji pelajaran biarpun adakalanya disapa beberapa halangan yang kadangkala datang menyinggah diri.

No comments: