Bukan Kerana Siapa

Bukan kerana siapa kita berkorban tetapi hanya keranaNYA,

Bukan kerana nama kita berkoban tetapi demi menjulang agamaNYA,

Bukan kerana ganjaran kita berkorban tetapi untuk menyambung perjuangan kekasihNYA,

Bukan kerana harta kita berkorban tetapi menjadi tanggungjawab selaku hambaNYA.



Bila kita berbicara tentang korban ,sudah semestinya ramai yang menggambarkan ianya dapat diaplikasikan dalam bentuk peperangan.Namun pada hakikatnya korban bukan sahaja dalam peperangan malah pengertian dan perlaksanaannya terlalu luas.

Sejauhmana kita menilai erti korban itu ,bukannya tugas kita tetapi Insya Allah hikmah pengorbanan kita itu,Allah akan zahirkan dalam kehidupan kita yang akan datang .Cuma apa yang pasti ganjaran Allah tetap menanti kita .

Memang mudah untuk melafazkan tetapi sukar sekali merealisasikannya,jika disingkap kembali

zaman kegemilangan Islam satu ketika dahulu,dakwah Islamiah mampu

menggerunkan musuh bukan kerana kecanggihan senjata ataupun ramainya tentera tetapi

kesungguhan para sahabat R.A yang sanggup berkorban segala-galanya sehingga

apa yang ada ditubuh mereka pun sanggup diinfaqkan untuk Islam.

Natijah dari pengorbanan tersebut ,Islam berdiri unggul sebagai sebuah tamadun yang berjaya menjatuhkan kerajaan paling besar.

Begitu jugalah yang berlaku pada hari ini,dengan pelbagai perkara yang berlaku pada akhir zaman ini,menuntut kita untuk lebih berkorban.

Agar tidak mudah tewas dengan bisikan syaitan ,lentok dengan tiupan hawa nafsu dan lemah dengan kemewahan dunia.Untuk apa kita berkorban,kenapa kita berkorban,sampai bila kita harus berkorban kita sendiri sudah ada jawapannya.Fikirkan dan Realisasikan pengorbanan..

No comments: