Semua orang memiliki pilihan masing-masing sama ada inginkan terbaik ataupun sebaliknya.Tetapi sejauh manakah kemampuan kita untuk menilai sesuatu pilihan.Apakah dasar dan method yang kita akan berpegang dalam mengambil sesuatu pilihan.Mana mungkin kita akan membuat pemilihan yang akan memudaratkan diri kita sendiri namun tidak siapa akan ketahui natijah yang bakal kita terima dalam setiap pilihan yang kita ambil.Cuba kita fikirkan sejenak apa yang paling manis bilamana pilihan yang kita buat itu tepat,semestinya kita akan dapat kepuasan kerana pilihan kita tepat.
Walaupun begitu,adakalanya kita ghairah membuat pilihan sehingga kita lupa risiko yang bakal kita tempuh dengan keputusan pemilihan kita itu.Jika disingkap kembali,syaitan juga pernah diberikan pilihan oleh Allah SWT sama ada untuk tunduk pada ADAM ataupun keluar daripada syurga,namun pilihan yang telah dibuat itu menyebabkannya diusir daripada syurga.
Bertitik tolak daripada peristiwa itu,syaitan terus memburu anak adam dalam membuat sesuatu pilihan dengan mendatangkan bisikan was-was juga disuntik pula pada pemikiran anak adam dengan sikap hasad dengki dan takabur.Peristiwa ini sebenarnya memberi impak yang cukup besar kepada kita namun masih ramai lagi tidak sedar akan hakikat ini.
Kita semua memang sentiasa diberikan pilihan namun tidak ramai menghargai pilihan yang ada.Dan cara kita membuat sesebuah pilihan itulah akan menampakkan siapa diri kita yang sebenarnya dan bagaimanakah perwatakkan kita dalam pandangan orang yang berada disekeliling kita .Untuk apa kita perlu ada pilihan dan kenapa perlu kita membuat pilihan dan bagaimana kita mencorakkan minda kita dalam memacu paradigma kita dalam menentuka sesebuah pilihan.
Begitu jugalah apabila kita tersepit dalam membuat pilihan diantara tanggungjawab pada amanah yang diberikan dan kasih sayang pada keluarga.Kedua-dua pilihan ini sebenarnya terlalu sukar sekali untuk dinilai.
No comments:
Post a Comment