Terpaku


Sukar sekali untuk mencari sesuatu pengertian ataupun hikmah atas sesuatu yang berlaku sama ada sengaja mahupun tidak .Oleh kerana sedemikian,apabila berlaku perkara ini kita akan terpaku seketika lantas paradigma yang sejengkal ini kalut mencari punca.

               Ketika itu,pelbagai persoalan yang timbul realiti dan fantasi saling bercakaran menegakkan pendirian tetapi kita sendiri sukar untuk menghukum apakah andaian yang kita buat atas apa yg berlaku itu benar,tepat ataupun masih dalam kekeliruan.

              Orang suka bercerita dan berkongsi segala pengalaman yang pernah dilalui dalam hidupnya agar orang yang mendengarnya akan dapat mengambil tauladan dan adakalanya orang yang mendengar cerita itu juga akan terpaku dek kerana cerita yang telah dikongsikan.

                Sudah pasti ramai tertanya apakah sebenarnya yang ingin disampaikan dalam posting kali ini,HAMBA biarkan agar persoalan itu sepi tanpa jawapan kerana jawapannya pasti akan terjawab bilamana betul-betul dapat memahami apa sebenarnya isi yang tersirat dalam penulisan sederhana ini.

                   Terpaku pada kecantikan seseorang bukan bermakna kecantikan itu bisa kekal sehingga akhir hayat ,begitu juga terpaku pada keindahan bahasa bukan bererti keindahan bahasa itu melampaui daripada segala bentuk keindahan akan tetapi terpaku pada sesuatu itu membawa pemikiran kita untuk memikirkan apakah yang menyebabkan kita boleh terpaku dengan sesuatu benda dan perkara.

                   Namun begitu ,apa yang pasti keadaan yang terlalu menarik perhatian pandangan mata yang berhubung langsung dengan hati yang akan terjadinya diri kita akan terpaku pada sesuatu perkara tidak kira sama ianya perkara yg baik ataupun sebaliknya.

                   Persoalannya harus kita terpaku kepada kehebatan manusia?apakah kita tidak terpaku langsung dengan kehebatan dan kekuasaan ALLAH swt yang mentadbir segalanya .Kita sama-sama fikirkan perihal ini agar kita dapat menemui satu jawapan yang pasti dan dapat merungkai segala persoalan yang timbul.

No comments: