Tony Blair Akui Al-Quran Kitab Progresif
“Bagi saya, perkara paling luar biasa berkaitan al-Quran ialah betapa progresifnya kitab ini. Saya menulis dengan penuh rendah diri, sebagai seorang penganut agama lain. Sebagai orang luar, al-Quran saya anggap sebagai sebuah kitab yang membawa pembaharuan, cuba mengembalikan Judaisme dan Kristianiti ke asalnya, sebagaimana yang cuba dilakukan oleh para reformis kepada gereja Kristian berabad kemudian. Al-Quran bersifat inklusif. Ia menyanjungi sains serta ilmu pengetahuan, dan membenci perkara karut-marut.” Ini ialah pandangan Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang disiarkan jurnal Foreign Affairs keluaran Januari/Februari lalu dalam artikelnya, A Battle For Global Values. Artikel ini memang baik dibaca mereka yang berminat dalam kajian oksidental kerana memberi gambaran jelas pemikiran seorang pemimpin besar
Barat, khusus berkait Muslim dan dunia Islam.
No comments:
Post a Comment