Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu akhirnya bertekad untuk berjumpa dengan Harun Din. Dia ingin berdebat dengan ulama itu. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Harun Din, akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui pelanggan yang dikenalinya ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu Harun Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Ketika sampai di rumah ahli perniagaan itu, kuliah baru saja bermula. Kebetulan pada malam itu, Harun Din
mengajar bab-bab syirik. Bila ternampak muka Harun Din, hatinya jadi panas. Setelah tamat kuliah, lelaki itu mahu berjumpa dengan Harun Din. Dia mahu mengajak Harun Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak puas hati dengan kenyataan Harun Din di dalam Forum Perdana beberapa bulan lalu. Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut

No comments:
Post a Comment