Sebak mula menjalar hati apabila hamba mendengar kisah yang telah diceritakan oleh salah seorang rakan yang menghuni di Asrama Rumah Melayu Abbasiah.Dalam sedih dia menceritakan pada Hamba tentang undang-undang baru yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan asrama tersebut antaranya : setiap barangan elektrik yang digunakan dalam bilik akan dikenakan bayaran sebanyak LE5 dan begitu juga pada setiap iklan perniagaan yang akan dipaparkan dikawasan tersebut juga akan dikenakan bayaran.Lalu salah seorang penghuni mengajukan soalan " Jika ada orang yang kurang berkemampuan ,bagaimana pula ?" Lalu pegawai tersebut meminta sesiapa yang masih kurang kemampuan angkat tangan .Tanpa sekelumit penyesalan kata-kata ini terhambur keluar dari mulutnya yang berbunyi " Bagi saya sesiapa yang datang ke Mesir mereka adalah cukup berkemampuan,kenapa tidak sambung pengajian di Malaysia sahaja kalau sudah tahu tidak mampu.Jadi sesiapa yang rasa kurang berkemampuan boleh balik ".Hamba tiba-tiba terfikir apakah ini yang dikatakan sebagai sebuah istilah yang dinamakan [KEBAJIKAN].
Apa yang diperkatakan sama sekali tidak pernah dikotakan .Dimanakah agaknya kedudukan pemikiran mereka sehingga sanggup berkata sedemikian.Hamba rasa sudah sampai masanya pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah memikirkan kembali rasionalnya kewujudan mereka di Bumi anbiya' ini.Jangan memandang rendah pada mahasiswa/wi yang belajar disini sehingga boleh berucap sedemikian.Hamba terkesima dan selalu memikirkan apakah pihak berkenaan tidak merasakan perbuatan mereka kini semakin menyemarakkan lagi kebencian mahasiswa/wi terhadap mereka.
Baru-baru ini juga berlaku peristiwa yang sama di Dewan Perwakilan Tanta sehinggakan tulis didalam status laman sosial Facebook oleh salah seorang pegawai pihak berkenaan.Adakah itu merupakan tindakan yang terbaik oleh salah seorang pegawai kerajaan.Hamba mohon benar agar cuba pegawai-pegawai yang dikasihi sekalian fikirkan jika tiada mahasiswa/mahasiswi di bumi anbiya' ini sudah pasti kalian juga tidak akan ada disini ataupun dalam erti kata lain bekerja disini.Carilah rezeki dan nafkah untuk keluarga dengan cara yang betul dan jangan sedikitpun ada unsur-unsur menzalimi sesiapa kelak kesannya pada keluarga kalian juga.
Kalian merupakan amanah daripada ibubapa mahasiswa/wi disini untuk menjaga segala mungkin yang diperlukan bukan menzalimi sebanyak mana yang mampu asalkan kehendak dan keinginan kalian tercapai. Allah SWT Maha Adil dan Maha Mengetahui setiap apa yang hambanya lakukan.Masih ada peluang untuk insaf!!
No comments:
Post a Comment