Hanya tinggal beberapa ketika sahaja Madrasah Ramadhan akan melabuhkan tirainya ..Samada kita sedar ataupun tidak ,itulah hakikat yang pasti kita akan hadapi kerana percaturan Allah SWT adalah setiap permulaan semestinya diiringi dengan pengakhiran.Syawal bakal membuka lembaran baru dan ianya akan menjadi titik tolak bermulanya bukti impilikasi TARBIAH selama sebulan dalam bulan RAMADHAN berjaya ataupun sebaliknya.Selama 30 hari segalanya kita mampu mengawal penglihatan daripada melihat perkara yang tidak sepatutnya,mengawal lisan daripada berbicara yang sia-sia,mengawal nafsu dengan belenggu lapar dan dahaga.Proses pentarbiahan aturan Allah SWT ini begitu lengkap dan saksama kepada umat manusia .
Namun begitu ,apakah ianya cukup dalam membentuk syakhsiah yang berktrampilan dan fikrah yang dilimpahi dengan keyakinan pada Maha Pencipta.Seandainya MADRASAH RAMADHAN ini mampu melahirkan graduan yang cemerlang dalam memperjuangkan Islan dan kemuliaanya maka beruntunglah kepada sesiapa yang dianugrahkan kurniaan itu tetapi jika sebaliknya sudah pasti kita tergolong dikalangan mereka yang hanya berada dalam MADRASAH RAMADHAN sebagai mahasiswa tanpa ada objektif ,misi dan visi kenapa mereka perlu melalui proses pentarbiahan tersebut.
Implikasi sebuah pentarbiahan akan dilihat dalam jangka 11 bulan akan datang ,sekiranya kita kembali kepada kehidupan asal yang hanya berkiblatkan keseronokkan dan kemewahan yang bersifat sementara.Terus hanyut dibuai janji-janji palsu dunia seperti FATAMORGANA ditengah padang pasir .Cantik dilihat dari jauh namun bila didekati tiada apa-apa pun yang wujud.
No comments:
Post a Comment