Kewujudun Laman Syabab Al-Qahiriey ini adalah sebagai perkongsian untuk kita bersama.Semoga segala yang terkandung didalamnya bisa dimanfaatkan bersama.Teguran dan nasihat dialu-alukan demi membina dan memperbaiki lagi kelemahan yang ada.Bukan kerana NAMA hamba berkelana,Bukan kerana GELARAN hamba berwacana ,Bukan juga kerana ATMA hamba berbicara tapi kerana AGAMA hamba laksanakan segalanya..
Bukti Aura Suara Mahasiswa
Dengan satu kesatuan dan kesungguhan suara mahasiswa Qiraat baru-baru ini,bukan sahaja meletus di seantero Mesir bahkan sudah sampai ke dada-dada akhbar tanahair.Ini sekaligus dapat membuka mata ramai pihak akan perihal realiti yang berlaku pada mahasiswa luar negara yang seringkali ditindas dan dipergula-gulakan oleh beberapa pihak yang hanya hidup berkiblatkan politik dan tahu menyokong kemungkaran .
SYABAS Hamba ucapkan kepada PMRAM kerana sekali lagi PMRAM tampil terpampang di akhbar tempatan ,ini adalah sebagai bukti bahawa kesatuan yang dinaungi oleh mahasiswa Mesir bukan satu organsasi yang hanya boleh dipandang enteng kerana PMRAM sendiri sudah sampai usia swadaya yang begitu lama bertapak dibumi anbiya' ini.Sudah pasti selama 80 tahun usianya pelbagai rentetan dan siri-siri diuji dengan beberapa bnetuk mehnah dan tribulasi yang akhirnya beberapa pihak harus akur dengan kekuatan kesatuan yang terbina sekian lama.
Nasihat Hamba pada pihak JPMK supaya contohilah PMRAM ,biarpun tulang belakang dan penggeraknya hanya dikalangan mahasiswa tapi mereka tidak mudah melatah dan bertindak seperti kanak-kanak yang baru mengenal dunia.Segala masalah yang berlaku diatasi dengan cara dan langkah terbaik dalam menjaga kebajikan dan keselamatan hak mahasiswa Mesir.Biarpun pimpinan PMRAM mahasiswa dan segala aktiviti dan pengurusan mengeluarkan duit poket sendiri tetapi mereka diberi kepercayaan oleh mahasiswa Mesir dalam pelbagai urusan.
Biarpun ada suara-suara GHAIB yang mengatakan kamu datang sini belajar sudahlah jangan campur urusan-urusan mahasiswa dan keselamatan ,biar pihak tertentu sahaja yang menguruskan natijah kini kita dapat melihat sendiri impaknya.Untuk apa lagi harus berdalih ,terima sahaja hakikat PMRAM telah tersemat dalam hati-hati mahasiswa/wi Mesir bukan untuk sehari,setahun tetapi untuk selama-lamanya.
Cadangan Hamba,untuk membentuk fikrah dan penjanaan syakhsiah yang terbaik kepada JPMK,tidak perlu diberikan elaun dan gaji kepada mereka sepanjang tempoh perkhidmatan sepertimana Badan Pengurus & HEWI PMRAM yang bekerja tanpa mendapat apa-apa imbuhan dan elaun.Mungkin dengan cara ini dapat mendidik jiwa pegawai-pegawai agar sentiasa mempertimbangkan mana kaca dan mana permata .Adakalanya manusia ini apabila ditarik nikmat daripadanya baru akan merasakan betapa berharganya nikmat tersebut.
Kepada PMRAM syabas dan tahniah kerana sentiasa menjaga kami mahasiswa/wi Mesir dengan penuh dedikasi tanpa sebarang diskriminasi .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam alaik..Tahniah juga ana ucapkan kpd semua warga PMRAM krn lebih menitik beratkan maslahah ummah seiring dengan matlamat menjadi modal pemimpin dalam berpersatuan. Teruskan berjuang walau tahu musuh sentiasa cuba untuk meracuni jiwa. Allah ma'kum..Allah yusahhillakum..
Salam imtihan,
jordaniah:)
Post a Comment