Resepi Syabab [ Agar-Agar Zebra ]


BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN

25 gm agar-agar serbuk
700ml air
170 gm gula
2 helai daun pandan
250ml susu cair
30 gm tepung kastad
2 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar koko

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masak bahan A sehingga sebati.
2. Masukkan bahan B yang telah dipukul sebati dan kacau adunan sehingga hampir pekat.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warnakan dengan serbuk koko dan satu bahagian lagi tidak perlu diwarnakan.
4. Tuangkan secara berselang-seli ke dalam acuan. Tuang sebahagian adunan tanpa koko ke dalam acuan, masukkan ke dalam peti sejuk sebentar, diikuti sebahagian adunan berkoko.
5. Ulangi proses dengan menuang dan mengeraskan adunan secara berselang-seli sehingga habis.


* Anda boleh menghias dengan menyusun hirisan buah-buahan di bahagian bawah acuan sebelum menuang lapisan pertama.

1 comment:

Anonymous said...

makanan zahiriah senang dicari&didapati namun makanan rohani tidak ramai yang mahu mengambil berat...hakikatnya kedua2nya perlu diseimbangkan untuk menjadi hambaNYA yang bersyukur...keep istiqamah...