Biarpun percutian Hamba tidak lama namun penuh dengan pelbagai memori yang dilakarkan.Sukar sekali untuk dilupakan malah menjadikan Hamba agar terus berfikir masih adakah lagi peluang untuk aku bernafas esok hari.Sepanjang tempoh percutian dibumi yang kini membawa perubahan semangat yang dilaungkan dengan semangat Satu Malaysia [ Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan ] , Hamba cuba manfaatkan sebaik mungkin peluang yang ada ini untuk belajar terjun dalam lautan masyarakat manusia.
Hamba pernah dijemput untuk memimpin solat terawih di Masjid Kampung Sayong ,Kuala Kangsar.Juga diundang untuk menyampaikan tazkirah di surau kawasan Padang Rengas.Apa yang ingin dikongsikan mereka terlalu mengharapkan agar golongan Azhari dapat menjadi seorang yang berkeyakinan berada dikhalayak masyarakat untuk berbicara mengenai iman dan Islam ..
KEM REMAJA LOQMAN antara program yang telah direncanakan dan Hamba juga berpeluang menjadi salah seorang tenaga penggerak program tersebut .Memang rasa bertuah dapat menyertai ,biarpun sedikit cabaran juga kerana diamanahkan untuk merangka pengisian bagi sepanjang pengisian tersebut..Walaubagaimanapun terima kasih kepada semua yang memberi komitmen untuk menjayakan program tersebut ..
No comments:
Post a Comment