Tidak terlafaz dengan kata-kata..Hanya airmata yang mampu terzahir menggambarkan kehibaan hati ini.Namun apakan daya percaturan ilahi terselit hikmah dan pelbagai tanda tanya yang pasti akan ditemui jawapannya.Sebak dihati tak siapa yang melihat ,namun begitu aturan alam sedemikian coraknya.Tidak selalu kita akan berada diatas dan tidak juga selamanya kita sentiasa berada dibawah .
Tiada apa yang dapat Hamba kongsikan selain daripada kenangan dan memori terindah dalam pimpinan.Biarpun orang lain mampu untuk menghukum siapalah diri ini bagi mengemudi sebuah persatuan tetapi jauh disudut hati untuk meninggalkan dunia kepimpinan ini.
Hiba hati semakin dirasai ,ratapan suci setia menemani...Entah mengapa begitu mudah titisan jernih terzahir sedangkan selama ini sentiasa dipertahankannya.Mungkin jasad kerdil ini mengerti gelora atma yang berbisik dan hati yang terusik ini.
Apa yang pasti ...Selama mana tubuh kecil ini menerima amanah untuk memimpin ..Jauh sekali terlintas serik dan jerih bahkan terasa berat sekali untuk meninggalkannya.Entah mengapa sayu sekali untuk melalui keadaan ini.Bukan kerana kehilangan kemahsyuran hati ini terusik tetapi sedih dek kerana masih belum sempat mendalami apakah itu kepimpinan.
Sunnatullah percaturan ini ...Hamba menerima dengan seadanya namun ini bukanlah alasan untuk Hamba tidak berjuang bahkan semangat membina dan mengembalikan kecemerlangan Islam terus membara.
Buat semua sahabat pimpinan yang pernah bersama satu ketika dahulu..Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua..Ingatlah ukhuwah kita sentiasa terjalin atas dasar dan landasan yang sebenar.Kalian telah banyak mengajar Hamba kecil ini erti sabar dan jujur ..Kalian jugalah peniup semangat Hamba untuk terus bertahan sehingga kini.Terima kasih untuk semua ....Maafkan hamba andai ada perlakuan hamba yang tidak menyenangkan kalian...
No comments:
Post a Comment