Sayu azan meneroka deria ,
Kerdil terasa selaku hamba,
Bertaut cinta setia Yang Esa
Tanpa meragui Agung Kuasanya
Pentadbir alam seluruh semesta
Hebatnya penciptaan Al-Khaliq Gelarannya
Titisan jermih merembes tanpa dipinta
Atma bertingkah insaf dirasa
Andai diri diuji kerana dosa
ku pasrah menerima hati terbuka
Tiada siapa selanyaknya berbicara
Tiada tempat mengadu segala
melainkan Ar-Rahman pendengar setia,
Mengasihi hamba untuk ke syurga
Kerdil terasa selaku hamba,
Bertaut cinta setia Yang Esa
Tanpa meragui Agung Kuasanya
Pentadbir alam seluruh semesta
Hebatnya penciptaan Al-Khaliq Gelarannya
Titisan jermih merembes tanpa dipinta
Atma bertingkah insaf dirasa
Andai diri diuji kerana dosa
ku pasrah menerima hati terbuka
Tiada siapa selanyaknya berbicara
Tiada tempat mengadu segala
melainkan Ar-Rahman pendengar setia,
Mengasihi hamba untuk ke syurga
* Sentuhan pertama setelah lama mendiamkan diri seketika mencari kekuatan diri untuk kembali bersuara di dunia maya.
1 comment:
Nice blog .Tersentuh saya kata-kata puitis itu .
Post a Comment