Seloka Pose..


Jangan Ketawa Dulu YE..
.
TunasMinda:HambaMusafir



Pada suatu ketika ,telah diadakan pameran penerbangan pesawat.
Oleh kerana terlalu lama impikan ingin menaiki pesawat maka ..pergilah seseorang lelaki yang kurang waras ini ke pameran tersebut.Dari jauh dia melihat pesawat yang besar dan cantik ..
Di satu sudut dia ternampak sebuah poster yang tertulis " Bayaran RM 5 untuk menaiki pesawat bersama juruterbang profesional".
Tanpa membuang masa lagi dia terus menuju ke arah itu untuk mendapatkan apa yang selama ini dia impikan .Setelah mendapatkan tiket ,dia menaiki pesawat tersebut malangnya pesawat itu hanya dinaiki oleh sekumpulan budak-budak nakal.
Tidak lama kemudian juruterbang pun sampai dengan segak dan bergaya.Juruterbang itu telah mempelawanya untuk bersama melihat bagaimana kapal terbang dikendalikan.Begitu terharu dengan pelawaan itu ,jauh sekali untuk menolak.
Kapal terbang mula naik sedikit demi sedikit.
Kedengaran dari belakang suara budak-budak nakal membuat bising.
Juruterbang: Kamu tunggu di sini ,biar saya uruskan mereka.
Orang kureng waras: Baik,tuan
Tidak lama lepas itu juruterbang itu kembali semula .Tiada lagi kedengaran suara budak-budak nakal tadi.
Juruterbang: Awak tengok saya bukan setakat pakar kawal kapal terbang orang pun saya boleh kawal.
Orang tadi hanya mengangguk.
Tiba-tiba budak-budak nakal tadi bising kembali.
Sekali lagi juruterbang pergi mengawal keadaan.
Keadaan kembali tenang.
Namun keadaan itu tidak lama ,mereka kembali seperti tadi.
Orang kureg waras: Opps!! Biar saya pula yang cuba tengokkan buadk-budak di belakang ye.Tuan tunggu sini.
Sekembalinya orang tadi sambil tersenyum..
Juruterbang merasa hairan.
Tiada lagi bunyi bising suara budak-budak nakal tadi.
Juruterbang: Macam mana kamu kawal budak-budak tu ?
Orang kureng waras :Mudah saja tuan.
Juruterbang : Bagaimana??
Orang kureng waras: Saya buka pintu,saya beritahu siapa yang nak main boleh main diluar.

1 comment:

SHIMI said...

Ha..Ha..Ha, kelakar di bulan puasa