Ahlan Ya Ramadhan..






RAMADHANKU
cetusrasa:HambaMusafir



Kedatangannya yang dinanti-nantikan saban tahun .Terasa rindu semakin menebal untuk bertemu Ramadhan.Sayang benarlah kalau terus membiarkan ianya berlalu tanpa mencari segala permata di dalamnya.Sedih sekali bila melihat sesetengah manusia masih terus menjadikan saat ini seperti hari-hari yang biasa dilalui sebelum ini.
Tiada sekelumit rasa ta'zim dengan bulan yang dipenuhi barakah dan maghfirah ini.
Ingatlah wahai makhluq bergelar insan .Sesungguhnya tiada apa yang lebih berharga melainkan keampunan daripada Allah.Janganlah disia-siakan peluang yang terbuka luas di depan mata kita
kelak kita akan menyesalinya sepanjang hidup kita.Tak siapa yang mengenali diri kita melainkan diri kita sendiri,jadi pandulah diri kita sejajar di atas landasan iman dan taqwa.

Titisan airmata ini membasahi pipi disaat terkenangkan nostalgia Ramadhan yang lalu.Putaran masa begitu cepat sekali dalam tak sedar Ramadhan menjengah kembali.
Bagi diri hamba yang kerdil ini ,setiap Ramadhan yang berlalu pasti akan tercipta sebuah sejarah yang takkan dapat diulanginya semula .

Tahun 2004 ,pengalaman pertama kali membawa diri ini ,menjelajahi bumi jiran Malaysia
( Singapore).Tidak pernah mengimpikan diri untuk berada di sana tetapi kuasa Allah mengatasi segalaNYA .Ramadhan buat kali pertamanya di negara orang memang pengalaman yang baru.
Sesuatu perkara yang sehingga kini masih segar di benak ingatan hamba ini,penerimaan masyarakat mereka berbeza sekali dengan tanahair sendiri.Sehinggakan terasa seolah dilayan seperti seorang raja.

Tahun 2005 ,Ramadhan saat ini mengajar hamba ini agar yakin dengan kemampuan diri sendiri,
bukan mudah untuk menjadi
penjaga Al-Quran .Biarpun begitu tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebagai seorang penjaga Al-Quran akan hamba ini galas selagi mampu bernafas.
Kali ini hamba kerdil ini diberi kepercayaan untuk memimpin Solat Terawih selama 30 malam di sebuah Masjid Daerah Kuala Kangsar.Permulaanya agak janggal sedikit kerana terpaksa memimpin bersendirian tanpa berteman.

Tahun 2006 ,Ramadhan kali ini diuji pula untuk menempuh peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia.Namun setiap percaturan Allah ada hikmah yang kita sendiri tak terfikir akan kebaikan dan keburukannya.Tahun ini merupakan saat paling manis dan indah kerana .......
(sulit-rahsia kerajaan) .

Tahun 2007
,penemuan Ramadhan kala ini menguji ketahan fizikal,mental dan emosi .Alhamdulilah dengan keizinan Allah masih dapat berbuka bersama-sama keluarga sebelum hamba ini melangkah jauh bermausafir ke Ardhul Kinanah.Sedih,gundah,gembira,duka,suka masing bercampur baur menerjah lubuk perasaan ini.Kepiluan dihati semakin bertambah ketika melihat adik-adik yang masih untuk memahami erti berjauhan .Tidak cukup dengan itu sebak di dada semakin dirasai ketika dalam dakapan ayahnda,sehingga kini masih terngiang-ngiang lagi kata-kata keramatnya "Jangan sedih ye,anak lelaki mesti kuat..Jangan lupa balik nanti mesti boleh jadi lebih hebat dari ayah".Deraian airmata bonda mengiringi pemergian hamba ini sekali menggugat jiwa .Ucapan bonda juga takkan dilupakan mak " Mak sayang anak mak,mak doakan anak-anak berjaya...Bukan harta dan kekayaan matlamat kita tapi ilmu dalam dada"
Memang teruji sekali berjauhan dengan keluarga dan insan tersayang .Namun demi untuk merealisasikan impian langkahan diteruskan juga.

Tahun 2008,masih belum pasti dugaan yang ingin menjengah .Pastinya akan ada juga ujian dan dugaan yang silih ganti menyapa.Biarpun baru menempuh 5 Ramadhan sudah teruji akan perasaan hamba kerdil ini.Biar putih tulang jangan putih mata.

Ramadhan hamba....
Ramadhan ...




No comments: