Bicara Kekanda ..


Biarpun luaran nampak tenang tetapi tiada siapa mengetahui gelora yang berlaku dijiwa.Tiada lagi madah indah yang mampu tersusun melainkan setangkai doa dan harapan
ditadahkan kedua tapak tangan menghadap ilahi.Entah mengapa ujian yang datang menyapa seringkali menggugat jiwa lantas rebah seketika seakan lemah tidak berdaya meneruskan perjalanan menumpuhi masa akan datang.
Bak menelan hempedu kemudian terpaksa memamah buah berduri ketika berada disebuah padang yang tandus tanpa sebarang pertolongan dan makanan.Bicara ini Hamba harapkan agar dapat membuka hati nalurinya agar dapat membezakan antara kaca dan permata.Semoga apa yang terkandung didalamnya bisa meratah keangkuhanmu yang dibaluti dek sandiwara dan lakonan palsu dunia yang sementara ini.
Wahai Adikku..
Sekiranya KANDA diberikan peluang untuk memutarkan masa ,tiada apa yang diinginkan melainkan bersamamu dan mencipta kenangan indah agar engkau ketahui betapa mahalnya nilai kasih sayang kekeluargaan yang kita jalinkan.Tiada sengketa dan pertelingkahan namun sebaliknya ikatan kasih sayang yang dihiasi dengan kejujuran dan keikhlasan menyayangi dan disayani dalam menaungi sebuah keluarga bertatahkan cinta dan sayang yang dilenturkan oleh ibu dan ayah.
Wahai Adikku..
Jangan sesekali tertipu dengan kemewahan dan kelazatan dunia yang sebentar cuma sebaliknya kejarlah perkara yang mampu memberikan kita kebahagian dunia dan akhirat.Tidak perlu mengejar kesenangan yang akhirnya menghanyutkan kiat terus dibuai dengan bisikan riak dan angkuh lantas kita semakin tersasar daripada landasan hidup kita yang sebenar.
Wahai Adikku..
Bicara ini untuk kita semua ,tiada sekelumit benci dan dendam ibu ayah kepada anaknya bahkan sebaliknya kita sentiasa terjerumus dengan keinginan dan bongkak yang meresapi jiwa dan berterusan menyalahkan kedua orang tua kerana tidak dapat menunaikan segala kehendak anak-anak.Pernahkah kita terfikir apa yang kita sudah berikan pada mereka sejak kali pertama mata kita terbuka melihat dunia sehingga tubuh mereka lemah menyembah bumi.Tangisan mereka dalam mendoakan kebahagiaan kita tidak pernah kita hargai ,keperitan mereka mencari sumber pendapatan untuk menjamin kehidupan anak-anak mereka tidak pula kita fikirkan.
Wahai Adikku..
Biarpun tidak pernah sekali kita mendengar keluhan ayah dan ibu namun apa yang berlaku,mereka sentiasa dihidangkan dengan keluhan anak-anak yang tidak pernah dengan kasih sayang dan pengorbanan mereka selama ini.Apakah kita mampu melihat dunia dan mampu memijak dunia ini sekiranya tiada mereka disisi.
Wahai Adikku..
Kembalikanlah kasih yang telah dicalari dek kerana keangkuhanmu mengejar dunia tanpa ada secalit ehsan pada mereka.Usahlah terlalu mengimpikan untuk memiliki sebuah istana indah yang dikelilingi dengan hiasan cantik daripada emas dan permata sekiranya dirimu sendiri tidak mampu untuk memilikinya biarpun sedikit.Jangan mendongak ke langit yang tinggi sekiranya tidak mampu menahan panas terik mentari yang hangat membakar.

No comments: