Kembali...

Sudah lama rasanya sesawang ini sepi tanpa sebarang kalam dan cerita.Mungkin kerana kesibukan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik kaki ini melangkah Tanah Melayu.Walaupun begitu jika ada kesempatan yang senggang akan Hamba isi juga dengan sedikit kisah dan ceritera yang boleh dikongsi.Bak kata pepatah “ berat mata memandang berat lagi bahu memikul”.Percutian Hamba di Tanah Melayu kali ini begitu berbeda sekali.Rutin harian dan pelbagai aktiviti harus dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin.Namun begitu dalam posting kali ini bukan itu yang ingin Hamba kongsikan Cuma ada sebuah kisah yang Hamba kira ingin dikongsi untuk semua.
Tidak dinafikan Tanah Melayu kini atau lebih dikenali dengan MALAYSIA sedang melalui pelbagai pergolakkan samada dari segi ekonomi,social,politik dan pelbagai lagi.Daripada pemerhatian Hamba ,begitu sukar untuk digambarkan apakah yang bakal akan terjadi pada anak bangsa akan datang.Kefahaman dan asas pendidikan yang kurang teguh menyebebkan berlakunya insiden-insiden yang sukar diduga oleh masyarakat.
ISLAM yang kebanyakan memahami pengamalan dan konsepnya hanya dalam solat sahaja.Asalkan dapat jaga sembahyang sudah dikira cukup sempurna sebagai seorang Muslim tanpa menjaga batasan yang lain.Hampir setiap hari,berita keruntuhan moral dan akhlaq tidak pernah berhenti menghiasi dada-dada akhbar tempatan.
Kecanggihan teknologi yang semakin memacu kehidupan manusia hari ini membuatkan ,manusia menjadi cukup PEMALAS dalam melaksanakan tuntutan kehidupan.Siapa yang harus dipertanggungjawabkan atas hal keadaan ini.Tepuk dada tanyalah Iman.

No comments: